sebarang penerbitan karya immukmin daripada blog http://coretanhambamu-immukmin.blogspot.com tanpa kebenaran adalah salah sama sekali. tindakan akan di ambil kepada sesiapa yang melakukannya.
adakah aku cintanya? episod 4
Hari ini aku terjaga awal untuk berqiamullail. Alhamdulilah, Allah kurniakan aku kekuatan untuk bangun berqiamullail. Apabila aku bangun aku dapati Anis terlebih dahulu sudah bangun. Aku pasti dia sedang berqiamullail sekarang. Aku ringankan badan, bersihkan diri dan terus ke bilik solat.
Semerbak harum bilik itu. Aku masuk lalu ku solat sunat taubat. Ketika itu Anis sedang khusyuk sujud kepada Allah. Pada benakku Anis mesti sedang bersolat sunat hajat.

Selesai solat sunat taubat, aku berzikir. Anis menghampiri aku,

“Abang , sudikah Abang mengimamkan Anis untuk solat tahajud bersama-sama?”

“Abang dengan senang hati, Anis.”

Kami bersolat bersama-sama. Aku mengalunkan ayat kursi dengan penuh khusyuk sehingga aku
sendiri tidak sedari air mataku mengalir. Aku menghayati setiap rakaat. Hampir terlucut lututku
menahan kesyahduan di pagi hari itu. Selepas itu kami bersama-sama mengalunkan zikir. Sangat
menyayat hati sehingga aku sendiri mendengar tangisan Anis tanpa henti, tersedu-sedu, menangis
mengingati Allah. Aku rasa pagi itu adalah pagi yang indah, pagi yang penuh barakah.

Selesai solat subuh, aku bersiap untuk ke kerja. Seperti rutin harian Anis akan menyediakan sarapan
untuk aku. Ketika sedang sarapan Anis meminta izin kepada aku,

“Abang, dalam pukul 8 nanti Anis ada kuliah di masjid negeri. Anis akan balik selepas isyak. Anis
mohon izin daripada Abang dan Anis membawa Ubaidah sekali.”

“Kalau macam tuh, Abang tak kisah. Abang hantarkan Anislah.”

“Tak mengapa, Abang. Anis boleh pergi sendiri. Abang dah lewat nih.”

“Tak apa, Abang hantarkan.”

Anis mengangguk dan terus pergi bersiap. Hari ini Anis kelihatan sungguh berbeza apabila memakai
jubah. Jubah itu aku hadiahkan kepadanya sebagai hadiah hantaran dan tidak lekang Anis dengan
purdahnya. Purdah yang menyamai dengan jubah berwarna cream dan coklat itu, amat sesuai. Anis
kelihatan cantik menawan.

Aku tunggu Anis di dalam kereta. Setelah itu aku hantar Anis ke masjid negeri. Sebelum turun
daripada kereta Anis mencabut purdahnya.

“Abang, Anis mohon maaf sebab tidak dapat menyediakan makan malam untuk Abang.”

“Nanti isyak Abang datang berjemaah di sini dan kita makan di luar sahaja hari ini.”

Anis akur dan mengangguk. Dia kucup tangan aku dan aku tidak lepas daripada mengucup dahinya.
Dipakai purdah semula dan mengucap salam dan terus menuju ke masjid.

Aku rasa ini adalah harinya untuk aku selongkar segala-galanya. Tiada alasan untuk aku tidak
selongkarnya.

Aku terus berpatah balik ke rumah.

Sampainya di rumah, aku terus masuk ke bilik solat dan mencapai diari Anis.

Jantungku berdebar dan lidahku tidak lepas daripada berzikir dan beristighfar kepada Allah, semoga
segala-galanya berjalan dengan lancar.

Setibanya aku di pejabat, aku terus mengambil wuduk dan mengejarkan solat sunat dhuha dan solat
sunat hajat. Semoga Allah memudahkan kerjaku.

Aku menekan interkom.

“Afiqah tolong masuk ke pejabat saya sekarang.”

Selang beberapa minit, Afiqah masuk. Aku terus bangun dan mencapai diari itu.

“Afiqah ikut saya ke kafe. Ada sesuatu yang perlu awak tolong saya.”

Afiqah hanya mampu senyap dan membontoti aku. Aku berjalan begitu pantas sehingga Afiqah tidak
mampu mengejarku. Sampai sahaja di kafe Afiqah mengambil tempat di hadapanku.

“Saya mahu awak terjemahkan diari ini.”

Dengan penuh kagum Afiqah membuka diari itu. Tidak semena-mena terkeluar daripada mulutnya,

“Wah, sungguh indah puisi arab ini.”

“Ah? Puisi?”

Aku tertanya-tanya, apa? Puisi? Diari ini adalah puisi arab.

“Indah puisinya.”

“Afiqah tolong bacakan.”

Ah, indah sungguh dining hari di Mesir

Seindah cinta Adam dan Hawa

Seindah cinta Ratu Balqis dan Sulaiman

Seindah cinta Muhammad s.a.w dan Khadijah..

Cinta aku mekar bak ranumnya buah kurma

Cinta aku tiada akhirnya bak laut merah tidak kering selama-lamanya

Aku mencintainya kerana agamanya

Aku cintainya kerana mujahid fisabillilah..

Dalam ungkapan cinta

Tidak bisa aku leraikan di dalam hati ini

Setiap saat aku mengingatinya

Setiap detik aku menyayanginya..

Ya umi..ya abi...nikahilah aku dengannya

Ya umi..ya abi...aku sayang kepadanya kerana Allah

Ya umi..ya abi...aku rinduinya kerana Allah

Ya umi..ya abi…nikahilah aku dengannya kerana Allah..

Ya Allah, Kau telah utuskan panglima kepadaku

Aku redha menerimanya

Di saat aku dinikahkan dia dipanggil untuk berjihad

Aku redha ya Allah..

Malam pertamaku seperti malam pertama isteri Hanzalah

Tidak kurasakan malam yang indah itu kerana aku adalah isteri pejuang panjiMu

Di saat malam perkahwinanku, seruan jihad memanggilnya

Itulah Yazid Al Ikhwannuddin suamiku pejuang Palestin...

Tiba-tiba air mataku berderai. Aku tidak pernah tahu yang Anis adalah janda. Mengapa Umi sanggup
rahsiakan segalanya? Apakah ini pendustaan? Apakah ini hanyalah satu permainan oleh Umi dan
Mama? Kenapa ini dirahsiakan?

“Encik, mengapa encik menangis?”

“Tiada apa-apa. Teruskan.”

Di saat aku kebuntuan cinta

Habibi ku telah syahid di jalan Allah

Taburan bunga-bunga syurga berterbangan

Aku bersyukur kerana habibi ku adalah mujahid fisabillilah..

Tidak ku terima cinta lain selain cinta Ilahi selepas ini

Pasti aku berjumpa dengan habibi di syurga

Pasti...

Pasti...

Ya ummi...ya abii...apa ini..

Saat ku masih kedukaan

Kalian telah mendukakan ku

Aku tidak pernah mencintai org lain selain habibi..

Tak akan pernah...selama-lamanya...

Aku cintai habibiku..

Yazid Ikhwannuddin...

Afiqah berhenti di situ. Aku termenung. Apakah bodohnya aku berkahwin dengan orang yang tidak
mencintai aku? Selama hampir dua tahun aku berkahwin dengannya, tiada yang indah. Hanyalah
patung. Apakah semuanya pendustaan selama ini? Aku bodoh! Aku bodoh!

“Terima kasih, Afiqah. Awak boleh sambung kerja. Batalkan segala temu janji saya hari ini.”

“Baik, encik.”

Aku terus keluar daripada kafe dan mendapatkan keretaku.

Aku pandu laju tanpa berfikir. Kecelaruan membuatkan nafsuku bersumpah seranah. ‘Apakah ini?’
hatiku menjerit. Keretaku berhenti di sebuah masjid.

Aku mengambil wuduk dan terus bersolat sunat. Aku memohon petunjuk daripada Allah, aku
berzikir. Air mataku mengalir tidak henti-henti. Aku menangis, esakanku semakin deras.

“Ya Allah, betapa beratnya hukumanMu kepadaku. Aku hanya lelaki yang tidak dicintai. Aku hanya

boneka pada mata isteriku. Apakah ini dugaan daripadaMu? Ya Allah, andai aku lalai selama ini,
ampunilah aku. Bagaimana aku ingin berdepan dengan isteriku, apakah ini satu cubaan, apakah jalan
terbaik? Adakah penceraian? Ya Allah, aku tidak rela segala ini. Ya Allah, kurniakan aku petunjukMu.”

Aku beri’tikaf di masjid itu sehingga ke isyak. Aku pergi ke masjid negeri. Kelihatan Anis sedang
tunggu di tangga masjid sambil mendokong Ubaidah yang sedang tidur. Mukanya kelihatan begitu
risau. Hatiku hanya tersenyum sumbing. Pandai betul perempuan ini berlakon. Aku tak sangka
selama ini aku diperbodohkan.

“Assalaamu’alaikum, Abang.”

Anis tersenyum.

“Wa’alaikumussalaam.”

Ringkas aku jawab. Aku tidak mampu mengawal amarahku.

“Kta balik.”

Ringkas aku memberi arahan. Anis hanya senyum dan angguk. Hatiku penuh dengan sumpah
seranah. Aku memandu dengan laju sehinggakan Anis menutup matanya.

Sampai sahaja di rumah, aku masuk ke dalam rumah. Tanganku kemas membawa masuk sekali diari.
Aku tidak tahu sama ada Anis perasaan atau tidak. Ku tutup pintu rumah begitu kuat sebelum Anis
masuk ke rumah.

Aku naik ke bilik dan ku campak diari itu di atas katil. Ku tunggu Anis. Anis masuk dan meletakkan
Ubaidah di dalam buaian.

Anis sudah nampak diarinya di atas katil. Mukanya berubah merah padam. Aku tidak tahu sama ada
dia marah atau dia malu, air mata mula menitik ke pipinya.

“Ini apa?”

Tanyaku lembut. Anis tetap dalam diam.

“INI APA!!!”

Aku menengkingnya.

“INI APA PEREMPUAN!!!”

“Dia...ri... Anis...”

Ringkas dia menjawab. Teresak-esak, air matanya sudah merebes ke seluruh pipinya. Ubaidah sudah
menangis di dalam buaian akibat jeritan aku tadi.

“SANGGUP KAU TIPU AKU SELAMA INI. SANGGUP KAU. KAU TAHU AKU NI SAPA? AKU NI LAKI KAU!
WEH PEREMPUAN, AKU TAK TAGIH CINTA KAU!!!”

Aku tidak mampu mengawal perasaanku. Kulihat esakan Anis semakin kuat.

“Ma..afkan.. Anis, Abang. Ma..afkan Anis.”

Itu sahaja yang mampu terluah daripada mulutnya.

“MAAF? MAAF?! KAU INGAT AKU NI BODOH KE??? BODOH?”

Aku dah tak tahan, aku rasa syaitan mula merasuk kepala aku.

“A..bang..ish..ish.. Biar.. Anis..jelas..kan..ish..ishh..”

“TIADA APA YANG NAK AKU DENGAR DARI KAU. MENTANG-MENTANG KAU RETI BAHASA ARAB, AKU
TAK BOLEH CARI MAKSUD DIA. KAU INGAT AKU TAK TAHU LAKI KAU SEBELUM NI? KENAPA KAU TAK
TERUS TERANG DENGAN AKU?!”

Aku dah tidak tahan lagi. Aku menghampiri Anis, aku tarik purdahnya.

“TAK YAH KAU NAK PAKAI PURDAH KALAU MACAM NI! KAU INGAT KAU BOLEH MASUK SYURGA
KALAU MACAM NI?”

Aku tarik tangannya.

“KELUAR KAU DARI RUMAH AKU! AKU TAK NAK TENGOK MUKA KAU LAGI. AKU TAK NAK TENGOK
MUKA KAU.”

Anis memegang kakiku memohon maaf.

“Abang, maafkan Anis..ish.. Maafkan Anis.”

“TIADA MAAF UNTUK KAU. TIADA MAAF! KELUAR KAU DARI RUMAH AKU.”

Aku seret Anis ke muka pintu, aku tarik dia . Tangannya erat memegang kakiku.

“DAH, MULAI DARI HARI INI AKU TIDAK MAHU MELIHAT MUKA KAU. AKU TIDAK MAHU TENGOK
LAGI. KELUAR KAU DARI SINI. MULAI HARI INI UBAIDAH BUKAN ANAK KAU. AKU TIDAK MAHU
TENGOK MUKA KAU, PEREMPUAN!!!”

Selang beberapa minit aku tidak terdengar esakan Anis di luar rumah. Aku terdengar enjin kereta
Anis dihidupkan dan keluar daripada perkarangan rumah.

Aku terduduk di depan pintu, menangis tidak bertepi. Tangisan Ubaidah di dalam bilik membuatkan
aku bangun mendapatkannya. Aku menangis bersama-sama Ubaidah. Ku raut rambut Ubaidah.
Matanya saling tak tumpah seperti Anis. Aku dodoi Ubaidah seperti Anis lakukan. Beberapa ketika,
dia tertidur, tertidur di sisiku. Aku turut tertidur.

Aku terjaga apabila laungan azan subuh berkumandang. Ku cari isteriku. Rupanya, segalanya telah
berlaku. Ku tunaikan solat subuh. Ku masuk ke bilik dan kulihat diari Anis ada di atas katil. Aku berasa
sangat marah dan ku campak diari tu. Tiba-tiba ada sekeping gambar keluar dari diari itu. Aku lihat
gambar itu.

Gambar Aku, Anis dan Ubaidah dan di belakang gambar itu tertulis Saat bahagia Anis.

Ku ambil diari itu. Selang beberapa muka surat, terberhentinya puisi Anis. Ada satu puisi baru.
Kusangkakan puisi itu telah tamat namun ada sambungnya. Sambungnya amat jauh daripada
helainya yang ada. Jelas puisi itu di dalam bahasa Melayu, ku baca bait-bait puisi itu.

Kini cinta yang dulu memang tidak ku ingini

Muncul umpama telaga kausar yang tiada hentinya

Itulah Zulramzan pencetusnya

Aku sayang pada Abang..

Memang pada mulanya aku amat sukar menerimamu

Namun kaulah pencetus segala-gala cinta

Matamu redup melambangkan ikhlasnya hatimu

Tuturmu luhur menggambarkan lembutnya dirimu..

Aku sayang padamu saat kau berusaha keranaku

Maafkan Anis, Abang...

Kerana Anis lalai mencintaimu

Anis sayang padamu Abang…

Di saat Ubaidah lahir

Terpancar cinta Anis kepada Abang

Air indah melayari setiap cinta yang suci

Bulan purnama menyelami cinta kita..

Abang, Anis sayang Abang

Anis cinta Abang…

Anis mahu ke syurga bersama abang..

Abang, tiada cinta sehebat cinta Anis Alwani dan Zulramzan…

Aku terkedu seribu bahasa, apakah ini?

Aku menangis tanpa henti. Aku mengambil Ubaidah dan memeluk erat. Aku takut. Aku dah kehilangan Anis. Aku sudah gila. Anis, di manakah kau Anis? Abang sayang akan Anis. ANIS!!!!


Free Template Blogger collection template Hot Deals BERITA_wongANteng SEO