sebarang penerbitan karya immukmin daripada blog http://coretanhambamu-immukmin.blogspot.com tanpa kebenaran adalah salah sama sekali. tindakan akan di ambil kepada sesiapa yang melakukannya.
adakah aku cintanya? episod 2

Pagi tadi, aku terbangun di awal pagi. Aku lihat Anis tiada di pelukan dadaku. Aku tertanya-tanya di mana Anis, isteri solehah yang kujaga dan kuapuja. Selepas peristiwa empat bulan lepas, aku sekarang amat memahami Anis. Tiada persengketaan antara kami. Kulihat jam di dinding tepat pukul 4 pagi. Aku termenung seketika. Tiada usaha untuk aku mencari Anis kerana aku yakin Anis pada waktu ini pasti berada di bilik solat sedang bertahajud.

“Apa jenis suami aku ini? Isteri amat taat kepada perintah Allah. Sedangkan aku, kekadang terlepas mengerjakan solat lima waktu kerana sibuk dek kerja,” aku bermuhasabah diri.

Tiba-tiba, uwaa uwaa! Terdengar suara jeritan Muhammad Ubaidah Al-Fatih di dalam buaian. Aku bangun untuk menenangkannya, memberi apa yang patut untuk memberhentikan puteraku itu menangis. Tiba-tiba, aku terdengar larian anak dari luar pintu. Aku naik ke atas katil dan aku pura-pura tidur. Kulihat isteriku dengan telekungnya masuk.

"Ubaidah sayang, jangan menangis. Umi ada di sini. Tak mahu menangis sayang. Tak mahu. Nanti Abi bangun. Tak baik menganggu Abi."

Diambil botol susu pada sisi katil dan disuapkan kepada Ubaidah. Segala gerak gerinya kuperhatikan. Sungguh lembut. Puteraku tidak semena-mena terdiam. Dibuai puteraku dengan belaian kasih sayang. Tiada tengking, tiada pukul. Hanya buaian zikir.

"SubahanAllah walhamdulillah walailahaillAllahu Allahhuakbar."

Kalimah itu diulang dengan lembut sehingga Ubaidah tidur.

Aku berasa amat malu. Namun hatiku bertuah memiliki isteri yang solehah. Aku amat kagum dengan Anis. Kini dia sudah matang. Tiada lagi karenah keanakannya. Seakan-akan dia adalah ibu sekalian wanita.

Setelah itu, azan subuh berkumandang. Aku bangun, aku mandi dan menuju ke bilik solat.

Di depan pintu aku terdengar Anis berdoa.

"Ya Allah, jadikan aku isteri yang sentiasa dirahmati suami. Jadikan aku isteri yang disayangi suami."

Diulang dan diulang. Dan setelah itu, dia berhenti dan melakukan sujud syukur.

Seperti hari-hari sebelum ini, dia pasti akan mengejutkan aku. Tetapi hari ini aku telah berjaya memudahkan kerjanya. Selepas selesai solat subuh, aku bersiap-siap untuk ke kerja. Kulihat Anis ligat menyiapkan sarapan pagi. Sambil memasak dia berzikir. Terdengar gemersik indah suaranya. Aku terlampau kagum. Tidak dinafikanlah masakan Anis sungguh sedap. Tidak boleh dipertikaikan lagi Anis adalah berkat daripada Allah.

Air mataku menitis lagi melihat Anis. Begitu sayu hatiku. Apakah aku adalah suami yang terbaik untuk Anis? Adakah aku layak untuk Anis?

Anis tersedar kehadiranku. Aku lapkan air mata supaya Anis tidak melihat air mata jantanku.

"Abang dah bersiap. Kenapa Abang masuk dapur?"

Ditariknya tanganku dan dibawa duduk ke sofa hadapan. Dibukakan aku TV. Pada masa itu, siaran TV sedang rancak menyiarkan program Apa Kata Ustaz. Aku melihat walaupun tidak tertarik. Tetapi aku berlakon di hadapan isteri solehah.

"Abang rehat di sini ya? Nanti kalau dah siap sarapan Anis panggil."

Dari jauh aku terdengar gemersik zikir indah sehinggakan aku turut mengikut. Aku mengikut setiap bait-bait indah itu.

Jam menunjukkan pukul 10 pagi. Tiba-tiba aku menerima panggilan telefon daripada seseorang.

"Alo. Weh, Ramzan. Lu bila mahu kasi wa punya bahagian? Kalau lu tidak mahu kasi, wa kerat sama lu punya isteri."

Aku terkejut dengan panggilan telefon itu. Cheng bertindak kasar.

Cheng adalah kawan perniagaan aku. Disebabkan syarikatnya telah bungkus, aku membuat tawaran untuk membeli syarikatnya dengan harga murah. Dia menerima dan setelah aku berusaha keras, akhirnya syarikat yang dulu dah bungkus kini berkembang pesat. Cheng menuntut semula bahagiannya. Katanya dia masih ada hak terhadap syarikat itu.

Cheng telah mencabar aku.

"Di mana lu mahu jumpa gua?"

"Di Rumah Tumpang Kwan Lok Yu."

Dengan sepantas kilat aku pergi ke sana. Setibanya di sana, aku melihat Anis kelihatan sudah tidak sedarkan diri. Seakan-akan sudah tidak bernafas.

"Apa lu buat sama gua punya isteri?"

"Lu jangan risau, lu jangan risau. Gua cuma pengsankan dia. Lu jangan risau, gua tidak sentuh lu punya isteri. Lu punya isteri banyak cantik lo. Baru pertama kali gua tengok lu punya isteri. Simpan dalam peti ais, kah? Hahahaaha," terbahak-bahak Cheng ketawa. Muka tidak ubah seperti setan laknatullah.

"Apa yang lu mahu?"

"Lu sain ini punya dokumen."

Aku tidak ada jalan lain. Yang hanya aku mampu adalah mengadaikan harta yang aku ada demi isteri yang aku sayang.

Setelah aku sain dokumen itu, tiba-tiba,

"Lu ingat gua bodoh mahu kasi lepas lu senang-senang sahaja."

Aku telah dipukul. Mataku tidak terlepas memandang Anis. Perutku ditetak dengan kayu. Kepalaku dipukul dengan besi. Tapi mataku tetap tertumpu kepada Anis yang sudah lama pengsan tidak sedarkan diri.

Kulihat Cheng menghampiri Anis, cuba membuka aurat Anis yang memang tidak pernah dilihat oleh lelaki lain.

Aku meraung tapi tidak mampu. Parang besar sudah terodok pada perutku. Dalam hati aku berdoa semoga Anis selamat.

Aku menyesal kerana aku tidak sempat melakukan suruhan agama. Aku memohon di dalam hati supaya Allah memberi aku peluang kedua. Kulihat Anis. Kulihat Anis, air mataku bergenang.

Lulihat Anis. Kulihat Anis. Anis! Satu lagi rodokan. Aku tahan. Aku senyum pada Anis. Aku berharap agar Anis celikkan mata.

Anis sedar kehendak aku. Aku melihat dia sudah sedarkan diri, meronta-ronta. Dia cuba gagahkan diri melawan Cheng. Aku senyum melihat wajahnya.

Nyawaku sudah hampir ke hayatnya. Aku mengucap kalimah.

"LailahailaAllah. Mu..hammad Rasulullah."

Anis berlari mendekati aku.

Dipanggil namaku.

"Abang, bangun. Abang, bangun."

Bergenang air mataku mendengar suaranya.

"Abang, bangun."

"Astaghfirullahal ‘adzim."

Aku tersedar. Aku lihat siaran tanyalah ustaz sudah lama habis.

“Kenapa dengan Abang ni? Abang mengigau ya?" Anis senyum di hadapanku. Dilapkan air mata pada pipiku.

"Kenapa, Abang?"

Aku hanya menjawab tiada. Suri hidupku masih selamat. Aku peluk dan cium Anis. Anis menyambut dengan penuh mesra.

"Abang mimpi apa?"

Anis senyum.

"Tiada apa-apa, Anis," aku segan. Tapi aku bersyukur kerana Allah masih memberi aku kesempatan untuk berubah.

Anis menarik aku ke meja makan dan menghidangkan aku makanan. Pagi itu dia menyediakan nasi minyak.

Dilayan aku seperti raja.

Satu yang Anis selalu ingatkan aku, Abang, makan buah dahulu.

Itu memang satu kewajipan. Katanya itu sunnah Rasulullah.

Aku amat sayang Anis.

Anis isteriku selamanya.

Ramzan tersenyum.
Free Template Blogger collection template Hot Deals BERITA_wongANteng SEO
2 Responses
  1. Anonymous Says:

    Bracing can be of significant help with this issue as well and can help to prevent the need for surgery. [url=http://www.mulberryhandbagssale.co.uk]Mulberry ooutlet online[/url] For hours I sobbed. [url=http://www.goosecoatsale.ca]canada goose down coat[/url] Eusbpvejp
    [url=http://www.pandorajewelryvip.co.uk]pandora jewellery[/url] Lmmkstnnt [url=http://www.officialcanadagooseparkae.com]canada goose coats[/url] zgaqqexfz


  2. Anonymous Says:

    Ceh, ku ingat sudah mahu tamat crite ni~~~ sekali mimpi da...hahahaha