sebarang penerbitan karya immukmin daripada blog http://coretanhambamu-immukmin.blogspot.com tanpa kebenaran adalah salah sama sekali. tindakan akan di ambil kepada sesiapa yang melakukannya.
award dari cik siti lagi


assalammualikum....hohohohho....disini..suka untuk immukmin katakan yang immukmin sudah selesai tiga pepar exam.... so , masih tinggal..satu lagi...jadi suka untuk katakan..juga ..immukmin berterima kasih kepada cik siti kerana telah memberi dua awarad yang amat beharga....



firtst award nih dapat lama dah..tapi..tak sempat nak publish sbb buzy dgn exam...thank cute ..cik siti....





pastuh yang ini yang tak leh belah sekali....hohoh...aku mat hargai....first awarad aku dapat dari admin sendiri...kepunyaan sendiri...reka cipta sendiri...terima kasih cek siti

so...aku nak past kat kawan2 blog aku.....

syafiq
bo
ayie
eya
kak lady
kak fujee
eyqa
shidah2020

ok...itu sahaja dari immukmin..=)
Free Template Blogger collection template Hot Deals BERITA_wongANteng SEO
post dari immukmin



assalammualikum

kepada semua kawan-kawan blog immukmin. immukmin mohon seribu kemaafan kerana tidak dapat mempostkan episod ke6... kerana immukmin kini sibuk dengan peperiksaan akhir semester..doakan kejayaan immukmin..dan semoga perjalanan ini dipemudahkan oleh Allah. immukmin memohon seribu kemaafan kepada rakan2 smua andai sepanjang pengenalan kita..immukmin ada melakukan kesalahan yang menyebabkan kawan-kawan terasa....

kawan-kawan..mungkin immukmin tidak akan mengupdate blog ini dalam tempoh masa yang lama.. dan semoga kawan2 semua setia menjadi pembaca cerpen immumin yek!!!..insyAllah..selepas ini akan ada kejutan untuk kawan2 immukmin...insyAllah... doakan kejayaan immukmin....

semoga perjalanan ini mendapat redha Allah..insyAllah....
Free Template Blogger collection template Hot Deals BERITA_wongANteng SEO
award dari cik siti
assalmmualikum,,sahabat2 semua..minta maaf sangat2...immukmin tak boleh siapkan episod enam..uhuhuhu...ok...sebenarnya immukmin nak terima kasih dekat cik siti sbb dia beri award nih kat immukmin...terima kasih snagt2.....

serius...immukmin tak sangke ..sbb dihargai macam nih...terima kasih untuk cik siti yek... haragai sangat.... tapi immukmin kene jawab beberapa soalan.. ok soalannya..

berikan satu nikname untuk saya..
-immukmin-

ucapan untuk pemberi award ini
-semoga cik siti happy sokmo yek-

berikan 6 artis kesukaan
-emm..mcm takde je..hohohohho...sory!!! tp ade sorang jew...hahah...namanya..immukmin-

pastuh tag 1o org kawan.. tapi...immukmin tag 12..org bolehkan...kite share2 award..

mira
raimi
iqjauh
pakcik kedai kopi
syafiq
bintang jatuh
hazrin
wan anie
kak lady
eya
fuziani jsr
aienny



ok...kepada semua kawan2..kita sama lah ek..share awar nih..hohohoh

p/s: sory..immukmin..mmg tak leh nak siapkan episod 6...uhuhuhuh..doakan perjalanan immukin untuk pulang ke kolej malam nih selamat yek kawan2...
Free Template Blogger collection template Hot Deals BERITA_wongANteng SEO
DIMENSI CINTAKU~episod 5~


setiap malam sudah tentu dahlia rohaimi bermimpi, bermimpi memasuki satu alam yang lain. alam yang indah, cantik boleh diumpamakan syurga, subahanAllah itu sahaja berulang-ulang kali dia mengutarakan di dalam benaknya. setiap hari mimpi itu umpama sambungan seperti episod sebuah cerita seperti ada sesuatu yang perlu diungkai hanya yang mampu di tunggu setiap hari untuk mengetahui sambungannya. sudah hampir setahun dia berkahwin dengan fakis mutawatir dan sejak dari itu lah mimpinya bermula. masih segar dalam ingatanya pada hari pertama dia bermimpi. berjumpa dengan seorang gadis yang kelihatan masih kecil sedang ligat bermain. pakaiannya sangat indah. dahlia rohaimi masih memikirkan siapa geragan anak kecil ini. di tegur tetapi tidak dijawab. malah dirinya umpama bayang-bayang yang memasuki satu dairi manusia yang bergamabar. setiap hari anak kecil itu semakin membesar.

membesar dan menjadi seorang gadis tetapi malangnya wajah gadis itu tidak pernah jelas dalam mimpinya. ada yang menghalang. gadis itu sentiasa bersama seorang lagi saudara perempuannya. kemana-mana mereka pasti bersama. kasih sayang mereka dapat digamabarkan melalui perwatakkan mereka. sampai satu saat berlaku satu pergaduhaan besar antara dua beradik ini bukan disebabkan masalah keluarga tetapi masalah lelaki. si adik mencintai lelaki yang bukan dari kalangannya.

sudah berhari-hari mimpi itu tidak menjelma lagi. dahlia rohaimi masih menuggu mimpi seterusnya tetapi malangnya sudah hampir seminggu mimpi itu tidak menjelama. apa kaitan mimpi itu dengan dirinya dan selama dia bermimpi, dia merahsiakan segala mimpinya kepada suami dan ayahnya.

pada suatu pagi yang hening, sedang asyik dahlia rohaimi menyapu halaman rumah tiba-tiba;

"assalmmualikum cu...."
"waalaikumsalam.."
ringkas dahlia rohaimi menjawabnya tertanya-tanya dari mana nenek ini datang.
"nenek mahu bertanya arah. dimana arah untuk ke sungai?"
"di sana"
dahlia rohaimi menujuk arah sungai.
"terima kasih....cu,...cincin yang cu pakai itu..serupa dengan nenek..."
nenek itu menunjukan cincin yang dipakai. agak terkejut dahlia rohaimi.
"kepunyaan siapa? "
nenek itu bertanya lagi.
"ini cincin kahwin saya. pemberian ibu mertua saya."
nenek itu sayu melihat cincin itu.
"kenapa?"
dahlia rohaimi bertanya lagi.
"emmm..tiada apa-apa...nenek harap cu..dapat menjaga cincin itu betul-betul..mungkin cincin ini sangat istimewa buat ibu mertua cu.."
"emm...sudah tentu saya menjaganya..kerana ibu mertua saya itu terlalu baik...terlalu baik dan saya tak boleh gambarkan kebaikannya"
"emmm...titipkan salam nenek kepadanya...cu. nenek beransur dulu.."
mereka bersalaman dan nenek itu terus pergi dari situ...

dahlia rohaimi tertanya-tanya siapakah nenek itu? dan apakah kaitan antara mak rosna dengannya? tidak terlintas dibenaknya untuk menanyakan soalan kerana takut dianggap tidak sopan.

pagi ini dahlia rohaimi berkesempatan mengunjugi ibu mertuanya. ibu mertuanya sibuk mengayam tikar mengkuang. cantik anyamannya halus dan kemas.

"assalmmualikum mak"
dahlia rohaimi memberi salam . sudah kebiasaan dahlia rohaimi akan terus ke pintu dapur keran ibu mertuannya memang kerap menghabiskan masa didapur. ada sahaja kerja yang dilakukan daripada mengayam tikar,bakul hinggalah menjahit pakaian.

rosna bingkas bangun menyambut kedatangan menantunya. rumahnya tidak pernah mendapat kunjungan jiran tertangga tetapi setelah fakis mutawatir berkahwin dengan dahlia rohaimi, rumah itu selalu mendapat kunjungan daripada menantunya. terhibur rosna dengan kunjungan itu.

"waalaikumsalam...dahlia...mari masuk"
gembira rosna dengan kedatangan dahlia rohaimi, ada juga teman untuk berborak.

"mak apa khabar? sihat?"
dahlia rohaimi bertanya sambil bersalam dan memeluk ibu mertuanya.

"alhamdulilah, mak sihat sahaja..dahlia apa kahbar? fakis?"
"alhamdulillah semua sihat mak. mak dahlia ke sini ada satu perkara ingin diberitahu."
"ada apa?"
"pagi tadi..ada seorang perempuan tua..datang bertanya arah sungai dan secara tidak sengaja ternampak cincin ini..dan dahlia lihat cincinnya serupa dengan cincin mak. dia suruh dahlia menyampaikan salamnya kepada mak...emm..adakah emak mengenali perempuan tua itu..."

termenung rosna mendengar cerita dahlia. seakan-akan dia kenal siapa wanita tua itu. seakan-akan dia tahu siapa wanita tua itu. lamunan rosna terhenti setelah dipanggil beberapa kali oleh dahlia.

"mak kenal, siapa dia?"
rosna hanya menggelengkan kepalanya. dia tidak mahu mengungkit peristiwa lama. biarlah hanya dia dan suaminya mengetahui mengenainya.

sedang khusyuk dua wanita ini bersembang tiba-tiba, tubuh rosna mengeletar tidak henti-henti. tubuhnya seperti terkena kejutan elektrik. buih mula keluar dari mulutnya dan matanya mula merah.

"mak!mak!"
dahlia mula kelam kabut. tiada apa yang mampu dilakukan.

"tolong!tolong!"
jeritannya melolong-lolong di dalam dapur itu. kepala rosna sudah diriba dahlia rohaimi. menangis dahlia rohaimi.
"tolong!tolong!"

dari luar, zamri yang kebetulan pulang dari bendang terkocoh-kocoh masuk ke dapur.

"kenapa ni?"
"tak tahu abah...tiba-tiba....tiba-tiba...mak menggeletar..."

zamri tidak tahu apa yang patut dilakukan. dia hilang akal....
getaran itu tiba-tiba berhenti dan rosna pengsan tidak sedarkan diri.

*************************************************************
"hahahahahaahaa"
berdekah-dekah sang penyihir ketawa
"aku tahu siapa engkau sebenarnya, tiada pendiding lagi...bodoh rosna..kau memang bodoh...sekarang..zamri..kau pasti menyesal dan akan datang tunduk kepada aku...."
sang penyihir tidak mampu mengawal perasaan marah lagi.
"gubra!....kau lakukan yang terbaik....nah, ini habuan kau."
sang penyihir mencampak janin bayi kepada targhut suruhannya. targhut yang digunakan bukan seekor malah lima ekor untuk melunaskan rosna. dengan pemujaan keris warisan kepunyaan imam karim, sang penyihir berjaya merobohkan pendinding yang ada pada rosna.

"lepas ini giliran engkau zamri dan anak lelaki kau "
ancaman itu membuatkan perasaan syaitan yang ada dalam diri sang penyihir membara.

*****************************************************************************
terkejut dengan berita itu, fakis mutawatir terus ke rumah maknya. sayu melihat maknya seperti mayat hidup. matanya terbuka tetapi tidak bergerak malah warna mukanya sudah bertukar menjadi warna kuning. terkejut zamri melihatnya. tidak pernah dia melihat kejadian seperti ini.

berjurai air mata fakis mutawatir melihat keadaan ibunya dan dahlia rohaimi setia menunggu disamping suaminya.

malam itu, fakis mutawatir bercadang bermalam dirumah maknya dan dahlia rohaimi di suruh oleh imam karim pulang. imam karim tidak mahu anaknya terlibat dalam masalah keluarga ini.

malam itu, fakis mutawatir bersungguh-sungguh beribadat mendekatkan diri kepada pencipta. kesedihanya tidak tertanggung lagi,sedih mengenangkan nasibnya sendiri dan kejadian yang menimpa ibunya.

malam itu, fakis mutawatir menangis,tidak henti-henti dan esakannya semakin deras menyebabkan zamri turut terjaga dari tidur tetapi di hanya mampu melihat keadaanya anaknya. fakis mutawatir khusyuk memohon bantuan daripada Allah semoga ibunya selamat daripada musibah yang menimpa.

kehadiran amalina mahirah malam itu dapat dirasai oleh fakis mutawatir.

"assalmmualaikum"
fakis mutawatir memberi salam kepada saudari yang dari tadi mengintainya.

"em...em...walaikumsalam"
malu amalina mahirah atas tindakannya yang dirasakan seperti mengganggu fakis mutawatir.

fakis mutawatir bangun dari tempat solatnya dan terus membuka pintu rumahnya. dia keluar ke beranda rumah kayunya yang usang. ternampak kelibat amalina mahirah yang sedang duduk di hadapan tangga rumah kayunya yang usang. malam itu amalina mahirah berpakaian indah. umpama seorang bidadari. berjuba putih dan berjilbab labuh serta memakai mahkota menghiasi kepalanya. amalina mahirah bercahya dengan bunsan muslimah itu. memang diakui sendiri oleh rabituladawiyyah bonda kepada putri tunggalnya ini yang amalina mahirah ini adalah seorang yang alim tidak pernah meninggalkan solat tetapi sejak akhir-akhir ini perwatakan amalina mahirah berubah. dia lebih suka bersendirian dan suka berjaga malam.

jauh amalina mahirah merenung.

"tidak manis seorang muslimah keluar malam dan tidak manis kita berdua-duaan disini..kelak di fitnah"
"tidak ada apa yang perlu ditakutkan sebab manusia biasa tidak boleh melihat saya"
amalina mahirah mula membuka identiti sebenar.
"apa maksud kamu?"
tenang fakis mutawatir mengungkap kekusutan penjelasan itu.
"sebab saya makhluk Allah yang di tutup hijabnya dan hanya manusia yang di izinkan oleh Allah sahaja mampu melihat saya."

fakis mutawatir pening dengan penjelasan itu.
"saya adalah manusia halus"
amalina mahirah menjelaskan lagi. terkedu fakis mutawatir, halkumnya bergerak tanda dia menelan air liur. mungkin dia takut atau dia kagum.

"subahanAllah maha suci Allah."
itu sahaja yang bisa terungkap dari bibir fakis mutawatir.

memang tidak dinafikan lagi kecantikan wajah amalina mahirah memang tiada bandingnya dengan gadis-gadis dikampung ini. dan memang tidak dinafikan lagi jika amalina mahirah adalah orang halus.

"jangan takut fakis mutawatir, amalina datang disini bukan untuk menakutkan fakis tetapi ingin memberi tahu hal yang sebeanarnya."
"apakah itu?"
"yang sebenarnya, amalina mahirah adalah ina. ina kawan fakis mutawatir sejak waktu kecil lagi."
terkejut fakis mendengar pengakuan itu.
"ina? ina......"

perpisahan ina dan fakis mutawatir berlaku sejak kecil lagi. ina dilarang oleh ayahandanya dan bondanya berjumpa dengan fakis mutawatir ketika usia mereka mula mencecah remaja. rabiatul adawiyyah terlalu pelik melihat anak gadisnya kerap kali keluar dari istana pada waktu malam. apabila ditanya pasti amalina mahirah mengelak dan tidak menjawab soalan itu. kemusykilan itu telah membawa kepada kerisauan kepada bondanya. pada suatu malam, rabiatul adawiyyah mengintip amalina mahirah dan terkejut dengan gamabran yang dilihatnya. amalina mahirah menemani fakis mutawatir pergi menimba ilmu agama pada waktu malam dan setiap kali itu fakis mutawatir dituduh sebagai orang gila kerana sering bercakap seorang. disebabkan persahabatan antara dua manusia yang berbeza asal usul, rabiatul adawiyyah dan suaminya menghalang. sejak pada malam itu, amlina mahirah tidak dibenarkan berkawan dengan fakis mutawatir.

segala diceritakan kepada fakis mutawatir.
"ina, fakis minta maaf andai selama ini, fakis ada melukai ina. fakis bukan tidak ingat tetapi fakis tidak boleh mengecam ina dengan wajah yang indah ini. wajah ina sudah berubah. bukan macam dulu lagi."
"tak mengapa, ina faham. ina amat terharu dengan kejadian yang menimpa bonda fakis dan sebenarnya, ina tahu siapa yang melakukan kelakuan mungkar yang dilarang dan di laknat oleh Allah ini. sebenarnya bonda fakis telah disihir"

tiba-tiba suasana menjadi sunyi. hanya unggas malam yang berbunyi sayup-sayup mengerti dan mengiakan segala perkataan yang disusun oleh amalina mahirah.

"tapi kenapa ina...tapi kenapa....kenapa???"
pertanyaan itu juga tidak mampu dijawab oleh amalina mahirah.

"ini semua angkara peristiwa 18 tahun lepas dan orang yang menggunakan sihir itu adalah bilal kamil razali.."
terdengar nama itu, membuatkan fakis mutawatir tidak mempercayai.
"mana mungkin orang yang taat pada agama menjadikan targut sebagai pembantunya. nauzubillahhiminzaliq"
"bila dendam sudah kuasai diri, tiada yang mustahil wahai fakis mutawatir. sebenarnya sudah lama lebai kami razali tidak menjadi bilal di masjid."
"betul in, baru fakis perasan. selama fakis berjemaah di masjid fakis tidak pernah nampak kelibat lebai kami razali"
"dia dah tersasar pada jalan Allah fakis."
"ina, fakis akan uruskan dia."
"jangan fakis, biar ina siasat dulu daripada bonda dan apabila sudah pasti baru kita sama-sama bertindak."
"apa yang bonda ina tahu?"
"bonda ina tahu segala-galanya dan dia merahsiakan segalanya kepada ina tetapi ina akan pastikan yang bonda akan memberitahu kepada ina mengenai peristiwa 18 tahun lepas"

Free Template Blogger collection template Hot Deals BERITA_wongANteng SEO
DIMENSI CINTAKU~episod 4~



malam yang penuh indah dan aman, tidak pernah terlepas untuk fakis mutawatir beribadat kepada Allah. sungguh khusyuk sehinggakan tiada yang bisa menggaggu fakis mutawatir. di sudut rumah imam karim mengalir air mata dahlia rohaimi melihatnya. sedih kerana dia tidak bisa menjadi seorang isteri yang baik untuk suaminya.dia seperti boneka dalam hidup fakis mutawatir.

disebabkan fakis mutawatir terlalu penat,setelah selesai solat witir dia terus melelapkan diri sementara menuggu solat subuh. dahlia rohaimi melihat dari jauh kehidupan malam suaminya. dilihat suaminya tidur tidak berselimut. hanya dirinya memeluk tubuh. walaupun tidak selesa tetapi nyeyak tidurnya. dahlia rohaimi pergi kepada suaminya dan menyelimut suaminya.

sekali lagi, terjatuh air matanya dipipi. keperitan hidupnya semakin teruk. gerak gerinya sering diperhatikan oleh bapanya. dahlia rohaimi merenung wajah suaminya yang bersih, indah dan bercahaya. mungkin kerana suaminya adalah manusia yang soleh.

pagi-pagi lagi rumah imam karim dah bising. bising dengan jeritan dan maki hamun imam karim kepada fakis mutawatir. keris pusaka keluarga sudah hilang. keris yang menjadi kesayangan imam karim sudah hilang.

"aku tahu selama ini kau yang mengintai keris aku. kau yang mengambil keris aku. baik kau pulangkan."

parang panjang sudah ditangana untuk menetak menantunya.

"imam karim, saya tak pernah tahu malah tak pernah sentuh keris itu."
tenang fakis mutawatir menjawab. dia tidak sedikit pun takut dengan parang panjang yang bakal menujah dirinya.

"ah!..."
satu tujahan parang itu hampir terkena tangan fakis mutawatir tetapi berjaya dielak. ilmu persilatannya amat tinggi dan tidak mampu ditumbang oleh imam karim.

"ayah!!"
jeritan dahlia rohaimi. terkedu melihat tindakan ayahnya.

"ayah, apa yang ayah cuba lakukan ini. abang fakis tak pernah sentuh keris milik ayah. abang fakis tidak pernah tahu mengenainya.. lagipun semalam dahlia melihat abang fakis sedang berqiammulai..masakan dia akan melakukan perkara terkutuk seperti ini."

tersungkur di tepi tangga akbiat daripada penampar yang singgah dimukanya.

"ayah tidak pernah ajar dahlia jadi biadap seperti ini."
perasan marahnya tidak tertanggung lagi dan dahlia rohaimi yang menjadi tempat untuk lepaskan marahnya. fakis mutawatir tidak mampu melakukan sebarang tindakan kerana kejadian itu belaku tanpa diduga. terkocoh-kocoh fakis mendapatakan isterinya. diangkat isterinya dan dibawa kebilik. darah yang menglir di bibir dahlia rohaimi di kesat dengan penuh hati-hati.

"maafkan abang, mimi. abang tidak berjaya untuk membahagia kan mimi. malah abang menyusahkan lagi kehidupan mimi."
fakis mutawatir mengesat darah dibibir sambil matanya betul-betul merenung dalam mata isteri yang disayanginya.

"tak mengapa abang. ini bukan salah abang tapi semuanya berpunca daripada mimi sendiri. jika mimi memberitahu hal sebenar tentang fitnah yang tidak pernah benar pasti kehidupan abang tidak sesukar ini."
jangan diungkit cerita dah berlaku . tidak baik menyalahkan takdir, ini adalah dugaan daripada Allah kepada insan yang disayangi. bukan untuk mendera tetapi memantapkan iman.

terangguk-angguk dahlia rohaimi mendengar nasihat suaminya.

"FAKIS!!!,kau buat apa di dalam bilik itu. aku dah cakap dengan kau, jangan cuba sentuh anak aku. sekarang ini dah lewat, dah hampir tengah hari siapa yang nak ke laut. bodoh dan lembab betul lah kau nih"

terjah imam karim di dalam kamar dahlia rohaimi. mungkin perasaan mrah tentang kehilangan kerisnya masih meluap-luap tetapi dia juga yakin yang fakis mutawatir tidak mungkin mengetahuo tentang keris pusaka turun temurun itu.

fakis mengundurkan diri dari kamar dahlia rohaimi dan tinggalkan dua beranak itu. seperti hari-hari biasa, rutin fakis adalah memukat ikan di waktu pagi dan petang ke bendang.

"bagus-bagus, utgas yang terbaik. dah lama aku kepunan dengan keris imam karim ni. aku harap kali ini, ilmu hitam aku menjadi untuk jatuhkan keluarga zamri. dah lama aku idam-idamkan saat ini. dulu masa aku mahu kuasa mentadbir kampung ini, senang sahaja tak payah susah aku menjatuhkan imam karim dengan sekali aku hantar sihir kepada bini dia terus mampus dan dia terus letak jawatan. mudah!! tapi si zamri sial ni..aku nak sentuh pun tak boleh malah nak menyihir isteri dia pun berkemain susah. ilmu apa yang dia pakai aku tidak tahu. tapi kali ini, siaplah kau zamri dengan keris iman karim ini kau tidak akan terlepas dari aku"

mengilai-gilai ketawa sang penyihir. kematian ibu dahlia rohaimi adalah disebabkan perbuatan sihi sang penyihir ini. hidup dan mati seseorang manusia itu adalah aturan Allah tapi asbab kematian ibu dahlia rohaimi adalah kerana sang penyihir yang menggunakan taghut sebagai senjatanya untuk menyusahkan hidup manusia itu.

[6]
`Dan bahawa sesungguhnya adalah (amat salah perbuatan) beberapa orang dari manusia, menjaga dan melindungi dirinya dengan meminta pertolongan kepada ketua-ketua golongan jin, kerana dengan permintaan itu mereka menjadikan golongan jin bertambah sombong dan jahat.

[14]
`Dan bahawa sesungguhnya (dengan datangnya Al-Quran, nyatalah) ada di antara kita golongan yang berugama Islam, dan ada pula golongan yang (kufur derhaka dengan) menyeleweng dari jalan yang benar; maka sesiapa yang menurut Islam (dengan beriman dan taat), maka merekalah golongan yang bersungguh-sungguh mencari dan menurut jalan yang benar,

[15] ` Adapun orang-orang yang menyeleweng dari jalan yang benar, maka mereka menjadi bahan bakaran bagi neraka Jahannam. ‘ surah al-jin ayat (6), (14-15)

sudah bertahun kisah kematian ibu dahlia rohaimi tetapi masih tiada manusia yang mengetahui punca kematian ibu dahlia rohaimi melainkan rabiatul adwiyyah sahaja yang mengetahui mengenainya. rabiatul adwiyyah melihat segala detik-detik dan saat-saat sihir itu dihantar kepada ibu dahlia rohaimi tetapi dia tidak mampu melakukan sebarang tindakan kerana dia terlalu taat kepada suaminya dan dia tidak akan menderhaka kepada suaminya. pesanan suaminya masih melekat didalam dirinya supaya jangan dicampur urusan manusia.

malah dia yang menjadi saksi kepada kekalutan hidup zamri dan rosna tetapi tidak mampu dibantu pada waktu kerana dihalang oleh ayahandanya. segala kejadian yang berkaitan zamri dan rosna amat diketahui oleh rabiatul adawiyyah . dari rosna dan zamri remaja sehiggalah kini sudah mempunyai anak yang sebaya dengan amalina mahirah. kepahitan yang perlu ditanggung kini adalah cinta amalina mahirah terhadap fakis mutawatir. rabiatul adawiyyah amat takut dengan cinta ini. dia tidak mahu kejadian yang betahun-tahun lalu terjadi dan berulang semula.

"ketibaan raja untuk melawat kq.aman..."
menjerit bilal kamil razali mengiringi raja dan disebelah raja itu terzahir ketampanan dan kegagahan seorang persilat melayu yang satu-satunya hebat di kg.aman yang tidak lain tidak bukan zamri. memang sejak kecil lagi persahabtan zamri dan bilal kamil terjalin. mereka berdua sama-sama kerja dengan raja. dan bilal kami razali adalah penasihat agama untuk sultan di negeri itu.
semua orang kampung berkumpul bernaung dibawah daulat raja yang memerintah negeri itu.

tiba-tiba terkocoh-kocoh seorang lelaki yang mungkin pengawal sultan.

"assalmmualikum kepada penduduk kg.aman yang dikasihi oleh raja, disini ada titah dari paduka baginda. setelah diperkenankan dibwah duli raja, disini ingin hamba memberitahu bahawa raja berkenan untuk menjadikan kg.aman sebagai pertukaran dengan raja di negeri seberang untuk mengambil semula lombong biji timah yang telah di rampas oleh raja di negeri seberang"

setelah mendengar pengumuman itu, raja berangkat pulang ke istana dan semua orang kamung berkumpul untuk membincangkan mengainya. semua orang membantah malah imam karim juga merasakan kuasanya sebagai ketua kampung itu terjejas.

"sebagai raja di negari ini, beta berkeanan untuk memberi darjat kebesaran kepada panglima beta, panglima zamri kerana telah berkhidmat cemerlang untuk beta. dan beta juga berkenan untuk jadikan zamri sebagai pentadbir di lombong biji timah itu, jika segalanya rancangan beta berjalan lancar."

terkejut dengan penganugerahan oleh raja. gelagat zamri dipandang jijik oleh lebai kamil razali. dia berasa amat dengki dengan penganugerahan itu kerana dia merasakan anugerah itu hanya layak untuk dia. dia yang mencadangkan segala-galanya. dia yang mempertaruhkan kg.aman, tempat kelahirannya dan tempat tumpah darahnya sebagai tukar ganti dengan lombong biji timah itu. kononya rela mati demi raja tetapi dalam diam dia merancang sesuatu. sebenarnya zamri tidak mahukan anugerah itu kerana tidak sanggup dituduh sebagai pengkhiant kampung. setelah selesai ucapan raja, zamri berjumpa dengan raja secar peribadi dan menolak dengan sopan penganugerahan raja dengan beberapa sebab iaitu dia akan menamatkan perkhidmatan sebagai panglima kerana dia akan berkahwin. dia telah berjanji dengan bakal isterinya dan raja menerima dengan terbuka hati.

selepas perkahwinan antara zamri dan rosna, riuh, tersebar tetang fitnah yang zamri adalah pengkhianat kampung. riuh semuanya telah menyalahkan zamri dan walapun sekarang kg.aman telah ditadbir oleh raja yang baru dan kg.aman lebih terjamin tetapi orang kampung masih menuduh zamri sebagai pengkhianat kampung. ini semua kerja bilal kamil razali.

"puas hati aku, padan muka kau zamri. mulai hari ini kau akan dipulau oleh orang kampung. hidup kau tidak aman disini. kau akan terseksa selama-lamanya dan sekalipun 7 keturunan berlalu keturunaan au tetap dianggap sebagai perngkhianta"

berdekah-dekah bilal kamil razali.

segala-galanya disaksikan oleh rabiatul adawiyyah. teringat akan kesah 18 tahun itu membuatkan dirinya berasa bersalah dengan zamri dan rosna. rabiatul adawiyyah amat menyangi keluarga ini tetapi disebabkan ketaatan kepada ayahandanya dan suaminya tercinta, dia tidak bisa membantu. hanya iringin doa yang mampu disumbangkan oleh rabiatul adwiyyah.

tidak pernah diceritkan kepada anakanda-anakandanya. hanya suami tercinta dan ayahandanya sahaja yang mengetahui kisah ini.

menangis rabiatul adawiyyah mengenakannya...
apakah dia dapat mengubah hidup keluarga zamri atau dia hanya mampu berdiam diri melihat penderitaan yang dialami oleh keluarga itu. dia tahu hanya Allah sahaja yang tahu aturannya. sesungguhnya aturan Allah amat sempurna.


Free Template Blogger collection template Hot Deals BERITA_wongANteng SEO
DIMENSI CINTAKU~episod 3~





percintaan amalina mahirah sudah berkurun sejak kecil lagi. pertama kali dia melihat fakis mutawatir hatinya sudah tertarik. tertarik dengan sikap fakis mutawatir tetapi kini fakis mutawatir hanyalah bayangan cintanya. fakis mutawatir sangat mencintai Allah dan sangat mencintai ilmu dan kerana itulah amalina mahirah mencintainya bukan kerana nafsu tetapi kerana mencari seseorang yang taat kepada hukum Allah yang pasti boleh membawanya kejalan yang benar. teringat pesan bondanya..

"anakanda amalina tidak boleh mencintai fakis mutawatir kerana di bukan dalam kalangan masyarakat kita... jangan sesekali mencintainya..."
"tapi bonda? fakis mutawatir amat mulia, mencintai Allah dan Rasulullah s.a.w serta mencintai ilmu. mengapa tidak boleh ada perkahwinan antara kami?"
"ingatlah anakanda amalina, jangan sesekali melawan, ini adalah larangan masyarakat kita.'
"kenapa bonda?"

tiba-tiba menitis airmata rabiatul adawiyyah.

amalina mahirah mencari maksudnya tetapi masih terkapai-kapai. peristiwa 18 tahu dahulu dan mengapa antara dia dan fakis mutawatir tidak akan ada perkahwinan. amalina mahirah tahu yang dia dan masyarakatnya adalah golongan yang ditutupkan oleh Allah hijab. dia tahu masyarakt manusia biasa tidak dapat melihat mereka melainkan orang yang beriman kepada Allah. orang yang dibuka hijab oleh Allah untuk melihat masyarakat mereka. hanya orang yang betul-betul mencintai Allah sahaja boleh melihatnya.

amalina mahirah juga pernah mendengar cerita dogeng masyarakat mereka, jika ada antara masyarakat mereka yang berkahwin dengan manusia biasa mereka akan serta-merta akan menjadi manusia biasa dan tidak akan boleh kembali kepada dunia yang di hijabkan oleh Allah daripada pandagan manusia biasa dan kejadian itu pernah berlaku.

kehidupan fakis mutawatir dalam keluarga dahlia rohaimi amat terseksa. dia bukan sahaja disuruh bekerja di bendang tetapi dia juga di suruh ke laut untuk mencari ikan.
kadang-kadang sedih dahlia rohaimi melihatnya tetapi dia tidak mampu membantah kehendak imam karim. semenjak kematian ibunya, dahlia rohaimi dibesarkan oleh ayahnya. segala pahit getir hidupnya dah ayahnya telah dilalui bersama. tidak pantas seorang anak membantah kehendak ayah yang membesarkanya.

"ayah tidak mahu kamu rapat sangat dengan suami kami."
hanya malam pertama sahaja mereka berhidup sebilik dan hari selepas itu dan selama-lamanya kehidupan fakis mutawatir dan dahlia rohaimi dipisahkan.

"tapi ayah?"
"tak ada tapi-tapi lagi. ini kehendak ayah dan ayah akan pastikan yang fakis mutawatir tidak akan mendapat anak sulung dan dia akan bekerja dengan ayah sepanjang hidupnya"
terlahir perasaan jahatnya. semua perjalanan hidup fakis mutawatir dikawal olehnya. kini barulah dahlia rohaimi tahu kenapa ayahnya memberi syarat sedemikian rupa.
"tak akan ada keturunan aku berdarah pengkhianat dan perlaku maksiat macam keluarga zamri."
tergelak imam karim bercerita.

dahlia rohaimi hanya mampu terdiam dan tidak mampu berkata-kata lagi. menangis dahlia rohaimi di pangkin di tepi bendang. tangsianya membuatkan fakis mutawatir perasan yang ketika itu baru sahaja pulang menjala ikan.

"assalmualikum"
tangan fakis mutawatir singgah di kepala dahlia rohaimi yang ketika itu sedang duduk memeluk kakinya dan kepada terlengkup pada lututnya.
"kenapa mimi menangsi?...jangan menangsi sayang"
lembut fakis bertanya dan ada nada sebak pada suaranya.
"waalikumsalam"
dahlia rohaimi mengelap airmatany sambil tangannya mencari tangan suami tersayangnya dan mencium tanda hormatnya kepada suami.
"tiada apa-apa abang. mimi cuma terkenangkan arwah ibu..."
dahlia rohaimi menipu.
"yang hidup akan mati dan kita yang masih hidup perlu berbakti kepadanya melalui doa yang kita alunkan dan mimi kena ingat doa anak yang soleh akan membantu ibu di alam bakah"
teangguk-angguk dahlia rohaimi.

perkahwinannya dengan fakis mutawatir tidak dirancang dan dia amat syukur akan perkahwinana ini kerana jika tidak dia pasti akan dinikahkan oleh anak bilal kamil razali. pemuda yang paling disegani dalam kampung aman dan pemuda yang paling ditakuti oleh semua orang. tidak kiralah dalam apa keadaan malah jaguh dalam permainan laga ayam yang menjadi kegilaan pemuda kampung aman. berbeza dengan fakis mutawatir yang terlampu cintakan ilmu dan agamanya tetapi masih difitnah dan dicaci oleh orang kampung. begitu jahil orang kampung aman. masing-masing dibesarkan dengan ilmu agama tetapi tidak diterapkan islam itu sendiri dala kehidupan. ada juga gadis-gadis yang tidak menutup kepala dengan jilbab ada juga yang berkemban ketika mandi di sungai. bertapa murah erti kehidupan seorang wanita di kampung aman. dahlia rohaimi dibesarkan oleh ibunya dan ayahnya dengan penuh kasih sayang diterap ilmu agama. batas-batas aurat dan pergaulan di ajar oleh ibunya sewaktu ibunya masih hidup.
setelah ibunya pergi menghadap ilahi disebabkan oleh buatan sihir yang mereka sekeluarga tidak tahu siapa geragan yang melakukanya sehinggakan ibunya muntah darah bercampur dengan jarum dan rambut. sungguh sedih jika dikenang tetapi dahlia rohaimi redha dengan qada' dan qada Allah.

"abang, hari ini mimi masak ikan patin masak tempoyak cili api. marilah kita masuk kerumah kita makan bersama."
lembut tutur kata dahlia rohaimi. penuh kasih sayang. mereka masu kerumah sambil tangan berpegangan.

dari jauh imam karim ternampak. tiba-tiba perasaan marahnya meluap-luap.

"FAKIS! siapa suruh kau pegang tangan anak aku"
dari jauh imam karim menjerit seperti fakis mutawatir dan dahlia rohaimi membuat satu dosa yang besar.
terkejut mereka berdua dengan jeritan itu sehinggakan jiran sebelah rumah juga terkejut.
"ayah...kami...."
belum sempat fakis mutawatir habiskan ayatnya sekali lagi imam karim mejerkahnya
"siapa AYAH KAMU!!! aku tak pernah menganggap kau ini anak aku. aku kahwim kan kau dengan anak aku sebab aku tak sanggup menanggung malu. kalau tak sebab kau cuba memperkosa anak aku dah lama aku kahwinkan anak aku dengan anak bilal kamil razali"
terdiam fakis mutawatir. tidak menyangka yang perkahwinan ini tidak pernah direstui oleh ayah mertuannya.

dengan serta merta dahlia rohaimi melepaskan tangan suaminya dan terus berlari masuk kerumah.

"dan satu lagi aku nak cakap dekat kau. jangan sekali-kali kau sentuh anak aku. jangan sekali-kali. faham!"

fakis mutawatir hanya diam tidak sekali bersuara, tunduk supaya tidak terzahir wajah kemarahan. mulutnya berzikir dan beristghfar kepada Allah untuk meredakan kemarahnya. berundur fakis dari kawasan rumah itu. dia terus pergi ke pangkin yang sentiasa teguh menuggunya. di situ dia pergi ke tali air yang berhampiran mengambil wuduk untuk menenangkan kemarahan hatinya yang kian dirasuk oleh syaitan laknatullah. setelah itu berdiri dia di atas pangkin itu dan menunaikan solat sunat.

dia berdoa

"malam ku bersamaMu dan siangku turut bersamaMu. ya Allah pencipta alam,pencipta segala-galanya, pencipta hati setiap manusia. ya Allah kau lembutkanlah hati setiap insan yang aku sayangi dan kau lembutkan hati bapa mertuaku. jadikanlah kami tergolong dikalangan orang-orang beriman. ya Allah, kau jadikanlah perkahwinan aku ini satu ibadah yang boleh menjadikan aku insan yang kuat dan sentiasa beriman dan beramal kepadaMu"

menitis airmata fakis mutawatir mengenangkan nasibnya. walaupun cintanya terhadap dahli rohaimi baru sahaja berputik tetapi cinta itu adalah cinta yang suci cinta yang halal tidak pernah dia merasakan keindahan bercinta selain cintanya yang halal keatas wanita yang dicintai.

terbantut seleranya untuk merasai masakan isterinya yang tercintai. sementar menunggu solat zohor, fakis mutawatir melelapkan matanya. itu adalah rutin harianya iaitu tidur sebelum zohor kerana dia terlalu mencintai Rasulullah s.a.w, dia sentiasa mengamalkan sunnah Rasulullah s.aw.

"assalammualikum..."
suara seorang gadis memberi salam

"waalikumsalam.."

terkejut fakis mutawatir akan suara itu. dibuka matanya tetapi tiada sesiapa yang hadir dihapannya hanya sayup-sayup bunyi angin bertiupan. fakis mutawatir melelapkan semula matanya dan meneruskan semula tidurnya.

"assalammualikum..."
sekali lagi suara gadis memberi salam terdengar..
"waalikumsalam.."
fakis mutawatir membuka matanya.
"ah!!!..."
terkejut dan terus bangun. betul dihadapannya seorang gadis teramat cantik seumpama bidadari dari kayangan dan berpakaian indah seperti puteri kayangan. tidak kelihatan walaupun seinci kulitnya hanya kulit muka dan telapak tangananya sahaja. kepalanya terhias indah jilbab yang di simpul rapi. sungguh indah wanita dihadapannya ini tetapi fakis mutawatir tidak mengetahui mengapa dan kenapa perempuan ini di hadapannay.

"siapa saudari?"
fakis mutawatir bertanya.
"saya amalina mahirah. gadis yang selalu menggangu kamu ketika kamu khusyuk menghadap ilahi. saya ingin meminta maaf atas kejadian malam itu dan saya berjanji tak akan ulangi lagi."
"tak mengapa saudari, saya tidak akan salahkan kamu. saya mahu meminta maaf atas kejadian malam itu kerana telah melakukan perkara yang dilarang oleh Allah terhdap kamu"
"apa yang telah kamu lakukan?"
"saya telah memegang tangan kamu dengan sengaja..."
"tak mengapa, kamu mempertahankan diri kamu."
"tapi saya tidak sepatut bertindak sedemikan rupa.."
amalina mahirah hanya mendiamkan diri. dia tidak mahu meneruskan lagi kerana fakis mutawatir sering sahaja menyalahkan dirinya.
tiba-tiba..
"adakah kamu mengenali saya?"
terpancul soalan itu melalui mulut amalina mahirah.
fakis mutawatir mendiamkan diri tidak berkata apa-apa. seolah sedang mengingati sesuatu.
"minta maaf saudari, mungkin saya tidak pernah mengenali kamu."

mimik muka amalina mahirah berubah sedih. mukanya yang tadi penuh dengan senyuma kini berubah kemerahan.

"kenapa kamu bersedih?"
"tiada apa-apa..."

allahhualkhbar..allahhuakhabr..

terdengar dari jauh seruan azan. fakis mutawatir tiba-tiba terdiam. setiap baris panggilan azan di sambutnya kerana dia pernah mendengar hadis dari gurunya iaitu orang yang menyambut azam di jamin syurga untuknya.
selesai azan berkumandang
"saudari..."
termenung amalina mahirah yang dari awal lagi mengambil tempat di atas pangkin itu tapi jarak anatara mereka amat jauh.
"em...."
itu sahaja yang mampu terjawab oleh amalina mahirah.terasa malu yang teramat sangat kerana lelaki yang dicintai tidak pernah mengenalinya mungkin disebabkan perubahan masa dan tempoh mereka tidak berjumpa agak lama.
"saya meminta diri dahulu kerana saya ingin berjemaah di masjid. saya mohon beredar. assalammualikum"
"waalaikumsalam."

teringat amalina mahirah sebelum ayahandanya menghalang dia pergi ke alam masyarakt manusia biasa. pada waktu fakis mutawatir menangsi kerana dipukul dan dibuli oleh rakan-rakan, amalina mahirahlah yang sering menemaninya.

"kenapa kamu menangsi?"
terkejut fakis yang ketika itu tersedu-sedu menangsi.
"ish...ish.,,, tak ada orang nak kawan dengan saya..ish..ish... saya selalu kena buli... orang selalu tuduh mak ayah saya sebagai pengkhianat kampung sedangkan saya takpernah melihat pun ibu bapa saya membuat salah malah baik terhadap semua orang"
"sabarlah...kalau tida orang nak kawan dengan awak, saya akan selalu teman awak. kita boleh main-main bersama."
tersenyum fakis mutawatir mendengarnya. kini dia gembira kerana ada kawan yang akan menemaninya.
"terima kasih ..... siapa nama kamu?"
"cukup pangil saya ina."
"ina...ina... nama saya fakis mutawatir selamat berkenalan"
tersenyum dua anak itu. kedua-dua mereka gembira dengan pengenalan pertama itu. walaupun amalina mahirah mengenali fakis mutawatir lebih awal dari itu.

selesai solat zohor, fakis mutawatir pulang ke rumah imam karim untuk menyelesaikan kerjanya dibendang. semasa berjalan pulang sambil bertasbih dan memuji Allah dia telah ditahan oleh manusia yang paling disegani oleh orang kampung dari dia kecil dulu lelaki itulah yang sering membulinya. dia adalah anak kepada lebai kamil razali iaitu dahlan.

"sukalah kau bila dapt berkahwin dengan dahlia.."
suaranya penuh dengan kebencian. sempat juga dia meludah di kaki fakis mutawatir.

fakis mutawatir hanya diamkan diri. tidak mahu mulakan persengketaan. tidak mahu mulakan pergaduhan. cukuplah dia telah memalukan ibu bapanya.

"weh...lembab..jawablah bodoh..."
fakis terus berlalu dari situ.

"subahanAllah!"
itu sahaja yang terkeluar dari mulut fakis mutawatir selepas dahlan menolaknya dari belakang tersungkur jatuh menyembah bumi.

fakis mutawatir bangun dan terus beredar dari situ.

Free Template Blogger collection template Hot Deals BERITA_wongANteng SEO
DIMENSI CINTAKU~episod 2~

"bonda, bonda tahu cerita 18 tahun lepas? bonda tahu?"
amalina mahirah menyoal bondanya yang sibuk di taman bunga di perkarangan istana yang tersegam indah. bunga-bunga pelbagai jenis bertebaran dan kembang mekar di taman itu. ada sebuah tasik yang penuh dengan bunga teratai dan kadang-kadang angsa putih menyingah menghiasi tasik itu.

"jangan ditanya pada bonda. bonda tiada kuasa untuk menceritakan kepada anakanda. ayahanda pasti murka jika rahsia ini di dedahkan."

ringkas rabiatul adawiyyah memberitahu kepada amalina mahirah anak kedua dan anak perempuan tunggalnya.

"tapi bonda?"
"tiada tapi-tapi lagi! bonda tegas tetang cerita silam itu."

amalina mahirah cuba mencari atau menyelesaikan teka-teki itu.

masih segar dalam ingatanya tentang seorang budak lelaki yang sebaya dengannya. dilihat betul-betul dihadapannya, dibunag didalam telaga buruk. tidak tahu apa salah budak itu sehinggakan manusia disekelilingnya sanggup menyumpah seranahnya. seorang anak kecil yang tidak bersalah dan tidak mengetahui pokok pangkal jalan hidupnya di bunag didalam telaga buruk.

cerita itu sudah berlalu beberapa tahun yang lalu disaat dirinya sebaya dengan budak lelaki itu. menangsi budak itu keseorangan didalam telaga buruk itu. amalina mahirah tidak mampu menahan perasaan belas kasihan terhadap budak lelaki itu. sudah acap kali ayahandanya memberitahu supaya tidak bersekongkol dengan orang luar tetapi disebabkan kasihnya terhadap budak lelaki itu dibantu dengan menggunakan tali. setelah itu dia lari menghilangkan diri walupun dia tahu budak lelaki itu sedang mencarinya mungkin untuk berterima kasih.

amalina mahirah khusyuk mengaji. dibelek-belek surah yussof. teringat kisah nabi yussof yang di buang didalam telaga buruk sekaligus teringat kepada budak lelaki itu. budak lelaki itu sudah pasti fakis mutawatir. seorang budak yang begitu baik tidak pernah menyusahkan orang malah banyak membantu tetapi di layan seperti binatang.

kejadian malam itu membuatkan fakis mutawatir terpaku. lembaga yang selama ini mengganggunya adalah seorang perempuan. perempaun yang dia sendiri tidak mengenali.
lamunannya terhenti.

"fakis, abah dah buat keputusan yang kamu perlu berkahwin dengan dahlia rohaimi. walaupun kamu tidak setuju, abah tetap memaksa kamu."

agak tegas teguran zamri tetapi fakis mutawatir faham situasi sebenar.

"abah, fakis redha dengan apa yang telah menimpa. jika ditakdirkan jalan hidup fakis sebegini fakis redha. sesungguhnya Allah maha mengetahui tentang jalan hidup fakis."

walaupun terlahir nada sedih tetapi fakis mutawatri tetap akan meneruskan pernikahanya dengan dahlia rohaimi.

rosna hanya berdiam diri. dia tahu anaknya sering berteleku dihadapan Allah diwaktu malam dikal orang nyeyak dibuai mimpi. rosna tahu anaknya sering menangis megenangkan nasibnya yang difitnah. malah rosna tahu dan zamri juga tahu yang anaknya tidak akan melakukan perkara yang dilaknat oleh Allah.

masih segar dalam ingatan zamri disaat dia menasihati fakis mutawatir.

"fakis ingat ayat Allah .: la takqrabul zina. maksudnya jangan kamu menghampri zina. Allah melarang kita menghampiri zina. menghampirinya sudah dimurkai ini pula melakukannya. abah harap fakis faham."

"abah sesungguhnya fakis amat takut akan kemurkaan Allah. fakis tidak akan pernah menghampiri malah melihatnya juga tidak"

itulah pengakuan fakis dihadapan ayahnya.

fakis redha atas ketentuan Allah.

pada pagi yang cukup indah itu. fakis mutawatir dan keluarganya telah pergi menemui imam karim dirumahnya. tidak pernah mengenali dahlia rohaimi. tidak pernah bersua malah tidak pernah berkata-kata atau berbicara. hari ini, fakis mutawatri perlu mengharunginya. disaat dirinya yang belum bersedia menempuh alam pernikahan.

"bila kita boleh mulakan pernikahanya imam"
ringkas zamri berbicara.

"aku lah zamri,kalau tidak disebabkan anak engkau cuba memperkosa anak aku, tidak kau berkenan untuk bermenantukan si fakis ini."

balasan pertanyaan itu,membuatkan rasa sakit pada hati zamri tetapi dia tetap bersabar. beristghfar. tidak dia percaya seorang imam yang dihormati sanggup berbicara sedemikain. dia tahu manusia tidak sempurna.dia tahu manusia juga punyai kelemahan.

"imam, saya tidak mahu perkara ini diperbesarkan. cuma saya ingin tahu bila kita boleh menikahkan mereka berdua."

zamri mengulangi pertanyaannya. fakis mutawatri geram tetapi dia diam bersabr. rosan pula tabah menghadapi segala cerca.

"aku putuskan, malam ini aku nikahkan mereka berdua."
"dan mahranya adalah......"
rosan menanggalkan sebentuk cincin pada jarinya yang telah lama disimpannya. cincin yang penuh dengan sejarah hidupnya. hanya zamri sahaja mengetahui tentangnya.

"cincin ini. cincin ini mahar untuk perkahwinan mereka."
cincin emas yang indah. dibaluti dengan berlian putih dan mutiara hitam.

tepersona imam karim melihatnya. sungguh cantik berkilat. tidak pernah dilihat cincin secantik ini.

"baiklah aku setuju tetapi ada syaratnya."
"apa syaratnya?"
"fakis kena tinggal dirumah ini sehingga dahlia rohaimi melahirkan anak sulungnya."
"saya setuju dengan cadangan itu."
perbualan mereka terhenti disitu.

perkahwinan yang serba kekurangan itu sudah cukup untuk menutup segala aib keluarga zamri tetapi keluarga itu pasti merasai kehilagan anak kesayangannya.

malam pertama fakis mutawatir dengan dahlia rohaimi tidak seperti malam pengantin yang lain. tiada apa-apa yang berlaku. masing-masing hanya mendiamkan diri. malam yang hanya dialaskan dengan tikar mengkuang dan dia biji bantal dan sehelai selimut. fakis mutawatir hanya mendiamkan diri begitu juga dengan dahlia rohaimi, sunyi tanpa suara. fakis mutawatir tidak pernah melihat wajah isterinya dengan lebih jelas hanya sekilas pandang dan malam ini kedua-dua mempelai hanya membisu. malam yang indah bagi mempelai-mempelai lain tetapi bagi mereka hanya kelu seribu bahasa tiada tindakan sebagai seorang suami isteri. malam itu fakis mutawatir keluar dari bilik. dia berasa rimas dengan keadaan dia sekarang. keluar dari rumah imam karim dan melabuhkan punggunya di pangkin tepi bendang kepunyaan imam karim.

ditilik keindahan ciptaan Allah. malam itu seperti malam-malam lain tetapi malam ini dia berasa kekurangan kerana mugkin di rumah yang baru. sambil-sambil dia melihat cipataan Allah. melihat langit, bintang-bintang dan bulan sambil bertasbih dan memuji-muji Allah. tapi yang kekuranganya adalah tiada orang yang menggangu seperti malam lain. tiada gadis yang bernama amalina mahirah.

"siapakah geragan saudari sebenarnya?"
terkejut fakis mutawatri yang sering meganggunnya adalah seorang wanita.
"minta maaf fakis mutawatir.nama saya amalina mahirah."
ringkas pegenalannya dan dia terus berlalu daripada itu.

megelamunya entah kemana sehingga tidak sedar kehadiran dahlia rohaimi disisi.

"saya...saya..."
itu sahaja yang terluah dari bibirnya.
"saya faham dahlia rohaimi. saya tidak salahkan awak."
fakis mutawatir jawab dengan ringkas.
"saya tidak mampu untuk bersuara abang. maafkan saya."
pertama kali dahlia rohaimi membahasakan fakis mutawatir sebagai abang. mimik muka fakis mutawatir berubah tetapi dia bua tak endah.
"abang..."
agak kekok penggunaanya.
"abang tidak salahkan mimi...abang tahu ini suratan takdir dan memang ditakdirkan oleh Allah yang abang adalah suami kepada mimi."
dahlia rohaimi merasakan tiba-tiba degupan jantungnya kencang. penggunaan mimi dirasakn begitu istimewa.
"abang, mimi mohon ampun.. mimi tidak mampu bersuara..mimi bersalah, maafkan mimi abang."
"tiada apa yang perlu dipertikaikan lagi dan yang penting kita sah menjadi suami isteri."
mengalir air mata dahlia rohaimi mendengar penerimaan fakis mutawatir.

fakis mutawatir menarik badan dahlia rohaimi mendekatinya. dipeluk bahu dahlia rohaimi dan terasa airmata menitik dibahu fakis mutawatir. malam itu tiba-tiba hati fakis mutawatir berbunga-bunga baru dia merasakn ada isteri disisi.

menitis-nitis air mata amalina mahirah melihat situasi itu. seorang lelaki yang dirasakan amat dicintai kini milik orang lain. kehadiran amalina mahirah pada malam itu tidak diketahui oleh fakis mutawatir. dari jauh amalina mahirah melihatnya. penuh syahdu, percintaan yang hanya hidup didalam hatinya hanya sengketa berbisa yang tidak bisa diungkap. airmatanya turuk mengalir bersama deruan malam yang menemaniya. saat-saat dan detik-detik sedih itu hanya amalina mahirah sahaja yang menanggungnya.

disaat fakis mutawatir sedang merasakan saat indah bersama-sama dahlia rohaimi dari jauh amalina mahirah melihatnya dengan tangisan pilunya dan disaat itu dia berdoa.

"ya Allah aku redha dengan segala kehendakmu dan aku redha dengan segala aturanMu. andai aku tidak bisa mendapat cinta lelaki yang soleh ini cukuplah cintaMu sebgai peneman diriku.."
Free Template Blogger collection template Hot Deals BERITA_wongANteng SEO
DIMENSI CINTAKU~episod 1~




disubuh yang hening, disaat pagi yang penuh sunyi, semua rumah di Kg.aman masing-masing di ulik mimpi-mimpi indah tetapi tidak dirumah pasangan Zamri dan Rosna. Rumah mereka kelam kabut dek menyambut kelahiran anak sulung mereka. Rosna tenang tetapi Zamri amat risau disaat kelahiran anak sulung mereka tiada yang dapant membantu hanya mereka berdua. Bidan mahupun orang kampung semua tidak hadir memberi bantuan akibat perasaan yang tidak puas hati kepada keluarga yang amat bahagia ini. walaupun tiada kehidupan di Kg.Aman tetapi pasangan ini amat bahagia. merempuh bahtera indah sebagai pasangan suami isteri. walaupun dicemuh dan dimaki oleh orang kampung tetapi mereka redha. setiap pagi kerja Zamri akan ke bendang untuk menguruskan sawah padinya dan sebelum pulang dia pasti singgah dipersisiran sungai untuk membeli dua atau tiga ekor ikan untuk menjadi santapan mereka berdua.

kini disubuh yang hening, hanya kilauan air mata yang terzahir daripada mata zamri. kelahiran anak sulungnya amat menyeksakan tanpa orang yang pandai. puas dia ke rumah mak bidan memujuk dan memujuk mak bidan tetapi tidak dilayan. selama dia hidup dia kampung itu tidak pernah dia dan Rosna melakukan kesilapan malah disaat orang kampung susah dia sering datang membantu tapi sejak kejadian itu, semua berubah. dia dicela dan di maki, kadang-kadang dilepar batu seperti seorang yang bersalah. hanya beberapa orang kampung yang menjadi saksi kejadian itu sahaja yang mempercayai yang semua ini bukan angkara zamri.

"abang jangan risau.....abang boleh menyambut kelahiran anak sulung ini......ana percaya abang"
berpeluh muka rosna menahan perasaan sakit. rosna tahan sakitnya jika diberi tidak kerana melihat suaminya yang resah dan risau sudah pasti dia melolong.

"abang cuba rosna...abang cuba..."
air panas sudah ada disisi. kain batik sudah disedia untuk menyambut kedatangan anak sulung mereka.

"abang...sakit......"
itu sahaja terlahir daripada mulut rosna. kain selimutnya sudah digigit menahan sakita yang teramat sangat.

"rosna,abang dah nampak ana kita...sedikit sahaja lagi. teran rosna.. teran lagi rosan..."
tersenyum zamri. peluh jantannya menitik-nitik..

dipagi yang hening, lahir seorang anak lelaki yang sangat comel. anak yang didambarkan oleh pasangan ini sejak sekian lama mereka berkahwin. sudah pelbagai cara diikhtiarkan berkat usaha dan doa mereka akhirnya lahir seorang anak lelaki yang diberi nama muhammad fakis mutawatir bin zamri.

fakis mutawatir dibesarkan dengan penuh kasih sayang. segala ilmu diberikan daripada rohani sehinggalah jasmani. daripada ilmu dunia sehinggalah ilmu akhirat. selam fakis hidup, dia sering di caci dan di maki. semua orang kampung mengatakan ibu bapanya adalah pengkhianat kampung. pernah fakis bertanyakan kepada ibu bapanya tetapi ibu bapanya hanya menyuruhnya bersabar. kini fakis sudah mencapai usia remaja. sudah pandai berfikir. dia tidak pernah memperduli apa yang di katakan orang. setiap pagi dia akan pergi ke kampung sebelah menuntut ilmu dunia dan ilmu akhirat dan sebelah malam dia mempelajari ilmu persilatan dengan bapanya. pada waktu terluang dia akan sibuk membantu bapanya di bendang. sungguh baik anak ini. anak ini taat kepada ibu bapa dan agamanya. disaat anak-anak muda di kampung itu berhibur dengan aktiviti berlaga ayam tetapi tidak kepda fakis hidupnya hanya ingin mencari jalan kebenaran.

disaat 1/3 malam, dia sering bermunajat kepada Allah. bertasbih dan bertahmid. itu yang diajar oleh ibu bapanya sejak dia kanak-kanak lagi. di rasa tidak tenteram jika tidak bangun menghadap ilahi disaat manusia sibuk mencari kepuasan tidur lena. hatinya aman walapun tidak mempunyai kawan seusianya tetapi dia redha dengan ketentuan ilahi. setipa malam dia akan bangun menghadap ilahi dan setiap itulah pasti.... pasti dirinya seolah-olah diperhatikan oleh seseorang. pernah sekali dia mencari tetapi gagal menemui.

pagi itu fakis mutawatir bersiap-siap untuk kesungai bukan untuk menagkap ikan atau memancing tetapi ingin memusakan hatinya melayari keindahan ciptaan Allah. mecari ketenangan melihat kejernihan air sungai dan ikan-ikan kejar mengejar disamping membersuhkan dirinya.

fakis mutawatir turun ke sungai untuk mandi tiba-tiba..

"tolong! tolong!"
jeritan seorang wanita yang tidak dikenal pasti. fakis mutawatir mencari suara itu tetapi tidak tahu dimana suara itu..

seorang gadis hanyut dibawa arus. diselamatkan gadis itu.
gadis itu sangat dikenali. anak imam karim. tiba-tiba riuh suara orang kampung terkocoh datang melihat perkara sebenar. akibat daripada itu fakis mutawatir dituduh cuba meperkosa anak imam karim, padahal tidak sedikit malah secebis bukti yang menunjukan fakis mutawatri cuba mengperkosa anak imam karim.

dahlia rohaimi masih berpakaian sempurna. masih berjilbab dan dan sempurna pakaiannya. fakis mutawatir menyelamatkan dahlia rohami tetapi di tuduh memperkosa. dahlia rohaimi masih pengsan. mukanya pucat. imam karim hanya bersabar menuggu dahlia rohaimi sedarkan diri. rosna dan zamri tenang menghadapi segalanya. rosna dan zamri meminta izin pulang kerumah dan keluarga itu mengatakan dia pasti akan bertanggungjawab.

"abah dah kata!! jangan kau terlibat dengan orang kampung ini"
lima jari zamri singgah di muka fakis mutawatir.

"abah, fakis tak buat! ini smua fitnah abah! fitnah!"
esakan fakis bukan kerana sakit tetapi keran kecewa dengan dirinya sendiri. tikda mempu mejaga nama baik keluarga walaupun nama baik itu sudah lama tercemar dek perisitwa lampau.
rosan hanya mendiamkan diri. dia tidak akan campur urusan suaminya.

satu kampung aman heboh mengenai fakis mutawatri telah meperkosa dahlia rohaimi. imam karim terlalu malu mengenai fitnah yang tersebar. kamil razali antara manusia kejam yang sering memporak perandakan keluarga zamri. dari zaman zamri seusia fakis mutawatir, kamil razali punca segalnya berlaku sehingga hari ini keluarga zamri yang dipersalahkan. kamil razali yang menabur segala fitnah. baik dikedai kopi mahupun di masjid, mulutnya tidak pernah luntur untuk menabur fitnah. gelaran sebagai lebai kamil razali amat tidak layak untuk dirinya. disebabkan sudah berkurun lamanya keluarga zamri dipersalahkan, jika sebab setitik nila habis susu sebelanga. tidak hairanlah jika segala fintah yang ditaburkan oleh lebai kamil razali kepada keluarga zamari dianggap satu kemulian.

malam itu fakis mutawatri bangun berqiammulai seperti hari-hari biasa tetapi hari ni lain daripada yang lain. deruan airmatanya kian deras dek kejadian fitanah melanda dirinya teringat dia akan cerita gurunya tentang fitnah siti Aisayah r.a. difitnah melakukan perkara sumbang di belakang Rasulullah s.a.w . difitnah melakukan zina dengan sahabat nabi sendiri iaitu safwan. menangis siti Aisayah menunggu wahyu dari Allah untuk menperjelaskan perkara sebenar dan akihrnya turun wahyu daripada Allah dalam surah annur ayat 23-26

[23]
Sesungguhnya orang-orang yang menuduh perempuan-perempuan yang terpelihara kehormatannya, yang tidak terlintas memikirkan sebarang kejahatan, lagi yang beriman, akan dilaknat (oleh Allah) di dunia dan di akhirat dan, mereka pula akan beroleh azab seksa yang besar;
[24]
Pada hari lidah mereka dan tangan mereka serta kaki mereka menjadi saksi terhadap diri mereka sendiri, tentang segala yang mereka lakukan.
[25]
Pada hari itu Allah akan menyempurnakan untuk mereka balasan (azab seksa) yang berhak mereka mendapatnya, dan mereka pula akan mengetahui bahawa Allah ialah Tuhan Yang Maha Adil, lagi nyata keadilanNya.
[26]
(Lazimnya) perempuan-perempuan yang jahat adalah untuk lelaki-lelaki yang jahat, dan lelaki-lelaki yang jahat untuk perempuan-perempuan yang jahat; dan (sebaliknya) perempuan-perempuan yang baik untuk lelaki-lelaki yang baik, dan lelaki-lelaki yang baik untuk perempuan-perempuan yang baik. Mereka (yang baik) itu adalah bersih dari (tuduhan buruk) yang dikatakan oleh orang-orang (yang jahat); mereka (yang baik) itu akan beroleh pengampunan (dari Allah) dan pengurniaan yang mulia.

menangis sekali lagi fakis mutawatir. tidak henti-henti dai berdoa kepada Allah

"ya Allah, Kau tunjukkanlah jalan yang lurus kepada penfitnah yang menfitnah aku. peliharalah mereka ya Allah. kurniakan taufik dan hidayah Mu... ya Allah jika jodoh aku adalah Dahlia ruhaimi aku redha ya Allah. sesungguhnya aku percaya dengan ayat-ayat Mu.."

menagis teresak-esak fakis mutawatir. tidak bisa diberhenti. sedang khusuyk dia bertasbih dan bertahmid kepada Allah. tiba-tiba dia mendengar satu suara menangsi. menangsi bersama-samanya. setiap kali dia berqiammulai pasti ada seperti yang menemani. kali ini dia bertekad mencari kebenaran. gerangan siapa yang selalu mengintainya disaat dia sedang mengabdikan diri kepada Allah. kali ini dia mengatur langkahnya dengan penuh hati-hati.

kedengaran tangisan itu semakin deras tetapi fakis mutawatir tidak mengendahkan. dia kembali bertasbih kepada Allah. kadang-kadang terasa seram sejuk dibuatnya. tangisan itu mendayu-dayu tetapi bunyinya gersik merisik memcah kesunyian. sedang rancak tangisan itu, fakis mutawatir lekas-lekas bertindak. pergerakannya sebagai seorang persilat diatur untuk memastikan musuh atau sesiapa tidak mengetahui kehadirannya.

sepantas kilat fakis mutawatri mengejar tangisan itu, daripada beranda rumahnya dilompat terus ketanah. satu lembaga ligat mearikan diri. fakis mutawatir tekad untuk mengejar lembaga itu sudah sekian lama dia mencari siapa yang sering mengaggunya disaat dia sedang mengabdikan diri kepada Allah. semakin dekat semakin jelas siapa geragan lembaga itu. sampai sahaja disungai lembaga itu cuba melompat didalam sungai tetapi tidak berjaya keran kakinya berjaya dicapai oleh fakis mutawatir.

ditarik tangan lembaga itu. seluruh badan lembaga itu dibaluti dengan pakaian yang beerwana hitam kepala dan mukanya turut ditutup tetapi fakis mutawatir tahu lembaga ini adalah manusia. manusia yang hebat, hebat dalam ilmu persilatan sepertinya tetapi dia pelik kerana lembaga itu tidak bertindak tetapi menyerah diri sepenuhnya kepada fakis mutawatir.

"siapa gerangan kamu yang sering menganggu aku!"
fakis mutawatir menyoalnya tetapi lembaga itu hanya mendiamkan diri..
sekali lagi fakis mutawatir menyoalkan soalan yang sama.

"siapa geragan kamu?"
masih tidak menjawab. fakis mutawatir tidak bolhe barsabar lagi. ditarik kain yang membaluti muka lembaga itu dengan bertemankan cahaya bulan malam di tepi sungai itu...

"subahanAllah.."
terkejut fakis mutawatir sehingga melepasakan lembaga itu dan dia terduduk. tidak mampu berkata apa-apa. diam seribu bahasa...


Free Template Blogger collection template Hot Deals BERITA_wongANteng SEO
meniti-niti cahayamu~episod 10~(akhir)

NOTE: SILA DENGAR LAGU AYAT2 CINTA KETIKA MEMBACA EPISOD INI PASTIKAN TRACK TIU BERULANG2 SEHINGGA ANDA2 SEMUA HABIS MEMBACA OK?..

HARAP MAKLUM.. AMARAN KERAS!!


tiada apa yang bisa dizahirkan..tergamam encik izzat melihat sangkar yang ada didalam mimpinya kini tiada..lenyap..hilang..sudah tiada...

tok batin menangkan encik izzat..

"sabar nak...tok batin tahu..ada sesuatu..tok batin..ada terbau..sesuatu..tok batin terbau darah!..darah yang masih baru mnegalir..seperti ada orang sedang terbunuh!!!"

berderu darah encik izzat..tidak bisa terungkap..tiba2 dia terduduk...jatuh tersungkur lututnya menyetuh tanah...air mtanya terburai teringatkan qisti di hospital...sekali lagi...dia tidak mampu menahan...sedih hiba...mahu menangis ttp..di tahan...dia tidak mahu orang lain mengetahui ttg..qisti..cukuplah hanya dia sahaja yang menaggung segalanya...

tok batin memerhati sekeliling..memerhati dan memerhati...dia dapat merasakan..ada sesuatu yang sedang memerhatinya...dia tahu....dia sudah faham selok belok..hutan ini..dia sudah tahu...bila dan dimana musuh berada...berbekal sumpit dan parang panjang yang terselit di pingang..tok batin berhelah...

"jom kita balik..tiada apa2 disini...kita cari ditempat lain..."

segaja dikuatkan suara...encik izzat tidak mahu berganjak..ttp setelah tok batin memberi isyarat dgn mimik muka...encik izzat akur...mereka beredar dari situ...seberapa jauh yang mugkin..bukan unutk melarikan diri ttp..untuk mengatur strategi...

"tok batin percaya..yang musuh ada disitu.... upik,jaru dgn sangki...kamu berpecah 3 penjuru...kamu upik di utara air terjun,jaru timur dan sangki barat..tok dan mazlan di utara...kamu izzat..tunggu..sahaja ..apabila sudah tok memberi isyarat kamu bertindak.."

semua tercegang...sperti..tok batin mendapat hidu kedatangan musuh...

"tapi tok mereka ada senjata...senapang patah tok...bahaya..."

"jangan risau...hutan ini bukan tempat mereka...ini tempat kami...kami tahu selok belok tempat ini..."

encik izzat akur...

mereka bertidak selepas zohor... terkejut..3 pengikut tok batin..apabila melihat tok batin bersama2 dengan encik izzat dan encik mazlan..solat zohor berjemaah bersama.... akhirnya..tok batin menjelaskan kepada 3 pengikutnya yag dia sudah memelok islam...dan dia tidak mempercayai dengan semangat jahat itu..sbb itulah dia berani untuk datang ke sini..dan dia mempercayai seteguh2nya..yang dunia ini milik Allah..dan Allah menjaga dirinya...

kini terbukti yang semangat jahat itu mmg tidak pernah wujud..terpesona..dengan islam..dan keppercayannya..tiga orang pemuda itu..turut melafazkan syahadah..dan sekarang mereka menegakan syariat Allah..menegakan keadilan diatas jalan Allah...mereka semua adalah seorang muslim..yang akan menegakkkan kebenaran di atas jalan Allah... mereka sama mengulangi kalimah Allahhukhbar...mengulanginya...dan tiba2 semangat keyakinaan terlahir..seperti satu smengat dari langit memacu mereka menentang kejahatan.... encik izzat memberi tahu..yang jika merak mati sekalipun mereka mati dalam menegakkan kebenaran maka mati mereka adalah mati syahid...insyAllah..syurga...

mereka semakin bersemangt..memacu kekuatan untuk berlawan habis2an menentang kejahatan julia...

"aku dah dapat hidu bau diorang..john, kau dengan Ram...jaga2...sebelum aku bunuh zurina..pastikan diorang tidak tahu kita ada disini...pastikan jgn tinggalkan jejak kita...pastikan tiada apa bukit pun yang tinggal di pondok itu.."

julian dan orang suruhannya sudah tinggalkan air terjun itu...

kepala zurina sudah berdarah...dan dia pengsan akibat daripada terhantuk batu. semasa julia cuba mengeluarkan zurina daripada sangkar zurina cuba melarikan diri dan julia sempat menolaknya dan jatuh tersungkur kepalanya terkena batu ...dan kini darahnya menitik2...zurina digendong oleh john..tangan dan kakinya di ikat.

"mereka dah tiada disini..."

ringkas tok batin memutuskan ....

"mereka dah lari..mereka dah tahu kita pasti kembali....."

semua buntu...mengambil masa untuk mereka jejak julia dan koncu2nya..

"tp....."

tok batin terdiam...hidungnya....bergerak2 seperti menghidu sesuatu...

"kanapa tok batin??"

encik izzat ingin mendapat kepastian...yang lain semua diam..

"tok batin ada menghidu bau darah...tok batin dapat hidu..masih baru...darah masih baru..."

gentar encik izzat....

"dimana tok batin?

dengan pantas tok batin menunjukannya... laluan kecil..seperti sudah ada orang melaluinya

"kita akan ikut bau darah itu..."

walaupun tok batin umurnya sudah lanjut ttp deria baunya..amat kuat..sehingga dapat mengetahui bau darah..kagum encik izzat...

"ttp kita tidak akan mengikut jejaknya...dikhuatri mereka mengetahui kita menjejak mereka...kita akan melalui jalan lain..dan..kita akan bergerak malam..."

mereka berjalan pada malan itu tanpa cahaya..hanya bertemankan cahaya bulan...mereka hanya mengikut tok batin daripada belakang..mengikut bau darah..yang semakin lama semakin kuat...baunya...

zurina sudah pengsan tidak sedarkan diri...sudah pengsan..akibat darah yang keluar terlalu banyak..bibirnya sudah pucat...dia tidak bermaya...sudah tidak mampu bergerak..sudah lumpuh mugkin... julia hanya melihat zurina dengan perasaan puas...puas dgn apa yang telah berlaku...dendamnya kini terubat...

dihidupkan unggun api di dalam gua kecil di banjaran titiwangsa itu...gua itu sudah pasti selamat...setelah di pastikan oleh john dan ram... masing2 sejukan diri dek embun malam..yang menyejukakan kawasan sekeliling...

"aku puas...aku puas!..ini balasan kau zurina...ini balasan kau..rasakan,,,"

tiada perasaan bersalah..malah puas..itu sahaja yang mampu terluah...

tiba2...

satu supit pelali tepat terkena pada dahi Ram..dan pengsan setelah beberapa saat... julia dan john terpaku..terkejut..

bang!

satu das tembakan termuntah daripada senapang patah john...tembakan rambang itu terkena sesorang ..terdengar jeritan dari luar gua...john..cepat mengisi semula peluru senapang patah itu..dan keluar mengenal pasti mangsa.....

diluar kaeadan menjadi kelam kabut...tiba sahaja dihadapan pintu gua ..satu lagi sumpit pelali terkena pada john..pengsan john dihadapan pintu gua...

kini julia hilang arah..tidak tahu apa yang ingin dilakukan kini dia terperangkap..terperangkap didalam gua... berbekalkan pisau..dia bertindak mengugut sesiapa yang datang kepadanya..untuk membunuh zurina...pisau sudah diacu pada tekak zurina...zurina tidak sedarkan diri..pengsan....mukanya sudah pucat..bibirnya sudah bertukar biru..badannya sejuk...

berlari encik mazlan masuk kedalam gua...untuk mendapatkan zurina...

"jangan kau dekat dengan aku!!! aku bunuh perempuan sial nih...baik kau jauh kan diri kau daripada aku..."

"sabar saudari...sabar ini bukan jalan penyelesaianya...sabar saudari...kita berbincang apa yang patut.."

"ah!!!! aku peduli apa..kau ingat aku bodoh..aku tahu,,,,ini semua rancangan korang ..aku tahu..."

tidak keruan julian..menangis.,.tanpa henti...menjerit...tidak mampu diatasi lagi..seperti perempuan histeria...

tepat!!!

satu supitan lagi terkena..pada julia..pengsan wanita itu......

berlari..encik mazlan mendapatak zurina....dada zurina turun naik...sperti mencari nafas....

semua sudah berakhir...antara mereka ada yang tekorban...sedih tok batin...

zurina dibawa kehospital secepat yang mungkin... dibawa terus ke kuala lumpur...menggunakan ambulance hospital di daerah itu...zurina kritikal...

badannya kekurangan darah...mujurlah bekalan darah ada di hospital di daerah itu... kepala zurina mula membengkak akibat daripada hentakan yang kuat....encik mazlan setia menemani zurina...

zurina..dibawa ke hospital dimana qisit juga dirawat.....qisit..masih tidak sedarkan diri...

semua doktor bertungkus lumus dalam urusan pembedahan itu...pembedahan itu berjaya..ttp...semuanya bergantung kepada zurina sendiri...sebagai menghormati kehendak encik izzat...encik mazlan telah menyuruh doktor satukn bilik qisti dan zurina....

semua keluarga telah berkumpul..dan julia dan kuncu2nya sudah dibawa ke balai polis...

zurina masih kritikal...mak ngah,idaham dan adik2 zurnia yang lain berkumpul...idaham tidak henti2 menangsi...membaca surah yassin di samping kakakanya..kadang2 matanya mengeling kepada qisti...ada rasa kasihan terhadap qisti...idaham menangis..kerana dia begitu sayang kepada kakaknya..rindu kepada kakaknya..ttp kini kakak..sudah terlantar...segala2 nya bergantung kepada kakaknya....semoga Allah memanjangkan usia mereka..itu sahaja yang terlahir dalam hati idaham..teresak2 idaham...ditenangkan oleh makngah dan encik mazlan...

malam itu...semua orang tidak dibenarkan untuk melawat...jururawat dihospital itu menjaga zurina dan qisit...angin malam laju bertiup masuk kedalam bilik itu...cahaya bulan malam menerangi bilik itu.....bunyi angin malam mengejutkan jururawat yang tertidur di kerusi bilik sakit itu....meremang bulu romanya...

tiba2...

ar rahman, ar rahim,al malik ,al kudus....

asama husan dialun2kan oleh dua muslimah itu..terkejut jururawat itu...jururawat itu tidak mampu mebuat apa2 hanya terkedu dan terdiam..tidak berganjak dari tempatnya..terpaku..dirinya hanya mampu mendengar...

"kakak zurina....qisti rindu dekat aku...qisit ingat kita tidak akan berjumpa lagi...qisti rindu dengan akak.."

mereka berpelukan...

"qisti, kakak rindu dengan qisti...rindu sangat..."

mereka berdua memakai pakaian indah..sutera dan ..zurina kelihatan sangat cantik.,indah umpama soerang ratu yang bakal memilik syurga Allah...bercahaya...

"qisti perjalanan kakak sangat jauh...kaka berterima kasih kepada qisti kerana mengubah hidup kakak dengan izin Allah... qisti..mungkin kita tidak akan berjumpa lagi...kakak akan menghadap ilahi..jika takdir kakak telah tertulis.."

qisti terdiam..mukanya berubah...merah..airmatanya juga turut mengalir...

"kakak...qisti tidak sanggup berpisah dengan akak lagi...qisti mahu mengikut akak sekali....."

menangis qisit teresak2...sudah tidak terkira lagi...

zurina mula menangis..terharu melihat anak kecil itu...berharap..

"semua ini dari Allah..qisti..akak tidak mampu melawan takdir...akak mahu berhidup bersama qisti..tetapi jika itu takdir Allah..akak kena redha..akak tidak mampu melawan takdir..akak tahu walaupun akak pernah jahill..ttp akak insaf setelah menemui qisti...dengan izin Allah...qisti telah mengubah akak...akak redha....semoga akak tergolong dikalangan orang2

beriman...doakan kebahagian akak qisit.."

qisti tidak mampu mengata apa..esakan nya semakin deras..

"akak......akak.....ish.....jgn tinggalkan qisti...tolong akak...qisti tidak mampu hidup tanapa akak....."

"qisit!....anak umi...tak mahu memangis..."

pelukan antara zurina dan qisti terlerai apabila melihat seorang perempuan yang cantik...terlampau cantik..bercahaya... menegur mereka...

"qisti...mari datang kepada umi...ini umi qisti..."

qisti beranikan diri menghampiri humairah...

humairah mendakap qisti kemas2...mengalir air mata humairah...baru kini dia dapat memeluk anaknya yang tidak pernah dipeluk...walaupun zahrinya adalah bayangan ttpi...pada muka humairah.. terlahir perasaan puas...

"umi...qisti???...umi.......qisti rindu....rindu kepada umi.."

"umi rindu kepada qisti juga....qisit jangan menagis...jangan menagis sayang..."

tersedu-sedu qisti....zurina hanya tersenyum melihat gelagak anak dan ibu...itu....zurina menghampiri humairah berpelukan.....

"zurina...insyaAllah..Allah sentiasa mengasihani insan yang menyayanginya..insyaAllah...sama2 kita berdoa kepada Allah..semoga kita semua selamat di dunia dan diakhirat.."

mereka bertiga duduk bersimpuh..berdoa kepada Allah....semoga Allah..mempermudahkan uruasan mereka semua...

pertemuan mereka adalah pertemuan yang terakhir..tiada pertemuan selaps ini...itu janji humairah kepada zurnia dan qisti...melainkan pertemuan manusia yang bertaqwa disyurga ....

malam yang penuh indah di dalam bilik sakit itu..disaksikan oleh jururawat itu tanpa henti...dan kedua2 muslimah itu mengakhiri asma husan nya dengan selawat kearas junjugan besar nabi Muhammad s.a.w.....dan terdiam.....terdim..sunyi..semula....angin dari luar...sudah terdiam...hanya...bunyi mesin ECG sahaja yang memecah kesunyian malam....tiada apa....yang terjadi...

degupan jantung zurina semakin deras...blood pressure semkin meningkat...dengan tiba...mesin ECG bekerja dengan deras..laju selaju degupan jantung zurina....jururawat panik....panik....dengan sepantas kilat .memangil doktor....

qisti tersedar dari komanya...tersedar...ternampak zurina disisinya..dalam keadaan yang amat mengerikan..kepalanya bengkak....tiba2 mengalir air mata qisti melihat zurina......

qisti cuba mencapai tangan zurina...percubaan pertama tidak mampu kerana dia begitu lemah..dicapai sekali lagi....tangan zurina sudah terpaut..digegam erat....

"kakak bertahan..jangan tinggalkan qisti sorang2..qisti takut..akak bertahan...."

zurina tidak sedarkan diri....doktar datang ....terkocoh2..doktor....mesin ECG terdiam...hanya nada bunyia yang tetap sahaja terlahir..

teeeeeeeeeeeeetttttttttttttttttttttttttttttt...

''akak...jgn pergi...akak..jgn pergi.."

tidak terzahir suara qisti...menagis...dalam diam....tangannya terlepas...daripada gengaman...

qisti pengsan tidak sedarkan diri...kembali pengsan.....

doktor..menggunakan defibrillators untuk memulihkan fungsi jantung zurina...

pagi itu..tok batin,encik Mazlan sibuk menggali kubur...ramai orang2 di pekampungan orang asli turut tolong membantu menggali kubur...setalah jenazah dikafankan..dan di solatkan....

ramai orang bersedih atas kejadian dihadapan gua itu...disebabkan oleh tembakan rambang itu ...tembakan itu tepat terkena dada sangki...setelah itu...encik izzat cepat2 mendaptkan sangki...encik mazlan diarahkan encik izzat untuk terus mendapatkan zurina setelah lelaki du hadapan pintu gua itu tersungkur jatuh pengsan.

semasa kejadian itu... encik izzat sempat menyuruh sangki mengucap dua kalimah syahadah..

masih segar dalam ingatan encik izzat setelah sangki selesai mengucapak kalimah syahadah..sebelum roh nya ditarik keluar daripada badan..

"aku bau wang.i......aku....nampak...syurga..Allah...aku nampak...aku mahu ..pergi kes.a..."

terharu encik izzat melihat jenazah sangki yang pergi dalam keadam senyum...mukanya bercahya...walaupun sudah dimandikan ttp..darah masih mengalir...betulah ..sudah terbukti...mati syahid pada jalan Allah terpelihara...

kerana sibuk dengan jenazah di perkampungan orang asli encik izzat menyerahkan zurina kepada encik mazlan untuk menguruskannya..dari jauh dia hanya mampu berdoa......agar semua selamat...

qisti sudah tersedar daripada tidurnya....dilihat..zurina ..tiada disisinya.,...idaham sibuk ditepin qisti...sedang khusuk menulis sesuatu..mugkin membuat kerja sekolah pada tanggapan qisti.....

"qisti sudah sedar..."

qisti cuba bangun tapi dilarang oleh idaham..

"qisti belum sembuh sepenuhnya lagi..baring sahaja..."

lembut tutur idaham...

"akak zurina mana?"

"alhamdulilah..akak selamat...akak ada dibilik pesakit kritikal...perlu diawasi sentiasa.."

"alhamdulilah..."

itu sahaja terzahir daripada mulut qisti.

tersenyum qisti...segala2nya sudah selamat bersyukur qisti..

qisti termenung..temenung mengingati uminya,...senyuman uminya..pelukan dan cuiman uminya...dia redha atas segalanya...semuanya selamat...

********************************************************************************************

rumah orang-orang tua baitul raudah...bising dengan gelak tawa....ada yang bergosip2...ada yang sibuk bercerita mengenai kuih muih untuk dimasak waktu berbuka puasa nnt... gelak tawa terhenti...

"assalmmualikum.."

seorang gadis..yang cantik..memberi salam...

"walaikumsalam.."

serentak orang2 tuad disitu menjawab salam...yang lelaki ada yang mengatal apabila melihat seorang gadis cantik datang disitu...

"saya adalah pekerja baru disini..kerani disini..mohon tunjuk ajar..."

"adik manis...abang boleh ajarkan..."

serentak mereka ketawa....

"eh ..abang mat..mengatal..pulak ..awak tuh ayam pencin..mana boleh..nak tangkap cintan degana ayam muda"

mak yah menyambung...tergelak ketwa mereka....

"emm...pakcik dan makcik semua...terima kasih..kerana menerima saya disini..."

jubah yang dipakai oleh gadis...sangat cantik...bersulam bunga... dan indah..dibeli khas di makkah sewaktu menunaikan haji pada tahun lepas..

"nama saya nur zurina bahiaah dan saya adalah kerani di bitul raudah..."

"siapa adik comel itu...geram mak yah tgok..."

"oh..kenalkan ini anak zu...nurul qistina natasya.."

qisti memeluk pingang zurina...manja..

"alah dah khawin rupanya...ingat bujang lagi...kalu tidak boleh abang mat buat isteri kedua.."

ketawa lagi mereka....riuh rendah teratak baitul hikmah...

PROLOG

julia,ram dan john telah di kenakan hukuman setimpal dengan jenyah yang dilakukan dan hartawan kaya itu telah ditangkap dan dikenakan hukuman mati mandatori kerana disabitkan kesalahan merogol dan membunuh...dengan izin Allah...telefon zurina masih boleh diselamatkan dan memori telefon itu masih selamat...dan segala video kelakuan hartwan itu dapat dilihat dengan jelas... julia menyesal atas apa yang telah dilakukan...

zurina telah selamat mengharugi detik2 akhirnya..dgn izzin Allah...dia selamat..dan dia telah berkahwin dengan encik izzat...walaupun zurina merasakan itu bukan kehendaknya..ttp...masih mekar didalam ingatnnya..pesanan humairah seblum pepisahan mereka terakhir..

"zurina wanita solehah..yang pasti mencintai Allah...jagalah suami ku dan anakku..bawalah mereka kesyurga Allah..sesungguhnya..itu adalah yang terbaik yang Allah mahukan.."

masih segar....amanah itu akan dikotakan zurina...sehingga bejumpa semula disyurga insyaAllah...

tammat..

segala percintaan telah diatur oleh Allah..segala perubahan iman di atur oleh Allah..tetapi kita sebagai makhluk..perlu mencarinya...perlu mencri dan mencari..semoga cinta Allah..milik kita....itu yang pasti...mencari redha Allah...dan ketaqwaan kepada Allah..adalah saham yang tidak pernah rugi..hanya kita yang menentukna segalanya..ingat..insan yang beriman pasti..melik Allah...bertaubatlah sebelum terlambat..kerana..Allah .mahapengsih lagi maha penyayang..jangan sampai nyawa dikerongkong..baru tergesa2..bertaubat..pada masa tiu tidak berguna lagi...

dalam meniti-niti cahaya Allah...banyak halangan perlu dilalui bukan untuk menyeksa tetapi..memantapkan iman...insyaAllah..A

[35] Allah yang menerangi langit dan bumi. Bandingan nur hidayah petunjuk Allah (Kitab Suci Al-Quran) adalah sebagai sebuah “misykaat” yang berisi sebuah lampu; lampu itu dalam geluk kaca (qandil), geluk kaca itu pula (jernih terang) laksana bintang yang bersinar cemerlang; lampu itu dinyalakan dengan minyak dari pokok yang banyak manfaatnya, (iaitu) pokok zaitun yang bukan sahaja disinari matahari semasa naiknya dan bukan sahaja semasa turunnya (tetapi ia sentiasa terdedah kepada matahari); hampir-hampir minyaknya itu – dengan sendirinya – memancarkan cahaya bersinar (kerana jernihnya) walaupun ia tidak disentuh api; (sinaran nur hidayah yang demikian bandingannya adalah sinaran yang berganda-ganda): cahaya berlapis cahaya. Allah memimpin sesiapa yang dikehendakiNya (menurut undang-undang dan peraturanNya) kepada nur hidayahNya itu; dan Allah mengemukakan berbagai-bagai misal perbandingan untuk umat manusia; dan Allah Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu.

[36] (Nur hidayah petunjuk Allah itu bersinar dengan nyatanya terutama sekali) di rumah-rumah ibadat yang diperintahkan oleh Allah supaya dimuliakan keadaannya dan disebut serta diperingat nama Allah padanya; di situ juga dikerjakan ibadat mensuci dan memuji Allah pada waktu pagi dan petang

surah annur ayat 35-36

hidaya milik Allah...insya Allah.. jadilah manusia yang bertaqwa..






Free Template Blogger collection template Hot Deals BERITA_wongANteng SEO