sebarang penerbitan karya immukmin daripada blog http://coretanhambamu-immukmin.blogspot.com tanpa kebenaran adalah salah sama sekali. tindakan akan di ambil kepada sesiapa yang melakukannya.
NOTA-NOTA CINTA EPISOD 2

<!--[if gte mso 9]> Normal 0 false false false EN-US X-NONE X-NONE

Episode 2

Hujan yang lebat tidak mematahkan semangat Huzaifah untuk meneruskan hajatnya mendengar kuliah maghrib Ustaz Azhar. Sempat juga dia solat maghrib berjemaah. Tajuk kuliah maghrib Ustaz Azhar minggu ini agak menyentuh pangkal hati Huzaifah iaitu Gerbang Perkahwinan. Sengaja Ustaz Azhar memandang tepat kearah HUzaifah ketika menyebut tajuk kuliah pada minggu ini.

“kita tidak boleh terlampau sibuk dengan kerja sehinggakan sunah Rasulullah s.a.w yang satu ini diabaikan. Kerja ada, rumah ada, kereta ada dan paling penting ugama ada. Jadi kenapa perlu ditunggu-tunggu lagi. Cari pasangan yang halal. Bukan untuk diri sendiri sahaja tetapi untuk ugama Allah”

Tegas Ustaz Azhar menyampaikan kuliahnya.

“ada juga yang kehulu-kehilir tak tentu hala, jangan bertunaga lama-lama, fintah manusia tidak boleh ditutup. Sudah ada kemampuan jangan ditunggu lagi, cepat-cepat akad. Allah maha melihat setiap gerak-geri hambanya. Buat yang haram bala Allah turunkan, kalau tak kena di dunia tak mengapa tetapi akhirat siapa nak tolong. Tiada siapa yang membantu, boyfriend ke girlfriend ke sudah tidak ada yang mampu masa itu menjerit memohon keampunan dari Allah”

Bergegar masjid Kg. selayang dengan kelantangan Ustaz Azhar memberi kuliah. Anak-anak muda yang turut serta mendengar kuliah tertunduk dengan tiba-tiba. Mungkin ada yang malu dan mungkin ada yang sedang bermuhasabah diri tak terkecuali Huzaifah.

Seusai solat Isyak berjemaah, Huzaifah duduk di tangga masjid merehat-rehatkan badan yang penat.

“Assalammualaikum, jangan di tunggu-tunggu lagi”

Suara Ustaz Azhar dapat diteka oleh Huzaifah.

“Waalaikumsalam”

Sambil menyalam serta mencium tangan Ustaz Azhar dan berpeluk-pelukan.

“Ustaz, bukan tak mencari tetapi tiada yang mahu.”

Huzaifah berseloroh.

“bukan tiada yang mahu awak sibuk dengan kerja. Ayah sihat?”

“Alhamdulillah sihat, sekarang dia sibuk dengan lading getah arwah atok di kampung. Sejak ibu meninggal, itulah kerja yang dia buat. Katanya mahu sibukan diri dengan kerja luar tak sanggup lagi duduk dirumah mengenangkan orang yang tiada.”

Ustaz Azhar terangguk-angguk mendengar cerita anak lelaki sahabtnya.

“emm..ayah Huzaifah rindukan cucu . Huzaifah anak sulung, adik-adik semua tunggu abang long khawin dulu”

Ustaz Azhar mengusik Huzaifah dengan isu perkahwinannya dan dia hanya mampu ketawa sahaja.

Memang ramai saudara-mara ,sahabat hadai serta jiran tertangga menanti majlis yang cukup bermakan buat diri Huzaifah. Huzaifah mempunyai segala-galanya malah wajahnya juga kacak tetapi beban kerja mungkin menjadi faktor untuk Huzaifah tidak mencari pasangan hidup.

“Huzaifah, kalau Huzaifah tidak keberatan, Ustaz nak memperkenalkan Huzaifah dengan anak gadis Ustaz?”

“seganlah ustaz. Setahu saya anak gadis ustaz semua sudah menikah.”

“kamu jangan terlupa Huzaifah, ustaz ada seorang lagi anak yang mungkin kamu belum pernah berjumpa denganya setelah dia berangkat ke Syria menyambung pengajiannya . Seingat ustaz kamu hanya berjumpa denganya ketika kamu berada di tahun ketiga di university. Sekarang dia sudah berusia 22 tahun.”

“oh.. saya sudah ingat Balqis Asyikin. Eh.. ustaz, tak sesuailah nak diperkenalkan dengan saya. Dia masih muda dan layak untuk lelaki yang masih muda. Saya ini suadah mencecah 30 tahun.”

“segala keputusan ditangan ustaz, dia juga sudah memberi izin untuk ustaz mencari calon yang sesuai untuknya. Lagipun ustaz sangat mempercayai Huzaifah. Ustaz kenal Huzaifah ketika Huzaifah berumur dua bulan dan kini sudah membesar betul-betul dihadapan ustaz. Ayah Huzaifah, banyak membantu usatz sekeluarga ketika kami susah dahulu, apa salahnya kalau kita menyambung ikatan kekeluargaan bersama.”

“kalau begitu, elok ustaz bertanyakan kepadanya, adakah dia setuju atau tidak. Kalau diikutkan, saya tiada masalah.”

Tersenyum Ustaz Azhar mendengar jawapan daripada mulut Huzaifah.

Sebelum Huzaifah merebahkan badan kekatilnya, sempat dia membuka laman blognya, NOTA-NOTA CINTA dihadapnya. Terkejut melihat pertambahan follower. Tidak kurang juga ada yang memberi komen pada perkongsian nota ugamanya yang lepas mengenai tajuk Alam Ghaib dan ada juga yang menyapa salam pada shoutbox. Dia membalas semua komen dengan pengetahuan yang dia ada. Selesai menjawab segala pertanyaan, Huzaifah memulakan entri barunya bertajuk Gerbang Perkahwianan.

Assalammualaikum,

Mungkin ada yang teruja dengan entri ana pada kali ini, setiap kali bertanya tentang perkahwinan,ana adalah manusia yang paling takut sekali. Ana buka tidak mahu menunaikan sunah Rasulullah s.a.w, selain daripada ana sibuk dengan kerjaya ana, ana juga takut dengan perkahwinan kerana apa? Kerana ana rasa ana belum bersedia melangkah kealam perkahwinan. Masih banyak yang ana perlu belajar supaya ana mampu menjadi imam kepada isteri dan anak-anak ana. Bercakap tentang perkahwinan ini, banyak perkara yang bakal-bakal suami perlu tahu. Setiap bakal-bakal suami perlulah mempunyai persiapan yang hebat terutamanya tentang ugama, tentang akhirat. Seorang suami yang baik bukan dilihat pada hartanya tetapi pada ugamanya. Jika seseorang wanita berkhwin dengan lelaki yang pasti tidak menunaikan peraturan penting diatas muka bumi Allah iaitu solat adakah barakah hidupnya? Persoalan itu sudah tentu dapat dijawab oleh semua manusia yang beragama islam. …….

Panjang Huzaifah menulis dan berkongsi ilmu yang diperolehi olehnya daripada Ustaz Azhar. Setelah itu, sempat juga dia berblogwalking di blog yang juga banyak bahan ilmiah diperolehinya iaitu blog SERIKANDI BARAKAH. Huzaifah tertarik dengan penulisan daripada blog tersebut. Setiap entri terbaru yang di post pasti penuh dengan ilmu dan pengajaran. Sempat Huzaifah membaca entri terbaru SERIKANDI BARAKAH yang bertajuk LELAKI PILIHAN ZAUJAH. Mungkin sebab Huzaifah merasakan dirinya bakal menjadi seorang suami. Tersenyum Huzaifah membaca segala isi entri tersebut dan sempat juga dia memberi komen.

Kejadian petang tadi, membuatkan Raihan berasa sangat bersyukur. Jika dia tidak menumpang dengan majikannya sudah pasti dia turut serta menjadi mangsa tragedi simbah asid yang kian berleluasa pada hari ini. Selang beberapa jam setelah Raihan meninggalkan pondok bus dihadapan syarikat dia bekerja, seorang wanita telah menjadi mangsa simbah asid.

“Alhamdulillah, kalau Raihan menolak pelawaan Encik Huzaifah Ummi, sudah tentu Raihan jadi mansakan?”

Anak tunggal keluarga Haji Mukhtar meluahkan perasaan bersyukurnya.

“tidak baik Raihan bercakap seperti itu, qada qada’ adalah ketentuan Allah.”

Zabariah menasihati anaknya.

“betul cakap ummi tu, abi juga bersyukur kepada Allah kerana memberi keselamatan kepada puteri abi yang manja ini”

Haji Mukhtar menyambung sambil tangannya mencubit lembut pipi putri tunggalnya. Tersenyum Raihan melihat lagak abinya.

“kalau boleh, abi mahu berjumpa dengan Encik Huzaifah, mahu berterima kasih kepadanya kerana sudi menumpangkan anak abi yang manja ini”

Berselorah Haji Mukhtar.

“tak mengapalah abi, malulah Raihan. Lagipun Raihan dan berterima kasih kepadanya ketika dia menghantar Raihan tadi.”

“kenapa tidak diajak masuk tadi?”

Zabariah meneruskan perbualan.

“alah, ummi ni, dah petang. Lagipun Encik Huzaifah masih sibuk dengan hal peribadinya. Tiada masa untuk dia menyinggah dirumah kita yang kecil ni.”

Jawapan yang berbau sindiran pada kata-kata Raihan.

“kenapa dengan anak ummi ni? tak baik menyindir orang macam tu.”

“tak ada apalah ummi. Ummi, Raihan masuk tidur dulu. Assalammualaikum.”

“waalaikumsalam”

Jawab serentak pasangan suami isteri sambil Zabariah mengangkat kening kearah Haji MUkhtar melihat kenakalan puteri tunggalnya.

Sebelum tidur, Raihan mengambil wuduk dan membaca suruh al-mulk yang sudah lancar dibibirnya. Sedari kecil hinggalah sudah dewasa, dia tidak pernah lupa pesanan abinya untuk sentiasa mengamalkan suruh al-mulk. Kata abinya, surah al-mulk jika diamalkan dapat menyelamtkan seseorang itu dari azab kubur.

Selesai membaca surah al-mulk, matanya tertumpu pada sehelai sapu tangan yang terletak betul-betul diatas meja lampu di sisi katilnya.

“nah ambil sapu tangan ini lab muka awak.”

“tak mengaplah Encik Huzaifah.”

“saya kata ambil…”

Seperti nada mendesak tetapi penuh dengan kelembutan.

“terima kasih”

Raihan menyambut sapu tangan itu.

“nanti saya pulangkan selepas saya bersihkan sapu tangan ini”

“tak mengapa, awak ambil sahaja sapu tangan itu, dirumah saya ada banyak lagi pasu tangan. Rumah awak di mana?”

“Di Taman Maju Jaya.”

Jawab Raihan dengan nada yang sedikit kecewa. Tiada perbualan yang berlaku antara mereka hanya alunan ayat alquran pada radio sahaja kedengaran.

‘sombong betul Encik Huzaifah ni, mentang-mentaglah orang kaya patutlah tak khawin lagi’

Kecewa Raihan dengan perwatakan Huzaifah.

“Pertemuan yang dijanjikan oleh Allah bukanlah pertemua yang sia-sia tetapi pertemuan yang penuh dengan hikmah”


Free Template Blogger collection template Hot Deals BERITA_wongANteng SEO
4 Responses
  1. LadyBird Says:

    hehehe.. entry yang baik.. :)..
    :D.. nanti akak bg link ni kat ustaz ek :D..
    hik hik hik..


  2. Anonymous Says:

    salam alayk~ sebuah perkongsian yang menarik look like banyak mkne tersirat moga tsabat di jalanNYA ya akhi, btw shoutmix kat tepi dah ta bleyh guna then bleyh tukar denga fibox,cbox & sebagainya.. may ALLAH bless..


  3. Anonymous Says:

    Fiгst off I woulԁ likе to sау greаt blog!
    I had a quick question in ωhich I'd like to ask if you don't
    mіnd. I was interested to knoω how you centeг уoursеlf and cleаr your head prior to writing.

    І've had a tough time clearing my thoughts in getting my thoughts out. I truly do take pleasure in writing but it just seems like the first 10 to 15 minutes are lost simply just trying to figure out how to begin. Any ideas or tips? Appreciate it!
    Here is my website ; 1 hour payday loans


  4. Anonymous Says:

    It's actually a great and helpful piece of information. I am satisfied that you just shared this useful info with us. Please stay us informed like this. Thank you for sharing.
    Here is my web site - no credit check payday loans