sebarang penerbitan karya immukmin daripada blog http://coretanhambamu-immukmin.blogspot.com tanpa kebenaran adalah salah sama sekali. tindakan akan di ambil kepada sesiapa yang melakukannya.
DIMENSI CINTAKU~episod 4~



malam yang penuh indah dan aman, tidak pernah terlepas untuk fakis mutawatir beribadat kepada Allah. sungguh khusyuk sehinggakan tiada yang bisa menggaggu fakis mutawatir. di sudut rumah imam karim mengalir air mata dahlia rohaimi melihatnya. sedih kerana dia tidak bisa menjadi seorang isteri yang baik untuk suaminya.dia seperti boneka dalam hidup fakis mutawatir.

disebabkan fakis mutawatir terlalu penat,setelah selesai solat witir dia terus melelapkan diri sementara menuggu solat subuh. dahlia rohaimi melihat dari jauh kehidupan malam suaminya. dilihat suaminya tidur tidak berselimut. hanya dirinya memeluk tubuh. walaupun tidak selesa tetapi nyeyak tidurnya. dahlia rohaimi pergi kepada suaminya dan menyelimut suaminya.

sekali lagi, terjatuh air matanya dipipi. keperitan hidupnya semakin teruk. gerak gerinya sering diperhatikan oleh bapanya. dahlia rohaimi merenung wajah suaminya yang bersih, indah dan bercahaya. mungkin kerana suaminya adalah manusia yang soleh.

pagi-pagi lagi rumah imam karim dah bising. bising dengan jeritan dan maki hamun imam karim kepada fakis mutawatir. keris pusaka keluarga sudah hilang. keris yang menjadi kesayangan imam karim sudah hilang.

"aku tahu selama ini kau yang mengintai keris aku. kau yang mengambil keris aku. baik kau pulangkan."

parang panjang sudah ditangana untuk menetak menantunya.

"imam karim, saya tak pernah tahu malah tak pernah sentuh keris itu."
tenang fakis mutawatir menjawab. dia tidak sedikit pun takut dengan parang panjang yang bakal menujah dirinya.

"ah!..."
satu tujahan parang itu hampir terkena tangan fakis mutawatir tetapi berjaya dielak. ilmu persilatannya amat tinggi dan tidak mampu ditumbang oleh imam karim.

"ayah!!"
jeritan dahlia rohaimi. terkedu melihat tindakan ayahnya.

"ayah, apa yang ayah cuba lakukan ini. abang fakis tak pernah sentuh keris milik ayah. abang fakis tidak pernah tahu mengenainya.. lagipun semalam dahlia melihat abang fakis sedang berqiammulai..masakan dia akan melakukan perkara terkutuk seperti ini."

tersungkur di tepi tangga akbiat daripada penampar yang singgah dimukanya.

"ayah tidak pernah ajar dahlia jadi biadap seperti ini."
perasan marahnya tidak tertanggung lagi dan dahlia rohaimi yang menjadi tempat untuk lepaskan marahnya. fakis mutawatir tidak mampu melakukan sebarang tindakan kerana kejadian itu belaku tanpa diduga. terkocoh-kocoh fakis mendapatakan isterinya. diangkat isterinya dan dibawa kebilik. darah yang menglir di bibir dahlia rohaimi di kesat dengan penuh hati-hati.

"maafkan abang, mimi. abang tidak berjaya untuk membahagia kan mimi. malah abang menyusahkan lagi kehidupan mimi."
fakis mutawatir mengesat darah dibibir sambil matanya betul-betul merenung dalam mata isteri yang disayanginya.

"tak mengapa abang. ini bukan salah abang tapi semuanya berpunca daripada mimi sendiri. jika mimi memberitahu hal sebenar tentang fitnah yang tidak pernah benar pasti kehidupan abang tidak sesukar ini."
jangan diungkit cerita dah berlaku . tidak baik menyalahkan takdir, ini adalah dugaan daripada Allah kepada insan yang disayangi. bukan untuk mendera tetapi memantapkan iman.

terangguk-angguk dahlia rohaimi mendengar nasihat suaminya.

"FAKIS!!!,kau buat apa di dalam bilik itu. aku dah cakap dengan kau, jangan cuba sentuh anak aku. sekarang ini dah lewat, dah hampir tengah hari siapa yang nak ke laut. bodoh dan lembab betul lah kau nih"

terjah imam karim di dalam kamar dahlia rohaimi. mungkin perasaan mrah tentang kehilangan kerisnya masih meluap-luap tetapi dia juga yakin yang fakis mutawatir tidak mungkin mengetahuo tentang keris pusaka turun temurun itu.

fakis mengundurkan diri dari kamar dahlia rohaimi dan tinggalkan dua beranak itu. seperti hari-hari biasa, rutin fakis adalah memukat ikan di waktu pagi dan petang ke bendang.

"bagus-bagus, utgas yang terbaik. dah lama aku kepunan dengan keris imam karim ni. aku harap kali ini, ilmu hitam aku menjadi untuk jatuhkan keluarga zamri. dah lama aku idam-idamkan saat ini. dulu masa aku mahu kuasa mentadbir kampung ini, senang sahaja tak payah susah aku menjatuhkan imam karim dengan sekali aku hantar sihir kepada bini dia terus mampus dan dia terus letak jawatan. mudah!! tapi si zamri sial ni..aku nak sentuh pun tak boleh malah nak menyihir isteri dia pun berkemain susah. ilmu apa yang dia pakai aku tidak tahu. tapi kali ini, siaplah kau zamri dengan keris iman karim ini kau tidak akan terlepas dari aku"

mengilai-gilai ketawa sang penyihir. kematian ibu dahlia rohaimi adalah disebabkan perbuatan sihi sang penyihir ini. hidup dan mati seseorang manusia itu adalah aturan Allah tapi asbab kematian ibu dahlia rohaimi adalah kerana sang penyihir yang menggunakan taghut sebagai senjatanya untuk menyusahkan hidup manusia itu.

[6]
`Dan bahawa sesungguhnya adalah (amat salah perbuatan) beberapa orang dari manusia, menjaga dan melindungi dirinya dengan meminta pertolongan kepada ketua-ketua golongan jin, kerana dengan permintaan itu mereka menjadikan golongan jin bertambah sombong dan jahat.

[14]
`Dan bahawa sesungguhnya (dengan datangnya Al-Quran, nyatalah) ada di antara kita golongan yang berugama Islam, dan ada pula golongan yang (kufur derhaka dengan) menyeleweng dari jalan yang benar; maka sesiapa yang menurut Islam (dengan beriman dan taat), maka merekalah golongan yang bersungguh-sungguh mencari dan menurut jalan yang benar,

[15] ` Adapun orang-orang yang menyeleweng dari jalan yang benar, maka mereka menjadi bahan bakaran bagi neraka Jahannam. ‘ surah al-jin ayat (6), (14-15)

sudah bertahun kisah kematian ibu dahlia rohaimi tetapi masih tiada manusia yang mengetahui punca kematian ibu dahlia rohaimi melainkan rabiatul adwiyyah sahaja yang mengetahui mengenainya. rabiatul adwiyyah melihat segala detik-detik dan saat-saat sihir itu dihantar kepada ibu dahlia rohaimi tetapi dia tidak mampu melakukan sebarang tindakan kerana dia terlalu taat kepada suaminya dan dia tidak akan menderhaka kepada suaminya. pesanan suaminya masih melekat didalam dirinya supaya jangan dicampur urusan manusia.

malah dia yang menjadi saksi kepada kekalutan hidup zamri dan rosna tetapi tidak mampu dibantu pada waktu kerana dihalang oleh ayahandanya. segala kejadian yang berkaitan zamri dan rosna amat diketahui oleh rabiatul adawiyyah . dari rosna dan zamri remaja sehiggalah kini sudah mempunyai anak yang sebaya dengan amalina mahirah. kepahitan yang perlu ditanggung kini adalah cinta amalina mahirah terhadap fakis mutawatir. rabiatul adawiyyah amat takut dengan cinta ini. dia tidak mahu kejadian yang betahun-tahun lalu terjadi dan berulang semula.

"ketibaan raja untuk melawat kq.aman..."
menjerit bilal kamil razali mengiringi raja dan disebelah raja itu terzahir ketampanan dan kegagahan seorang persilat melayu yang satu-satunya hebat di kg.aman yang tidak lain tidak bukan zamri. memang sejak kecil lagi persahabtan zamri dan bilal kamil terjalin. mereka berdua sama-sama kerja dengan raja. dan bilal kami razali adalah penasihat agama untuk sultan di negeri itu.
semua orang kampung berkumpul bernaung dibawah daulat raja yang memerintah negeri itu.

tiba-tiba terkocoh-kocoh seorang lelaki yang mungkin pengawal sultan.

"assalmmualikum kepada penduduk kg.aman yang dikasihi oleh raja, disini ada titah dari paduka baginda. setelah diperkenankan dibwah duli raja, disini ingin hamba memberitahu bahawa raja berkenan untuk menjadikan kg.aman sebagai pertukaran dengan raja di negeri seberang untuk mengambil semula lombong biji timah yang telah di rampas oleh raja di negeri seberang"

setelah mendengar pengumuman itu, raja berangkat pulang ke istana dan semua orang kamung berkumpul untuk membincangkan mengainya. semua orang membantah malah imam karim juga merasakan kuasanya sebagai ketua kampung itu terjejas.

"sebagai raja di negari ini, beta berkeanan untuk memberi darjat kebesaran kepada panglima beta, panglima zamri kerana telah berkhidmat cemerlang untuk beta. dan beta juga berkenan untuk jadikan zamri sebagai pentadbir di lombong biji timah itu, jika segalanya rancangan beta berjalan lancar."

terkejut dengan penganugerahan oleh raja. gelagat zamri dipandang jijik oleh lebai kamil razali. dia berasa amat dengki dengan penganugerahan itu kerana dia merasakan anugerah itu hanya layak untuk dia. dia yang mencadangkan segala-galanya. dia yang mempertaruhkan kg.aman, tempat kelahirannya dan tempat tumpah darahnya sebagai tukar ganti dengan lombong biji timah itu. kononya rela mati demi raja tetapi dalam diam dia merancang sesuatu. sebenarnya zamri tidak mahukan anugerah itu kerana tidak sanggup dituduh sebagai pengkhiant kampung. setelah selesai ucapan raja, zamri berjumpa dengan raja secar peribadi dan menolak dengan sopan penganugerahan raja dengan beberapa sebab iaitu dia akan menamatkan perkhidmatan sebagai panglima kerana dia akan berkahwin. dia telah berjanji dengan bakal isterinya dan raja menerima dengan terbuka hati.

selepas perkahwinan antara zamri dan rosna, riuh, tersebar tetang fitnah yang zamri adalah pengkhianat kampung. riuh semuanya telah menyalahkan zamri dan walapun sekarang kg.aman telah ditadbir oleh raja yang baru dan kg.aman lebih terjamin tetapi orang kampung masih menuduh zamri sebagai pengkhianat kampung. ini semua kerja bilal kamil razali.

"puas hati aku, padan muka kau zamri. mulai hari ini kau akan dipulau oleh orang kampung. hidup kau tidak aman disini. kau akan terseksa selama-lamanya dan sekalipun 7 keturunan berlalu keturunaan au tetap dianggap sebagai perngkhianta"

berdekah-dekah bilal kamil razali.

segala-galanya disaksikan oleh rabiatul adawiyyah. teringat akan kesah 18 tahun itu membuatkan dirinya berasa bersalah dengan zamri dan rosna. rabiatul adawiyyah amat menyangi keluarga ini tetapi disebabkan ketaatan kepada ayahandanya dan suaminya tercinta, dia tidak bisa membantu. hanya iringin doa yang mampu disumbangkan oleh rabiatul adwiyyah.

tidak pernah diceritkan kepada anakanda-anakandanya. hanya suami tercinta dan ayahandanya sahaja yang mengetahui kisah ini.

menangis rabiatul adawiyyah mengenakannya...
apakah dia dapat mengubah hidup keluarga zamri atau dia hanya mampu berdiam diri melihat penderitaan yang dialami oleh keluarga itu. dia tahu hanya Allah sahaja yang tahu aturannya. sesungguhnya aturan Allah amat sempurna.


Free Template Blogger collection template Hot Deals BERITA_wongANteng SEO
2 Responses
  1. LadyBird Says:

    jahatnye .. gunekan sihir.. rahsia hampir terbongkar..teruskan menulis.. x sbr2 menunngu episod setersnya :)


  2. immukmin Says:

    kak lady....emm..mmg kejam..hohohhoh