Setiap kali aku ajak Anis keluar dan ada saja alasannya seperti tak mahulah, bosanlah, tengah baca novellah. Sedangkan kami dah berkahwin hampir enam bulan. Kami berkahwin atas dasar keluarga bukan dasar suka sama suka. Aku tak tahu macam mana nak layan anis dan apabila aku bertanya,
"Anis, Anis sayang Abang?"
"Mestilah Anis sayang Abang sebab abangkan suami Anis," jawapannya yang pasti.
Apabila malam-malam aku tengok dia tengah layan tv, aku duduk sebelah dia dan menonton bersama. Aku tarik tangannya,kupegang dan ku kucup. Tapi apa yang dibuat hanya duduk fokus pada televisyen dan tidak menghiraukan apa yang aku sedang buat,seperti tiada perasaan terhadap aku. Aku tanya lagi,
"Anis! Anis sayang Abang?" dan jawapannya pasti,
"Mestilah Anis sayang Abang, sebab Abangkan suami Anis," sambil bibirnya tersenyum.
Sebelum aku pergi kerja,pasti dia bersalam denganku. Dan aku tidak terlepas daripada kucup dahinya. Hanya mimik mukanya seperti tidak ada perasan, hanya diam dan merelakan sahaja.Aku sudah tidak faham, dan tidak tahu membuat apa-apa. Aku membelikannya seutus rantai yang menjadi kegilaan isteri-isteri sempena ulangtahun perkahwinan. Apa yang dikatakannnya,
"Abang tak perlu beri ini kepada Anis sebab Anis tidak ada hak ke atasnya."
"Abang, Anis harap Abang faham."
"Tapi apa yang Anis mahukan?"
Persoalan itu menjadi tanda tanyaku. Soalan itu tidak dijawab tetapi jawapan yang diberikan hanyalah senyumannya.
Anis melayan aku seperti raja, makan aku dia jaga, dia tidak tidur sebelum aku tidur, dia sudah bangun sebelum aku bangun.Tika aku penat diurut-urut badanku. Apa yang aku minta untuk makan semua dia buat.
Pernah sekali aku menyusahkan hidup dia, aku terlampau tertekan dengan dirinya yang seakan-akan tidak boleh terima hakikat dengan perkahwinannya, aku maki dia, aku mengamuk sehingga habis satu rumah aku sepahkan, aku pecahkan pinggan mangkuk tapi apa yang dia lakukan,
"Abang maafkan Anis kalau Anis lakukan kesalahan," sambil wajahnya yang manis.
Dia kemas rumah sambil tersenyum, tiada perasaan kecewa pada wajahnya. Tapi aku tidak faham mengapa Anis seperti itu. Adakah hidupnya penuh dengan kedukaan sebelum ini? Setahu aku sebelum ini, Anis seorang gadis yang periang, gadis yang sentiasa gembira. Tetapi setelah dia berkahwin denganku, dia risau gelisah seperti ada yang tidak kena.
Walaupun didepanku, dia tersenyum tetapi aku tidak tahu hakikat sebenar. Diajak keluar rumah berjalan-jalan tidak mahu. Macam-macam alat solet dan perhiasan aku belikan tetapi apa yang dia katakan hanya,
“Anis penat, anis mahu baca novel.”
Aku faham Anis sibuk dengan kerja rumah, jadi aku tidak berkecil hati dengannya. Kadang-kadang aku bersangka buruk terhadap anis. Kadang-kadang aku rasa Anis seperti ada lelaki lain, aku upah orang untuk mengintipnya tetapi dia tidak pernah keluar rumah selain membeli barang dapur dengan Si Guna yang selalu masuk ke taman perumahan kami dengan menaiki lori, itu pun dia menelefon aku untuk meminta kebenaran keluar.
Kadang-kadang aku bosan dengannya sebab selalu meminta izin denganku. Pernah sekali aku tengking dia sebab dia menelefonku semata-mata meminta kebenaran keluar daripada rumah untuk pergi ke surau mendengar kuliah agama.
Anis memang seorang wanita yang tidak tinggal agamanya tapi sewaktu dia remaja, hidupnya biasa seperti riang, keluar rumah, membeli belah, pergi ke kedai buku tapi selepas berkahwin denganku semuanya hilang seperti dia tidak pernah menerima diriku dalam dirinya sebagai suami.
Aku bosan dengan dia. Tiada masa aku berhibur seperti pasangan suami isteri yang lain. Anis dulu mulutnya petah berbicara dan bercerita tapi setelah berkahwin dengan aku, dia hanya bersuara bila perlu sahaja.
Tetapi apa yang aku kagum setiap kali aku balik daripada tempat kerja, rumah sentiasa bersih dan dirinya sentiasa senyum dan harum. Terubat kepenatanku. Di atas meja pula tidak pernah terlepas daripada aku menikmati kopi panas dan kuih-muih. Disambutnya aku dihadapan pintu sambil dirinya menyalamiku dan tersenyum. Ditarik aku ke kerusi dan di urut bahuku.
Itu keistimewaan Anis tapi apabila aku mengajaknya keluar dia tidak mahu, katanya suka duduk dirumah dari keluar. Terseksa diriku ini. Aku pergi kerja waktu pagi dan malam baru balik. Selagi aku tidak tidur, Anis juga tidak tidur. Dia pasti menunggu disisiku dan setelah aku tidur barulah diamelelapkan mata di atas pelukan bahuku.
Dia amat menyayangiku tetapi aku tidak boleh terima hakikat dirinya yang tidak riang seperti dulu. Kuntum senyuman pada bibirnya tidak pernah hilang apabila dihadapanku.
Pernah sahabat-sahabatku datang ke rumah untuk mengenali isteriku. Apa yg dia lakukan ialah disiapkan segala makan dan minum dan dia terus masuk ke dalam bilik, tidak keluar sehinggalah kawan aku pulang. Itulah Anis.
Segala rahsia terbongkar setelah Anis sudah sarat mengandung dan bakal melahirkan anak sulung. Sewaktu itu aku ditempat kerja, ketika itu diluar negeri, aku sibuk dengan tugasan kerja. Aku memberitahu kepada Anis yang aku terpaksa keluar negeri dan katanya,
“Pergilah, Anis lambat lagi hendak bersalin. Mungkin lagi tiga minggu,” katanya.
Sewaktu aku sedang sibuk dengan tugasan aku diluar negeri, aku mendapat panggilan telefon daripada Anis, katanya ingin meminta izin keluar rumah dan aku membenarkannya.
Setelah beberapa jam aku menerima panggilan daripada sebuah hospital yang mengatakan aku dikehendaki pergi ke hospital untuk menandatangani satu surat kebenaran untuk pembedahan Anis. Katanya Anis tidak boleh bersalin normal dan aku amat terkilan dengan Anis kerana tidak berterus terang. Aku terus ke hospital itu dengan bantuan rakan sepejabatku yang pada waktu itu telah menempah tiket untuknya.
Sampainya aku dihospital, Anis sudah melahirkan anak lelaki dengan bantuan ayahnya yang telah menandatangani surah kebenaran tersebut.
Aku dimaki dan dicaci oleh ayahnya tetapi tanpa mengendahkannya, ku ambil anak lelakiku dan ku laungkan azan. Cacian itu hanya seketika sahaja kerana tiba-tiba aku mendengar Anis menjerit,
"AYAH!!!! AYAH!!!! Ayah tiada hak untuk mencaci suami Anis macam tu. Anis tidak pernah mencacinya, Anis tidak pernah memarahinya. Anis jaganya seperti raja, Anis letak kakinya di kepala Anis, Anis tidak mahu dia susah. Dia raja di dalam hati Anis tapi hari ini ayah senang-senang caci maki dia. Ayah,kenapa ayah buat dekat suami Anis macam tu, dia tak bersalah," Anis menangis.
"Ayah, Anis minta maaf sebab Anis telah memarahi ayah tapi Anis perlu bela suami Anis kerana dia adalah syurga Anis. Anis sayang dia seperti Anis sayang diri Anis. Anis tidak mahu dia mendapat balasan neraka sebab kesalahan anis."
Terkejut aku apabila mendengar pengakuan itu. Hampir menitis air mataku pada anis. Hatiku luluh, lututku lembik dan terduduk aku mendengarnya.
"Abang, Anis tahu pada waktu Abang mengajak Anis berhibur Anis menolak kerana Anis tidak mahu orang melihat Anis dengan penuh ghairah sebab penampilan Anis. Anis tidak mahu orang melihat dandanan Anis selain Abang. Abang pasti bosan kerana setiap kali Anis mahu keluar walaupun di hadapan rumah Anis pasti menelefon Abang sebab Anis mahu setiap langkah-langkah Anis adalah langkah-langkah ahli syurga."
"Anis mohon maaf Abang."
Ku pegang tangannya,kucium dahinya dan kupeluk tubuhnya. Aku menangis pada bahunya dan air mataku menitik.
"Abang menangis sebab Anis ke? Abang, Anis minta ampun minta maaf sebab Anis telah membuat Abang menangis. Anis minta maaf Abang, Anis minta maaf," menangis anis.
Merah mukanya kerana tidak mampu menahan rasa bersalah dan sedihnya. Aku bersihkan air pada birai matanya.
"Anis, Anis tidak bersalah. Anis tidak pernah buat sebarang kesalahan sebab Anis adalah isteri yang solehah cuma Abang yang tidak faham dengan tindakan Anis. Ini semua kesalahan Abang. Anis adalah jaminan syurga Abang. Anis adalah sebaik-baik wanita yang pernah Abang jumpa. Anis isteri Abang selamanya," Anis mengelap air mataku, Anis mencium pipiku dan memelutku erat.
Dalam pelukan dia berdoa,
"Ya Allah! Inilah suami yang aku sayangi selama ini dan aku tidak pernah salah menerimanya kerana ia adalah ketentuanmu.”
Anis adalah isteriku selama-lamanya.
Free Template Blogger collection template Hot Deals BERITA_wongANteng SEO
cerpen yang mengharukan. hebat2.. :)