sebarang penerbitan karya immukmin daripada blog http://coretanhambamu-immukmin.blogspot.com tanpa kebenaran adalah salah sama sekali. tindakan akan di ambil kepada sesiapa yang melakukannya.
DIMENSI CINTAKU~episod 3~





percintaan amalina mahirah sudah berkurun sejak kecil lagi. pertama kali dia melihat fakis mutawatir hatinya sudah tertarik. tertarik dengan sikap fakis mutawatir tetapi kini fakis mutawatir hanyalah bayangan cintanya. fakis mutawatir sangat mencintai Allah dan sangat mencintai ilmu dan kerana itulah amalina mahirah mencintainya bukan kerana nafsu tetapi kerana mencari seseorang yang taat kepada hukum Allah yang pasti boleh membawanya kejalan yang benar. teringat pesan bondanya..

"anakanda amalina tidak boleh mencintai fakis mutawatir kerana di bukan dalam kalangan masyarakat kita... jangan sesekali mencintainya..."
"tapi bonda? fakis mutawatir amat mulia, mencintai Allah dan Rasulullah s.a.w serta mencintai ilmu. mengapa tidak boleh ada perkahwinan antara kami?"
"ingatlah anakanda amalina, jangan sesekali melawan, ini adalah larangan masyarakat kita.'
"kenapa bonda?"

tiba-tiba menitis airmata rabiatul adawiyyah.

amalina mahirah mencari maksudnya tetapi masih terkapai-kapai. peristiwa 18 tahu dahulu dan mengapa antara dia dan fakis mutawatir tidak akan ada perkahwinan. amalina mahirah tahu yang dia dan masyarakatnya adalah golongan yang ditutupkan oleh Allah hijab. dia tahu masyarakt manusia biasa tidak dapat melihat mereka melainkan orang yang beriman kepada Allah. orang yang dibuka hijab oleh Allah untuk melihat masyarakat mereka. hanya orang yang betul-betul mencintai Allah sahaja boleh melihatnya.

amalina mahirah juga pernah mendengar cerita dogeng masyarakat mereka, jika ada antara masyarakat mereka yang berkahwin dengan manusia biasa mereka akan serta-merta akan menjadi manusia biasa dan tidak akan boleh kembali kepada dunia yang di hijabkan oleh Allah daripada pandagan manusia biasa dan kejadian itu pernah berlaku.

kehidupan fakis mutawatir dalam keluarga dahlia rohaimi amat terseksa. dia bukan sahaja disuruh bekerja di bendang tetapi dia juga di suruh ke laut untuk mencari ikan.
kadang-kadang sedih dahlia rohaimi melihatnya tetapi dia tidak mampu membantah kehendak imam karim. semenjak kematian ibunya, dahlia rohaimi dibesarkan oleh ayahnya. segala pahit getir hidupnya dah ayahnya telah dilalui bersama. tidak pantas seorang anak membantah kehendak ayah yang membesarkanya.

"ayah tidak mahu kamu rapat sangat dengan suami kami."
hanya malam pertama sahaja mereka berhidup sebilik dan hari selepas itu dan selama-lamanya kehidupan fakis mutawatir dan dahlia rohaimi dipisahkan.

"tapi ayah?"
"tak ada tapi-tapi lagi. ini kehendak ayah dan ayah akan pastikan yang fakis mutawatir tidak akan mendapat anak sulung dan dia akan bekerja dengan ayah sepanjang hidupnya"
terlahir perasaan jahatnya. semua perjalanan hidup fakis mutawatir dikawal olehnya. kini barulah dahlia rohaimi tahu kenapa ayahnya memberi syarat sedemikian rupa.
"tak akan ada keturunan aku berdarah pengkhianat dan perlaku maksiat macam keluarga zamri."
tergelak imam karim bercerita.

dahlia rohaimi hanya mampu terdiam dan tidak mampu berkata-kata lagi. menangis dahlia rohaimi di pangkin di tepi bendang. tangsianya membuatkan fakis mutawatir perasan yang ketika itu baru sahaja pulang menjala ikan.

"assalmualikum"
tangan fakis mutawatir singgah di kepala dahlia rohaimi yang ketika itu sedang duduk memeluk kakinya dan kepada terlengkup pada lututnya.
"kenapa mimi menangsi?...jangan menangsi sayang"
lembut fakis bertanya dan ada nada sebak pada suaranya.
"waalikumsalam"
dahlia rohaimi mengelap airmatany sambil tangannya mencari tangan suami tersayangnya dan mencium tanda hormatnya kepada suami.
"tiada apa-apa abang. mimi cuma terkenangkan arwah ibu..."
dahlia rohaimi menipu.
"yang hidup akan mati dan kita yang masih hidup perlu berbakti kepadanya melalui doa yang kita alunkan dan mimi kena ingat doa anak yang soleh akan membantu ibu di alam bakah"
teangguk-angguk dahlia rohaimi.

perkahwinannya dengan fakis mutawatir tidak dirancang dan dia amat syukur akan perkahwinana ini kerana jika tidak dia pasti akan dinikahkan oleh anak bilal kamil razali. pemuda yang paling disegani dalam kampung aman dan pemuda yang paling ditakuti oleh semua orang. tidak kiralah dalam apa keadaan malah jaguh dalam permainan laga ayam yang menjadi kegilaan pemuda kampung aman. berbeza dengan fakis mutawatir yang terlampu cintakan ilmu dan agamanya tetapi masih difitnah dan dicaci oleh orang kampung. begitu jahil orang kampung aman. masing-masing dibesarkan dengan ilmu agama tetapi tidak diterapkan islam itu sendiri dala kehidupan. ada juga gadis-gadis yang tidak menutup kepala dengan jilbab ada juga yang berkemban ketika mandi di sungai. bertapa murah erti kehidupan seorang wanita di kampung aman. dahlia rohaimi dibesarkan oleh ibunya dan ayahnya dengan penuh kasih sayang diterap ilmu agama. batas-batas aurat dan pergaulan di ajar oleh ibunya sewaktu ibunya masih hidup.
setelah ibunya pergi menghadap ilahi disebabkan oleh buatan sihir yang mereka sekeluarga tidak tahu siapa geragan yang melakukanya sehinggakan ibunya muntah darah bercampur dengan jarum dan rambut. sungguh sedih jika dikenang tetapi dahlia rohaimi redha dengan qada' dan qada Allah.

"abang, hari ini mimi masak ikan patin masak tempoyak cili api. marilah kita masuk kerumah kita makan bersama."
lembut tutur kata dahlia rohaimi. penuh kasih sayang. mereka masu kerumah sambil tangan berpegangan.

dari jauh imam karim ternampak. tiba-tiba perasaan marahnya meluap-luap.

"FAKIS! siapa suruh kau pegang tangan anak aku"
dari jauh imam karim menjerit seperti fakis mutawatir dan dahlia rohaimi membuat satu dosa yang besar.
terkejut mereka berdua dengan jeritan itu sehinggakan jiran sebelah rumah juga terkejut.
"ayah...kami...."
belum sempat fakis mutawatir habiskan ayatnya sekali lagi imam karim mejerkahnya
"siapa AYAH KAMU!!! aku tak pernah menganggap kau ini anak aku. aku kahwim kan kau dengan anak aku sebab aku tak sanggup menanggung malu. kalau tak sebab kau cuba memperkosa anak aku dah lama aku kahwinkan anak aku dengan anak bilal kamil razali"
terdiam fakis mutawatir. tidak menyangka yang perkahwinan ini tidak pernah direstui oleh ayah mertuannya.

dengan serta merta dahlia rohaimi melepaskan tangan suaminya dan terus berlari masuk kerumah.

"dan satu lagi aku nak cakap dekat kau. jangan sekali-kali kau sentuh anak aku. jangan sekali-kali. faham!"

fakis mutawatir hanya diam tidak sekali bersuara, tunduk supaya tidak terzahir wajah kemarahan. mulutnya berzikir dan beristghfar kepada Allah untuk meredakan kemarahnya. berundur fakis dari kawasan rumah itu. dia terus pergi ke pangkin yang sentiasa teguh menuggunya. di situ dia pergi ke tali air yang berhampiran mengambil wuduk untuk menenangkan kemarahan hatinya yang kian dirasuk oleh syaitan laknatullah. setelah itu berdiri dia di atas pangkin itu dan menunaikan solat sunat.

dia berdoa

"malam ku bersamaMu dan siangku turut bersamaMu. ya Allah pencipta alam,pencipta segala-galanya, pencipta hati setiap manusia. ya Allah kau lembutkanlah hati setiap insan yang aku sayangi dan kau lembutkan hati bapa mertuaku. jadikanlah kami tergolong dikalangan orang-orang beriman. ya Allah, kau jadikanlah perkahwinan aku ini satu ibadah yang boleh menjadikan aku insan yang kuat dan sentiasa beriman dan beramal kepadaMu"

menitis airmata fakis mutawatir mengenangkan nasibnya. walaupun cintanya terhadap dahli rohaimi baru sahaja berputik tetapi cinta itu adalah cinta yang suci cinta yang halal tidak pernah dia merasakan keindahan bercinta selain cintanya yang halal keatas wanita yang dicintai.

terbantut seleranya untuk merasai masakan isterinya yang tercintai. sementar menunggu solat zohor, fakis mutawatir melelapkan matanya. itu adalah rutin harianya iaitu tidur sebelum zohor kerana dia terlalu mencintai Rasulullah s.a.w, dia sentiasa mengamalkan sunnah Rasulullah s.aw.

"assalammualikum..."
suara seorang gadis memberi salam

"waalikumsalam.."

terkejut fakis mutawatir akan suara itu. dibuka matanya tetapi tiada sesiapa yang hadir dihapannya hanya sayup-sayup bunyi angin bertiupan. fakis mutawatir melelapkan semula matanya dan meneruskan semula tidurnya.

"assalammualikum..."
sekali lagi suara gadis memberi salam terdengar..
"waalikumsalam.."
fakis mutawatir membuka matanya.
"ah!!!..."
terkejut dan terus bangun. betul dihadapannya seorang gadis teramat cantik seumpama bidadari dari kayangan dan berpakaian indah seperti puteri kayangan. tidak kelihatan walaupun seinci kulitnya hanya kulit muka dan telapak tangananya sahaja. kepalanya terhias indah jilbab yang di simpul rapi. sungguh indah wanita dihadapannya ini tetapi fakis mutawatir tidak mengetahui mengapa dan kenapa perempuan ini di hadapannay.

"siapa saudari?"
fakis mutawatir bertanya.
"saya amalina mahirah. gadis yang selalu menggangu kamu ketika kamu khusyuk menghadap ilahi. saya ingin meminta maaf atas kejadian malam itu dan saya berjanji tak akan ulangi lagi."
"tak mengapa saudari, saya tidak akan salahkan kamu. saya mahu meminta maaf atas kejadian malam itu kerana telah melakukan perkara yang dilarang oleh Allah terhdap kamu"
"apa yang telah kamu lakukan?"
"saya telah memegang tangan kamu dengan sengaja..."
"tak mengapa, kamu mempertahankan diri kamu."
"tapi saya tidak sepatut bertindak sedemikan rupa.."
amalina mahirah hanya mendiamkan diri. dia tidak mahu meneruskan lagi kerana fakis mutawatir sering sahaja menyalahkan dirinya.
tiba-tiba..
"adakah kamu mengenali saya?"
terpancul soalan itu melalui mulut amalina mahirah.
fakis mutawatir mendiamkan diri tidak berkata apa-apa. seolah sedang mengingati sesuatu.
"minta maaf saudari, mungkin saya tidak pernah mengenali kamu."

mimik muka amalina mahirah berubah sedih. mukanya yang tadi penuh dengan senyuma kini berubah kemerahan.

"kenapa kamu bersedih?"
"tiada apa-apa..."

allahhualkhbar..allahhuakhabr..

terdengar dari jauh seruan azan. fakis mutawatir tiba-tiba terdiam. setiap baris panggilan azan di sambutnya kerana dia pernah mendengar hadis dari gurunya iaitu orang yang menyambut azam di jamin syurga untuknya.
selesai azan berkumandang
"saudari..."
termenung amalina mahirah yang dari awal lagi mengambil tempat di atas pangkin itu tapi jarak anatara mereka amat jauh.
"em...."
itu sahaja yang mampu terjawab oleh amalina mahirah.terasa malu yang teramat sangat kerana lelaki yang dicintai tidak pernah mengenalinya mungkin disebabkan perubahan masa dan tempoh mereka tidak berjumpa agak lama.
"saya meminta diri dahulu kerana saya ingin berjemaah di masjid. saya mohon beredar. assalammualikum"
"waalaikumsalam."

teringat amalina mahirah sebelum ayahandanya menghalang dia pergi ke alam masyarakt manusia biasa. pada waktu fakis mutawatir menangsi kerana dipukul dan dibuli oleh rakan-rakan, amalina mahirahlah yang sering menemaninya.

"kenapa kamu menangsi?"
terkejut fakis yang ketika itu tersedu-sedu menangsi.
"ish...ish.,,, tak ada orang nak kawan dengan saya..ish..ish... saya selalu kena buli... orang selalu tuduh mak ayah saya sebagai pengkhianat kampung sedangkan saya takpernah melihat pun ibu bapa saya membuat salah malah baik terhadap semua orang"
"sabarlah...kalau tida orang nak kawan dengan awak, saya akan selalu teman awak. kita boleh main-main bersama."
tersenyum fakis mutawatir mendengarnya. kini dia gembira kerana ada kawan yang akan menemaninya.
"terima kasih ..... siapa nama kamu?"
"cukup pangil saya ina."
"ina...ina... nama saya fakis mutawatir selamat berkenalan"
tersenyum dua anak itu. kedua-dua mereka gembira dengan pengenalan pertama itu. walaupun amalina mahirah mengenali fakis mutawatir lebih awal dari itu.

selesai solat zohor, fakis mutawatir pulang ke rumah imam karim untuk menyelesaikan kerjanya dibendang. semasa berjalan pulang sambil bertasbih dan memuji Allah dia telah ditahan oleh manusia yang paling disegani oleh orang kampung dari dia kecil dulu lelaki itulah yang sering membulinya. dia adalah anak kepada lebai kamil razali iaitu dahlan.

"sukalah kau bila dapt berkahwin dengan dahlia.."
suaranya penuh dengan kebencian. sempat juga dia meludah di kaki fakis mutawatir.

fakis mutawatir hanya diamkan diri. tidak mahu mulakan persengketaan. tidak mahu mulakan pergaduhan. cukuplah dia telah memalukan ibu bapanya.

"weh...lembab..jawablah bodoh..."
fakis terus berlalu dari situ.

"subahanAllah!"
itu sahaja yang terkeluar dari mulut fakis mutawatir selepas dahlan menolaknya dari belakang tersungkur jatuh menyembah bumi.

fakis mutawatir bangun dan terus beredar dari situ.

Free Template Blogger collection template Hot Deals BERITA_wongANteng SEO
4 Responses
  1. Insan Lemah Says:

    salam immukmin, cerita g mnarik..saya ada cadngan, awk mnt da7 ondai brkarya..apa kata awk join halaqah ni, dan awk ble mskkn cerita awk kat sni untk bcaan rmai..mst mnrik

    http://paksi.net/main/news.php

    *skdar cadngan..wallaualam..


  2. immukmin Says:

    salam A.I.L....
    terima kasih.....
    mengenai cadangan awak tuh..insyAllah sy pertimbangkan..tq.. nice to know you
    =)


  3. LadyBird Says:

    semakin menarik kisah ini..
    x sabar2 nak mengetahui kisah seterusnya.. :)


  4. immukmin Says:

    kak lady...insyAllah..akan disambung dalam masa terdekat ini..