sebarang penerbitan karya immukmin daripada blog http://coretanhambamu-immukmin.blogspot.com tanpa kebenaran adalah salah sama sekali. tindakan akan di ambil kepada sesiapa yang melakukannya.
NOTA-NOTA CINTA EPISOD 1

Assalammualaikum.

Mungkin sudah lama aku tidak menulis dan mungkin juga ada yang menanti kemunculan cerita aku. Alhamdulillah, Allah memberi ilham untuk aku menulis lagi. Cerita NOTA-NOTA CINTA ini hanyalah rekaan dan ilusi aku semata-mata. Mungkin ada yang terasa dengan penceritaan ini, anggaplah sebuah cerita yang bakal mendekatkan diri kepada Allah. insyaAllah.

Huzaifah tidak lekang dihadapan komputer ribanya, seusai solat isyak, dia terus mengemaskini blognya dengan karya-karya ilmiahnya. Biasanya Huzaifah akan berkogsi nota-nota agamanya yang baru dipelajari daripada ustaznya ataupun penceramah, dia pasti akan berkongsi dalam laman blognya. Baginya laman blog itu adalah tempat dia meluahkan segala perasaan dan laman blog itu juga yang banyak membantunya dalam usaha mendekatkan dirinya kepada Allah. Setiap kali dia menulis nota-nota agama dalam laman blognya pasti dia akan memuhasabah dirinya kembali. Sesiapa pun tidak pernah mengetahui identiti penulis blog yang bernama NOTA-NOTA CINTA dan yang pasti, ramai yang menjadi pengikut setia blog NOTA-NOTA CINTA. Huzaifah tidak pernah loket memberi pandangan serta berkongsi pendapat dengan sahabat-sahabat blognya.

Pagi-pagi lagi Huzaifah bangun, seperti kebiasaanya dia pasti sempat bertahjud dahulu. Usai solat subuh, Al-Maasurat menjadi peneman paginya. Sudah berusia 26 tahun tetapi hidup masih membunjang kerjaya sebagai seorang engineer Bioperubatan membuatkan dia begitu sibuk dengan kerja sehinggakan tidak sempat mencari pasangan.

Belum sempat dia masuk kedalam biliknya untuk menyelesaikan tugas semalam, seorang juruteknik memanggilnya.

“Encik Huzaifah, mesin ECG di Hospital selayang mengalami kerosakan semalam dan ketika kerosakan itu berlaku, doktor yang mengendalikan pembedahan jantung seroang pesakit tidak menyedari , nyaris berlaku kematian.”

“astaghfirullahhalizim, di mana juruteknik kita, bukan sudah saya pesan, jangan sesekali memberi kebenaran menggunakan OT (operation theater) tanpa mendapat kelulusan daripada saya terlebih dahulu.”

Perasaan marah mungkin menjalar dalam diri huzaifah tetapi dia cepat-cepat beristghifar.

“tidak mengapa, nanti saya menjelaskan kepada pihak hospital tentang kegagalan ECG berfungsi.”

Huzaifah meredakan keadaan. Sudah pasti pihak hospital akan menemui enginer yang menggendalikan mesin-mesin di hospital.

Selesai sahaja Huzaifah berurusan dengan pengarah Hospital Selayang, dia terus balik kepejabatnya dan memanggil semua juruteknik dan enginer yang bernaung di bawah syarikat swasta. Jawatannya sebagai CEO di syarikat itu bukan satu pekerjaan yang mudah yang biasa di ceritakan oleh orang kebanyakan tetapi beban yang ditanggung amat berat sehinggakan dia sendiri tidak memapu untuk mengawal juruteknik –juruteknik dan enginer-enginer dibawahnya.

Bilik mesyuart riuh dari jauh kedengaran, Huzaifah dan Marliana pembantu jurutera masuk kedalam bilik mesyuarat, serta-merta suasana bertukar sunyi. Semua staf tahu yang Huzaifah bukan seorang yang lembut dalam bekerja tetapi diluar Susana bekerja dia sangat peramah malah suka menolong kawan-lawan yang susah.

“Assalammualaikum dan selamat pagi semua. “

Samar-samar suara menjawab. Huzaifah mengulangi salamnya dengan lantang.

“Waalaikumsalam”

Gemuruh bilik mesyuarat.

“kamu semua tidak makan pagi ? saya kecewa dengan kamu semua. Sudah saya pesan, setiap kali ada kes pembedahan pastikan dapat kelulusan daripada saya. Saya mahu tahu, siapa yang bertanggunjawab dalam hal ini?”

Semua juruteknik dan enginer diam. Tiba-tiba ada suara yang menjawab.

“minta maaf, saya yang bertanggugjawab tentang hal ini”

Suara milik seorang juruteknik baru dan yang sudah pasti seorang perempuan.

“saya dipaksa untuk meluluskan penggunaan OT. Seorang doktor yang mendesak saya. Saya tidak mengetahui bagaimana hendak menjelaskan dan pada waktu itu, tiada pembantu enginer yang berada bersama saya.”

Jelas Nur Raihan

“pembantu enginer yang bertugas, sila beri penjelasan!”

“minta maaf En. Huzaifah, saya lalai dan secara jujurnya ketika itu saya sedang rehat dan saya mengaku salah kerana tidak menerangkan perihal ini kepada Nur Raihan”

Azmi menjelaskannya dengan jujur.

“tidak mengapa, saya sudah mendapat penjelasan daripada semua pihak dan saya harap pekara ini tidak berulang lagi. Sampai disini sahaja mesyuarat kita dan semua boleh bersuarai. Assalammualaikum.”

Huzaifah terus keluar tanpa beramah mesra atau menunjukan mimik muka senyum mahupan masam dia terus keluar dan Marliana membontotinya.

Hari yang sukar dilaluinya penuh hikmah dan kesabaran. Jam sudah menunjukan pukul 6.30 petang, sudah tiba masanya Huzaifah pulang. Lampu biliknya ditutup dan pintu di kunci. Hajatnya untuk menyinggah di Masjid Kg. Selayang Indah mendengar kuliah maghrib ustaz Azhar. Kereta SUBARU Impreazanya sudah bersiap untuk bertolak kebetulan pada waktu itu hujan lebat. Keluar sahaja pada kawasan syarikat tempatnya bekerja, kelihatan seorang wanita terkocoh-kocoh lari ke kawasan tempat menunggu bas betul-betul dihadapan syarikatnya. Rasa kasihan melihat wanita itu yang pasti wanita itu mungkin pekerja bawahanya.

Huzaifah memberhentikan keretanya di pondok menunggu bas dan diturunkan tingkap keretanya.

“saudari, boleh saya tumpangkan? Hujan-hujan begini belum tentu ada teksi mahupun bus.”

“tak mengaplah En. Huzaifah, kejap lagi adalah bus.”

“jangam begitu, dah lewat ni, malam-malam kawasan ini bahaya.”

“tidak menyusahkan ke?”

“tak mengapa, saya tumpangkan.”

Wanita itu dengan berat hati menerima pelawaan En. Huzaifah.

“setiap berlaku ada hikmahnya, Allah maha mengetahui. Setiap pertemuan sudah ditetapak oleh Allah.”


Free Template Blogger collection template Hot Deals BERITA_wongANteng SEO
0 Responses