sebarang penerbitan karya immukmin daripada blog http://coretanhambamu-immukmin.blogspot.com tanpa kebenaran adalah salah sama sekali. tindakan akan di ambil kepada sesiapa yang melakukannya.
DIMENSI CINTAKU~episod 6~
"ayah, dahlia pergi ke sungai dahulu!"
"hati-hati"
imam karim berpesan.

dahlia pergi ke sungai untuk membasuh pakaian. biasanya di pergi bertemankan fakis mutawatir tetapi hari ini, dia pergi berseorangan kerana suami tercintanya sibuk dengan penyakit yang dialami oleh ibu mertuannya.

dahlia rohaimi bukan macam gadis desa di kampung itu yang lebih suka berkemban tetapi dahlia rohaimi walaupun ke sungai tubuhnya tetap diselubungi pakaian dan menutup auratnya. pagi itu
dahlia rohaimi terlewat kerana ada sedikit kerja yang perlu dibereskan dirumah. setibanya dia di sungai semua gadis-gadis kampung yang lain hampir siap membasuh baju. nak atau tidak dahlia rohaimi terpaksa membasuh baju seorang diri . terlahir perasan takut dalam dirinya tetapi diendahkan. dia merasakan dirinya seperti diperhatikan tetapi dia masih tidak mengendahkan.

leka membasuh baju tiba-tiba dirinya tidak sedarkan diri.

amalina mahirah sedang memujuk bondanya supaya menceritakan peristiwa 18 tahun lepas tetapi ibunya tetap tidak mahu menceritakannya. amalina mahirah sangat kecewa dengan bondanya lalu dia keluar daripada istana.

dia menangis mengenangkan nasib fakis mutawatir. dia tidak tahu mengapa perasaan sayang itu tiba-tiba wujud. disaat ayahandanya tidak membenarkan dia pergi menemui fakis mutawatir pada ketika dahulu dia merasakan kesunyian yang amat sangat. dia merasakan dunianya sempit. sedang dia khusyuk melewati kenangan indah bersama fakis mutawatir sewaktu zaman meningkat dewasa, tiba-tiba dia ternampak seorang wanita yang mungkin sebaya denganya pengsan ditebeng sungai dalam keadaan mengaibkan. tiada seurat benang kelihatan, hanya tubuh perempuan itu ditutupi dengan daun pisang kering.

amalina mahirah mendekati tubuh yang tersadai di tebing sungai itu. terkejut amalina mahirah apabila mendapti wanita itu adalah dahlia rohaimi. cepat-cepat amalina mahirah menutup dengan kain baju yang ada di tebeng itu. amalina mahirah megendong dahlia rohaimi dan membawa pulang ke tertatak bondanya.

diam-diam amalina mahirah membawa dahlia rohaimi masuk kekamaranya. dahlia rohaimi masih tidak sedarkan diri. perkara ini amat mengaibkan andai dahlia rohaimi mengetahuinya. pilu hati amalina mahirah melihat nasib wanita yang ada dihadapannya. masih tidak sedarkan diri. wajah wanita dihadapannya begitu baik, tidak pernah meninggi suara malah halus budi pekertinya.

"siapa wanita ini?"
terkejut amalina mahirah.

bondanya masuk tanpa mengucap salam.
terkedu amalina mahirah menjawabnya. sengaja rabiatul adawiyyah menayakan soalan itu. walaupun dia kenal siapa wanita itu.

"err..err...isteri kepada fakis, bonda."
"mengapa anakanda sanggup melawan titah paduka ayahanda?"
"bonda kasihanilah wanita ini..... dia mengalami kemalangan..."
"bukan tiada orang lain boleh membantu..."
"bonda...adakah bonda sanggup melihat seorang muslimah telah diaibkan oleh sipulan sehingga diri wanita ini ditelanjagkan tanpa dia sendiri tidak sedar?"

terdiam rabiatul adawiyyah.

"dia telah di perkosa oleh seseorang bonda..."
sebak hati amalina mahirah.

rabiatul adawiyyah meletakan tapak tangan di atas ubun-ubun kepala amalina mahirah yang masih tidak sedarkan diri. dalam keadan mulutnya terkuat kumit membaca ayat-ayat alquran.
satu bayangan telah terjah di minda rabitatul adawiyyah dengan izzin Allah, rabiatul adawiyyah mendapat bayangan kejadian yang menimpa dahlia rohaimi. memang sudah dijanjikan oleh Allah kepada orang yang beriman dan bertaqwa kepadanya. dikurniakan ilmu yang berguna untuk digunakan kearah kebaikan. umpama satu televisyen yang sedang memainkan watak didalam benak rabiatul adawiyyah.

"bonda tahu ini kerja siapa..."
"siapa bonda?"
"dahlan!!"
ringkas jawapan rabiatul adawiyyah tetapi matanya penuh dengan kebencian.

"bonda apa yang anakanda perlu lakukan?"
"jangan campur urusan manusia."
"tapi bonda? ina tak akan diam kan diri...ina akan bertindak."
"jangan berdegil ina, cukuplah peristiwa lepas...cukuplah..."
"peristiwa apa..."

amalina mahirah sibuk mengurut-urut tangan dahlia rohaimi, sediha dia melihat wanita itu. dahlia merenung bondanya yang diam seketia. tiba-tiba airmatanya berjurai jatuh tetapi dibiarkan oleh amalinam mahirah. diurut tangan dahlia rohaimi dari lengan hinggalah ke jarinya yang runcing tersentuh cincin berlian yang bertahtakan permata hitam. cincin itu kelihatan serupa dengan cincin bondanya. cincin bondanya seiras dengan cincin milik dahlia rohaimi.

"bonda...."
tersentak rabiatul adawiyyah dengan teguran amalina mahirah..

"ya anakanada?"
dia seolah-olah tidak bersedia menjawab sebarang pertanyaan daripada amalina mahirah.

"mengapa cincin dahlia seiras dengan cincin bonda"
sambil jari telunjuknya menunjuk cincin yang mengah terpadan pada jari manis rabiatul adawiyyah.

terdiam seketika rabiatul adawiyyah dengan pertanyaan puteri tunggalnya itu.

"beritahu lah perkara sebenar bonda.. apa ini? jangan disorokan lagi peristiwa lepas..ina sudah besar dan pandai berfikir."

dalam keadan tidak keruan dan esakannya semakin deras rabiatul adawiyyah menceritakan tentang kisah zamri dan lebai kamil razali serta kisah percintaan adiknya rosnani raudah dan zamri.

bermula satu pagi disaat dua beradik ini sibuk bermain di dalam suatu tempat yang indah lagi aman. disebuh bukit yang di panggil bukit permaisuri kerana keindahan bukit itu dengan bunga yang bertebaran serta arnab-arnab liar bertebran bermain serta menikmati juadah yang segar di situ. dia beradik yang anggung lagi cantik. puteri sulung rabiatul adawiyyah serta puteri bongsu rosnani raudah berkejar-kejaran diatas bukit itu. tiba-tiba satu perkara yang tidak diingini berlaku, rosnani tergolek jatuh daripada bukit itu kerana kelalaianya sendiri. rabiatul adawiyyah tidak mampu melakukan sebarang tindakan hanya terdiam. air matanya mula berderai akabit daripada kejadian itu. lantas dia turun daripada bukit itu. dia lihat adik perempuannya pengsan akibat kepalanya terhentak di sebuah pohon. belum sempat dia datang membantu, tiba-tiba seorang jejaka bersama sahabatnya melalui kawasan itu sambil membawa kayu api. terkejut melihat kelibat wanita pengsan lantas jejaka itu terus membantu. jejaka itu adalah zamri. kelihatan baik sekali lelaki itu pada mata rabiatul adawiyyah. tertarik dengan ketampanan lelaki itu tetapi tidak dihiraukan yang dirisaukan adiknya. apakah yang akan dilakukan oleh lelaki itu terhadap adiknya. perlahan-lahan zamri mengangkat rosnani raudah dan membawa pulang ke pondoknya. dari jauh rabiatul adawiyyah memerhati tingkahlaku lelaki itu. diubat adiknya dan di jaga tanpa lelap walau sekali pun. tidak ada perasaan untuk melakukan sesuatu yg diluar batasan kerana zamri adalah lelaki yang baik, beriman dan tidak pernah lekang mengingati Allah sama dengan sahabatnya tak lain dan tak bukan kamil razali. mereka amat rapat seperti adik beradik. perwatakan zamri menarik minat rabiatul adawiyyah tetapi dia redha akan kehendak ayahandanya untuk mengawinkannya dengan orang yang setaraf dan dalam satu kaumnya. apabila rosna sedarkan diri, terkejut dia melihat manusia boleh melihatnya sedangkan dia tahu yang dia adalah orang halus. teringat pesanan ayahandanya yang pada satu masa Allah akan bukan kan hijab kepada orang yang dipilih olehNya untuk melihat orang halus. santapan matanya terarah kepada seorang lelaki yang pada masa itu sedang khusyk berqiammulai walaupun pada masa itu kamil razali sibuk memberinya air.

selepasa beberapa hari berada bersama lelaki-lelaki itu, satu kejadian tidak diingini berlaku. sewaktu itu,zamri tiada di rumah mungkin sibuk berurusan dengan raja. walaupun pada masa jawatanya hanyalah seorang tentera bawahan. kamil razali yang dikenali alim tidak mampu mengwal nafsunya dan hampir memperkosa rosnani raudah tetapi mujurlah pada masa itu rabiatul adawiyyah setia menamninya dan akhirnya membawa pulang adik kesayangannya. selepasa beberapa bulan tidak bertemu dengan zamri akibat daripada kejadian itu, rosnani tidak mampu melupalkan kebaikan lelaki yang bernama zamri itu dan pada masa yang sama zamri juga masih mengingati rosnani. pengenalan yang singkat itu telah menyebabkan rosnani tekat unutk berjumpa dengan zamri dan mengahwini zaari tanpa pengetahuan bonda dan ayahandanya. akibat daripada itu, dia telah dibuang daripada dunia orang halus dan menjadi manusia biasa atas izin Allah dan perkahwinanya amat tidak disukai oleh kamli razali kerana kamil razali juga mempunyai perasaan sayang dan cinta terhadap rosnani raudah. perkahwinan yang penuh dengan pancaroba hidup disusuli dengan fintah ciptaan kamil razali tidak melemahkan cinta dua insan ini dan dikurniakan anak yang soleh iaitu fakis mutawatir.

panjang lebar rabiatul adawiyyah menceritkannya.
tangsiannya tidak henti-henti mengingati adik kesayangannya.

amalina mahirah tidak henti-henti menangis kerana terharu dan pada masa yang sama dahlia rohaimi juga sudah lama mengikuti cerita itu dan terbukti yang mimpi selama ini telah terjawab dan dia juga berasa terkejut bagaiman dia boleh berada di kediaman yang serba indah ini.

rabiatul adawiyyah juga turut menceritkan tentang pergaduhan kecil antara dia dan rosnani kerana tidak membenarkan rosnani keluar dari istana untuk bertemu dengan zamri.

"jadi memang keturunan kamil razali adalah bukan keturunan yang baik- baik sehingga anaknya sanggup memperkosa dahlia rohaimi, bapak borek anak rintik"

terkejut dahlia rohaimi mendengar pengakuan daripada amalina mahirah dengan serta merta dia bangun dan menterkam amalina mahirah..

"saudari adakah ini benar?"
mengalir air mata dahlia rohaimi.
serba salah amalina mahirah untuk menjawabnya. hanya anggukan sahaja mampu disambut. rabiatul adawiyyah juga tidak mampu berkata apa-apa. sayu dia melihat wanita muda dihadapanya.

"bagaimana saya ingin berdepan dengan suami saya..... bagaimana......"
semua senyap..

kamar itu sunyi hanya tangisan dahlia rohaimi memecah kesunyian dan amalina mahirah hanya mampu memeluk dahlia rohaimi untuk menenangkannya.
Free Template Blogger collection template Hot Deals BERITA_wongANteng SEO
4 Responses
  1. LadyBird Says:

    jahatnya die..
    tu la.. keturunan yg jahat.. eii.. geram lak..

    p/s : kene cr org yg berketurunan baik2 tuk jd penyambung zuriat.. huhuhu.. tp adakah kite terllau baik tuk dpt yg baik? :(


  2. immukmin Says:

    akak...emm..betul tuh akak.....kalu dah keturunan tak baik2...kalu tak di didik betul2 anak2..emm..abislah...perasaan hasad dengki tuh telah membunuh diri sendiri...

    tapi akak..kita tak leh gak ckp mcm tuh..ada sahabat nabi iaitu ikrimah adalah anak kepada abu jahal..tetapi...dia adalah di antara manusia yang memperjuangkan islam...hak3!!!
    =)
    waallhualam....

    tq.akak..sbb bace..emm..hargai sangat...


  3. Semakin geram semakin memberontak hati ini membaca cerita seterusnya...


  4. immukmin Says:

    akak fuziani..hehehe..tq...immukmin hargai sangt sbb sudi membaca.. =)