sebarang penerbitan karya immukmin daripada blog http://coretanhambamu-immukmin.blogspot.com tanpa kebenaran adalah salah sama sekali. tindakan akan di ambil kepada sesiapa yang melakukannya.
DIMENSI CINTAKU~akhir~

kehadiran fakis mutawattir dapat dihidu oleh Bilal kamil Razali selepas di beri tahu oleh taghut-taghut ternakannya. bilal kamil razali sudah bersiap sedia dengan keris pusaka kepunyaan imam karim. imam karim sudah satu hari tidak sedarkan diri dan dahlan pula duduk diluar rumah bersiap sedia menyambut kedatangan tetamu yang tidak diundang.

"assalammualikum" kedatangan fakis mutawatir bersama amalina mahirah tetapi tidak mampu dilihat oleh Dahlan.

salam itu tidak di sambut malah kedatangan itu disambut dengan seribu penghinaan daripada Dahlan. manakala Bilal Kamil Razali sibuk dengan pemujaan menguatkan tentera-tentera targuhtnya yang dilaknat oleh Allah.

"apa gerangan kau datang teratak aku" Dahlan bersuara
"aku datang untuk menuntut hak aku"
"apa hak kau?" Dahlan senyum seperti sudah menjangka kedatangan Fakis mutawatir.
"aku mahu mengambil ayah mertua aku dan membawa kau dan ayah kau kembali beriman kepada Allah...dan..."
"dan apa?" Dahlan senyum sinis.
"dan membawa kau ke muka pengadilan atas perbuatan kau kepada isteri aku." agak hambar pertuturan fakis apabila bercakap tentang isteri tercintanya.
"ah, aku peduli apa yang aku tahu segala ini adalah ke mahuan aku jadi kau tidak layak menghalang."
"engkau tidak berhak untuk menentukan segala ini menggunakan hukum ciptaan kau." fakis muttawatir mula bertegas.
"apa yang engkau akan lakukan jika aku berkeras?"
"aku akan perangi kau."
"baiklah, anak jantan Bilal Kamil Razali menyahutnya."
"adakah engkau pasti Dahlan?"
"aku pasti." jawpan yang penuh angkuh.

pada masa yang sama amalina mahirah sibuk memasuki teratak usang kepunyaan Bilal Kamil Razali. sibuk Bilal Kamil Razali mengasap keris warisan kepunyaan Imam Karim dan setiap kali itulah targhut-targhutnya kegembiraan dan diselangi dengan mentera-mentera memuja targhut laknatullah. kehadiran Amalina Mahirah tersentap pada naluri Bilal kamil Razali. walaupun tidak mampu dilihat tetapi perasaannya dapat menghidu ada satu makhluk yang mempunyai kemahiran persilatan dan ilmu kebatinan yang tinggi daripadanya.

"apa tujuan engkau ke mari?" perbualan itu dimulakan oleh Bilal Kamil Razali.
"sudikah engakau menerima tawaran aku?" berbisik-bisik terzahrinya suara amalina mahirah.
"apakah tawarannya?"
"kembali kepada Allah dan bersujud kepadanya serta jauhkan diri kau daripada targhut laknatuAllah ini"
"ah! kau ingat aku bodoh untuk mengikuti kau?" jeritan memecahkan kesunyian rumah itu.
"jika itu pilihan kau..jangan kau menyesal" gemersik bunyi suara amalina mahirah menambahkan kegerunan pada diri bilal kamil razali.
"aku memberi kamu sekali lagi peluang tawaran. adakah kamu mahu kembali kepada jalan Allah atau kau akan ku bunuh?"
"tidak sekali jin jahanam!" tegas bilal kami razali
"aku beri sekali lagi tawaran. adakah kamu mahu kembali kejalan Allah?" pertanyaan yang penuh dengan gersik gemersik menambahkan ketakutan pada bilal kamil Razali.
"aku tidak akan berhenti menguasai orang suruhan aku.!"
"jika itu yang kau pilih kau terimalah balasannya."
"Gubra! hapuskan jin jahanam itu."

Gubra taghut yang mendamping bilal kamil razali wajahnya amat hitam kotor dan penuh dengan darah yang bergelumang. lima ekor gubar mengepung amalina mahirah dan bilal kamir razali berdekah-dekah ketawa apabila mengetahui amalina mahirah dalam tangannya.

amalina mahirah membuka kekudanya untuk menghabisi gubra itu. dengan lafaz basmalah dan ayat kursi dia memulakan langkah persilatannya. seorang gadis perlu ber depan dengan makhluk yang paling hina di atas muka bumi Allah ini.

dahlia rohaimi amat risau akan keadan suaminya. malah Zamri juga merisaukan anaknya. pada ketika itu, dari jauh rabiatul adawiyyah melihat adik kandungnnya seolah-olah seperti mayat hidup. matanya terbuka malah mukanya sudah bertukar kekuningan. dia tidak mampu memulihkan adik kesayangnnya hanya Allah sahaja yang menjadi tempat pergantungan.

"kakanda, Rosna pergi ini demi cinta Rosna kepada lelaki yang amat taat akan perintah Allah. kakanda, rosna tidak akan pernah melupakan kakanda."
airmata adik beradik ini mula membanjiri birai mata masing-masing. perpisahan yang amat memeritkan bagi adik beradik yang sentiasa bersama sejak kecil lagi tetapi demi masa depan dalam mendekatkan diri kepada Allah, mereka perlu berpisah dan bekorban. malam itu, Rosna keluar daripada singgahsana tanpa pengetahuan bondan dan ayahandanya. cintanya kepada lelaki yang bernama Zamri telah menguasai dirinya.

tetapi tekat seorang wanita yang bernama Rosna kini sudah lenyap dek sihir buatan manusia yang dilaknat oleh Allah. meminta bantuan selain daripada Allah.

"besabar Dahlia, abah yakin fakis mampu menguruskannya." Zamri meredakan perasaan menantunya.
"tapi abah, Dahlia tidak mampu berdiam diri sehingga segala-galanya tidak berakhir di hadapan mata kepala Dahlia." keraguan telah menguasai diri Dahlia Rohaimi. malah kerisauan itu telah menyebabkan dia seakan.akan mahu pergi ke teratak Dahlan.

segala cerita mengenai permasalahan berlaku telah dicerita kepada bapa mertuannya. bapa mertuannya hanya mampu memujuk supaya Dahlia Rohaimi bersabar atas apa yang telah berlaku. Dahlia Rohaimi telah tenteram apabila mendapat nasihat daripada bapa mertuannya. selain itu, Dahlia Rohaimi juga merisaukan keadaan bapanya yang kini dai sendiri tidak mengetahui sama ada masih hidup ataupun telah tiada. esakannya semakin deras.

"abah pergi melihat mak kamu ye. kamu jangan ke mana, duduk disini sahaja"
tegas Zamri. risau melihat menantunya.

di teratak Dahlan, segala susunan langkah telah berjaya mematahkan serangan Dahlan. kebatinan yang ada dalam diri Dahlan hasil daripada pemujaan kepada taghut yang diturunkan oleh bapanya. tikaman yang ditusuk oleh Fakis muttawtir tidak menembusi kulit Dahlan. malah hanya ketawa berdekah-dekah terhasil apabila tujahan keris tersentuh kulit. segala ini sudah di ketahui oleh Fakis Mutawattir setelah diceritakan oleh mak penakannya. segalanya akan musanah setelah Amalina Mahirah menyelesaikannya.

penentangan antara Amalina Mahirah dan Bilal Kamil Razali tiada penghujungnya. lima ekor Gurba telah berjaya mengikat Amalina Mahirah dan Amalina tidak mampu melakukan sebarang tindakan. hanya ayatul kursi diulangi tetapi nafasnya untuk menghabiskan ayatulkursi itu terlekat akibat daripada tindahan seekor gurba membuatkan amalina mahirah sukar bernafas.

"hahhahaha!! engkau tidak mampu kalahkan aku. engkau tidak mampu." Bilal kamil Razali
nafas tersekat-sekat yang keluar daripada hidung Amalina Mahirah membuatkan Bilal Kamil Razali semakin yakin dengan kekuatannya.

"bunuh dua gubara!" jeritan itu telah di dengari oleh Fakis Mutawattir membuatkan dia bertindak untuk masuk ke dalam teratak Dahlan.

Fakis Mutawattir meniggalkan Dahlan yang masa itu sudah galak dalam dunia keegoaanya.

"aku nak pergi mana Fakis?" Dahlan terkejut melihat tindakan Fakis yang meniggalkan perlawanan yang cukup sempurna bagi pihak Dahlan.

terkocoh-kocoh fakis mutawattir mendapatkan Amalina mahirah di dalam teratak dahlan. Dahlan turut membontoti Fakis Mutawattir. setelah masuk sahaja ke dalam rumah, terkejut fakis mutawattir melihat Amalina Mahirah di hemapap oleh lima ekor tgahut yang sangat hodoh dan menjijikan. di alunkan kalimah asmahusan dan ayatul kursi dengan tiba-tiba satu cahaya terkeluar daripada tubuh amalina mahirah menyebabkan lima ekor Gubra itu mengelepar kepanasan.

ayatul kursi dibaca untuk kali seterusnya. di saat pengakhiran ayat itu, Dahlan menerjah Fakis mutawatir daripada belakang menyebabkan dia tersungkur ke lantai papan teratak itu. Bilal kamil Razali hanya duduk bersila sambil menyeru-nyeru tahgut belaannya. Air mata mula membanjiri wajah amalina mahirah.

mugkin ini pengakhiran hidupnya. Gubara yang tadi lemah semakin mengganas tiada siapa yang dapat membantu. Fakis Mutawattir sudah lemah akibat terjahan yang kuat daripada Dahlan. kini sudah tiba pengakhirnya. keris gengaman Dahlan sudah meledak-ledak dahagakan darah keturunan Zamri. satu tujahan yang dalam telah memancarkan darah dari tubuh manusia.

"argh!! jeritan memcahkan kesunyian rumah itu"
jeritan yang juga membuka mata Amalina Mahirah serta Bilal Kamil Razali. jeritan itu juga telah membuatkan kekecewaan terlahir dari lubuk hati Fakis Mutawattir. jeritan itu juga telah menyedarakan imam Karim yang dari tadi tidak sedarkan diri di samping Bilal kamil Razali.

darah membuak-buak keluar daripada perut seorang isteri yang sangat menyangi suaminya. rodokan keris telah menempah maut seorang isteri yang amat disayangi oleh Fakis Mutawattir.
Dahlia Rohaimi yang tiba-tiba menjelma telah merpa kearah suaminya sebelum keris itu mendarat diperut suami yang amat disayangi. air mata kekecewaan mula membarisi pipi fakis Mutawattir.

"mimi, mengucap mimi..mengucap..ashaduallailahhaillaallah waashaduanna Muhammad Rasulullah." dahlia rohaimi mengikuti setiap bait-bait syahadah yang dialunkan oleh suaminya sambil tersenyum dan meninggalkan Fakis Mutawattir.

esakan fakis semakin kuat. dia mengawal kemarahanya.

"hutang nyawa dibayar dengan nyawa, hutang darah dibayar dengan darah"
tegas fakis.

amalina mahirah hanya menyerah kepada takdir. tiada apa yang dapat dibantu, malah dirinya juga kini umpama nyawa-nyawa ikan.

tiba-tiba, bilal kamil Razali menggelupar seperti sawan sedang menerjah dalam badannya. dirinya seakan-akan tidak mampu bernafas. jelamaan Rabiatul adawiyyah menyebabkan lima ekor gubra bangun menyelamatkan tuannya. ayatul kursi di alunkan membuatkan teratak itu bergetar. putaran angin yang tidak tahu datang dari mana telah memenuhi ruang teratak itu.

hanya gemersik suara alunan ayat kursi menggoncang jiwa lima ekor Gubra. kepansan mula terasa dan bau kehangsuan yang busuk umpama mayat reput menyelubungi rumah. seekor demi seekor Gubra terbakar dan tiba-tiba terpancar cahay merah melalu lohong mulut Bilal Kamil Razali. kepanasan itu telah mengabikan Bilal kamil Razali. rupanya telah bertukar menjadi seekor binatang yang di kutuk oleh Allah suaranya iaitu himar. mungkin ada hikmah disebalik kejadian disebabkan kesombongannya. suara himar berbunyi seakan-akan hilang nafas. daripada kuat semakin berkurang. akhirnya bilal kamil Razali mati dengan keadaan wajah umpama seekor himar. begitu aib kematiannya.

dari jauh, Dahlan melihat kematian ayahnya. perasaan marah telah menguasi dirinya. terjahan keris yang bertalu-talu telah mencederakan Fakis Mutawattir. lakah diatur, pasak kekuda dipasang. fakis Mutawattir memerhati dengan teliti setiap tujahan yang diaturkan. beberapa langkah persilatannya telah berjaya melumpuhkan Dahlan.

"aku beri engkau satu tawaran?". Fakis mutawattir memberi tawaran kepada Dahlan yang tidak mampu bergerka akibat daripada langkah silat Fakis Mutawattir yang mengikat pergerakannya. sambil diperhatikan oleh Amalina Mahirah yang kini berteleku disisi Dahlia Rohaimi serta Rabiatul Adawiyyah.

"apa tawarannya?"
"kembali kepada Allah dan bertaubat." fakis Mutawattir terasa kasian melihat Dahlan. Fakis masih mempunyai hati perut. tidak bertindak membabi buta.
"baiklah". fakis mutawattir melepaskan Dahlan.

segalanya berakhir dengan cara baik. Fakis tidak mahu memburukan lagi keadaan. segalanya telah berakhir. selepas Fakis Mutawattir melepaskan Dahlan. Dahlan telah melarikan diri keluar rumah seperti lipas kudung.

Fakis Mutawattir menghampiri mayat isteri tercinta. diangkat isterinya untuk dibawa pulang. Imam Karim hanya terdiam seketika. setelah dia sedar dari pengsannya, dia umpama manusia yang tidak berakal. malah ingatannya seakan-akan telah hilang seketika.

"ayah, jom kita pulang. semuanya telah berakhir." fakis mutawattir mengarahkan ayahnya dan Imam Karim hanya membototi Fakis Mutawattir. mungkin terlahir perasaan sedih melihat anak gadisnya telah tiada.

kewujudan Amalina Mahirah dan Rabiatul Adawiyyah tidak mampu dilihat oleh Imam Karim. pengakhiran yang amat sedih itu telah melukai hati seorang suami yang amat menyayangi isterinya. terlintas saat-saat bahagia bersama denga Dahlia Rohaimi. segalanya telah berakhir dan tiada siapa yang mampu mengembalikan kembali isteri yang disayangi. mereka meniggalkan teratak Dahlan dengan perasaan sayu.

setibanya di rumah fakis mutawattir, jenazah Dahlia Rohaimi diletakan diatas katil. Rosna sudah sedarkan diri. Zamri gembira tetapi sedih dengan pemergian menantunya. segalanya telah diceritakan oleh Fakis Mutawattir kepada Ibu dan Bapanya. orang kampung telah lama memenuhi rumah usang Zamri dan Rosna. untuk menguruskan jenazah Dahlia Rohaimi.
Amalina Mahirah dan Rabiatul Adawiyyah meghilangkan diri entah kemana.

semuanya telah berakhir dengan kesedihan yang menyelubungi hati fakis mutawattit. kematian aib Bilal kamil Razali juga telah heboh diperkatakan setelah seorang pemuda kampung menjumpai mayat bilal Kamil razali yang ketika itu terbau bauan yang amat busuk dari rumah bilal Kamil Razali.

sedih fakis mengenagkan nasib Bilal Kamil Razali tetapi apakan daya dia telah memilih jalan yang salah. anaknya Dahlan sudah tidak ditemui, mugkin sudah lari keluar daripada kampung atau mungkin telah mati akibat daripada tekanan.

telah sebulan pemergian Dahlia Rohaimi, namun masih tidak kelihatan kelibat Amalina Mahirah. setiap malam Fakis Mutawattir beribadat kepada Allah di rumah usang ibubapanya untuk mengubatu jiwa yang kecewa dan saat itulah dia tidak henti-henti menangis menghadap tuhan yang Esa. kejadian yang menimpa keluarganya telah memantapkan iman Fakis Mutawattir supaya menjadi seorang lelaki yang taat perintah Allah. sambil dia bermuhasabah diri di atas tikar sejadah dia mengalun-alunkan zikir-zikir indah mengubati luka-luka hati yang parah.

"assalammualikum" kehadiran Amalina Mahirah dirasai oleh Fakis Mutawattir.
"walaikummussalam" jawab Amalina Mahirah yang agak terkejut dengan naluri Fakis Mutawattir.

bangun Fakis Mutawattir membuka pintu rumahnya dan melihat Amalina Mahirah sedang duduk di tangga usang rumahnya.
bunsana Merah menghiasi tubuh Amalina Mahirah.

"apa hajat kemari?" Fakis Mutawatir bertanya.
"ingin menyerah diri ini kepada Mu demi memantapkan keimanan kepada Allah." jawapan yang berani dan jujur daripada Amalina Mahirah.

agak terkejut Fakis Mutawattir tetapi dia menyakan lagi soalan untuk mendapatkan kepastian.

"adakah Ina rela menjadi manusia biasa setelah berkahwin dengan Fakis?"
jawapan itu tidak dijawab oleh Amalina Mahirah hanya hebusan nafas yang kedengaaran.

"ia, dia sanggup menjadi manusia semata-mata mendekatkan diri kepada Allah" jawapan itu dibalas oleh Rabitaul Adawiyyah yang tiba-tiba menjelma bersama suaminya.

senyum pada wajah cantik seorang puteri telah menghiasi wajah Amalina Mahirah. akhirnya suami yang didambarkan olehnya kini menjadi temah sehidup sematinya. Dimensi Cintaku berakhir dengan sebuah percintaan agung yang unik di Mata Amalina Mahirah.

pertemuan dua beradik juga telah mengakhiri sebuah kerinduaan yang membukam di dalam hati setiap mereka.

firman Allah dalam surah luqman ayat 18-19
18
Dan janganlah kamu memalingkan mukamu dari manusia (karena sombong) dan janganlah kamu berjalan di muka bumi dengan angkuh. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang sombong lagi membanggakan diri.
19
Dan sederhanalah kamu dalam berjalan dan lunakkanlah suaramu. Sesungguhnya seburuk-buruk suara ialah suara keledai(himar).

cerita ini adalah rekaan semata-mata tiada kaitan yang hidup mahupun yang telah meninggal dunia. jika ada kesalahan sewaktu penceritaan ini harap di maafkan.. Wallahualam



info

Soalan:
Adakah orang bunian ini wujud? Adakah mereka termasuk dalam kategori manusia kerana disebut sebagai orang atau adakah mereka termasuk dalam golongan makhluk halus?

Jawapan:
Makhluk halus yang dikenali sebagai jin, syaitan, iblis, Ifrit dan sebagainya telah jelas terpapar dalam al-Quran dan hadis sahih yang boleh dirujuk dalam jawapan terdahulu.

Dalam surah al-Ahqaf ayat 29, Allah SWT berfirman:
Maksudnya: Dan (ingatkanlah peristiwa) semasa Kami menghalakan satu rombongan jin dating kepadamu (wahai Muhammad) untuk mendengar al-Quran; setelah mereka mengahadiri bacaannya, berkatalah (setengahnya kepada yang lain), ‘diamlah kamu dengan menumpukan sepenuh perhatian kepada bacaannya!’ kemudian setelah selesai bacaan itu, kembalilah mereka kepada kaumnya (menyebarkan ajaran al-Quran itu dengan )memberi peringatan dan amaran.

Mengenai istilah orang bunian ataupun bunian, Allahyarham Tan Sri P. Ramlee pernah memfilemkan perihal masyarakat bunian.

Pendapat saya, makhluk ini memang wujud dan tergolong dalam kategori makhluk halus. Makhluk ini dikaitkan dengan suatu perkampungan atau penempatan seperti manusia. Mereka turut berumah tangga, beranak pinak dan hidup bermasyarakat.

Ada yang mendakwa pernah melihat dan mendakwa manusia mampu berkomunikasi dengan orang bunian sehingga boleh hidp berjiran termasuk meminjam barang-barang keperluan harian. Kesahihan cerita itu saya pulangkan kepada Allah SWT yang lebih Mengetahui.
Saya yakin bunian tergolong dalam makhluk halus kerana hadis Nabi SAW menyebut bahawa terdapat makhluk halus yang suka tinggal bersama manusia dalam rumah manusia, malah mereka suka mencari tempat yang tidak berjauhan dengan perkampungan manusia. Golongan bunian ini disebut oleh Rasulullah SAW sebagai ‘Amir atau ‘Umar yang tinggal berhampiran dengan manusia.

Dalam suatu kisah yang berlaku pada zaman Rasulullah SAW, ada seorang sahabat yang bernama Khurafah didapati hilang secara tiba-tiba. Keluarganya bertemu dengan Nabi SAW menceritakan perihal kehilangan Khurafah.
Tidak berapa lama selepas itu, Khurafah muncul semula dan menceritakan mengenai pengalamannya membunuh seekor ular hitam, tiba-tiba beliau tidak sedarkan diri. Apabila tersedar, dia mendapati dirinya berada dalam masyarakat seperti manusia, tetapi penuh dengan keganjilan.
Dia dituduh membunuh salah seorang daripada orang penting dalam masyarakat itu dan mereka menuntut supaya dia dibalas bunuh. Dia dibicarakan dalam mahkamah yang telus, mempunyai system keadilan yang hampir sama dengan manusia, dengan menggunakan peguam bela dan sebagainya.

Khurafah dibela oleh seorang peguam dan mengemukakan hujah dengan berkata, “Khurafah tidak dipersalahkan kerana dia membunuh salah seorang anggota daripada masyarakat kita (bunian) yang menyerupai ular, sedangkan ular adalah musuh utama kepada manusia. Maka Khurafah membunuh ular, bukanlah berniat membunuh orang kita, tetapi mambunh musuh di alamnya.” Maka dengan itu Khurafah dibebaskan dan dihantar balik ke alamnya.

Apabila berita ini disampaikan kepada Nabi SAW, ramai mempertikaikannya. Nabi SAW berkata:

Maksudnya: “Khurafah (bercakap) benar.”

Bagaimanapun dalam masyarakat kita, apabila dirujuk dalam cerita-cerita ganjil dan tidak masuk akal, kita menggelarnya khurafat. Asal istilah khurafat itu adalah cerita benar daripada individu yang bernama Khurafah.

Saya menyebutkan kisah ini kerana saya melihat perkara yang berlaku ini mungkin boleh disamakan dengan masyarakat bunian. Ertinya, mereka boleh melakukan sama seperti dalam kisah Khurafah tersebut.

Masyarakat bunian adalah satu kelompok masyarakat jin atau syaitan. Daripada cerita-cerita rakyat yang menyentuh perihal orang bunian, perkara ini menjadi suatu lagenda masyarakat Melayu. Sehingga kini masyarakat bunian dikaitkan dengan masyarakat beragama yang melaksanakan aktiviti-aktiviti keagamaan seperti mendirikan masjid, surau, melaungkan azan, mangaji al-Quan dan sebagainya. Masyarakat Melayu mengaitkan masyarakat bunian dengan jin Islam.

Islam mengakui kewujudan jin Islam. Hal ini disebutkan dalam surah al-Jin.surah tersebut menyebut bahawa jin mengakui telah mendengar al-Quran yang penuh dengan keajaiban, menunjuk jalan yang lurus dan mereka telah beriman. Jin juga mengaku daripada kalangan mereka ada yang Islam dan ada yang kafir. Oleh itu, memang ada kemungkinan masyarakat bunian ini seperti yang didakwa merupakan sebuah masyarakat beragama.

Dalam masyarakat manusia contohnya, ada yang tidak Islam. Hatta dalam masyarakat awal Islam pada zaman Rasulullah SAW di Madinah, itu pun wujud golongan munafik daripada kalangan orang Islam. Seperti dalam masyarakat kita pada hari ini juga wujud golongan tidak Islam, Islam fasik, Islam munafik dan sebagainya.
Kesimpulannya, tidak mustahil masyarakat bunian sama seperti masyarakat manusia.

diambil daripada blog (http://insannajah.blogspot.com/2010/05/benarkah-orang-bunian-itu-wujud.html)
Free Template Blogger collection template Hot Deals BERITA_wongANteng SEO
5 Responses
  1. Encik MamaT Says:

    salam akhi... hehe... aku tak sempat nak khatam semua.. tapi apa pun.. agak menarik..cumanya masih bawah bayang2 laksamana sunan... hehe...


  2. immukmin Says:

    agak terpengaruh di situ ..hohohoh..


  3. Bila agaknya akak boleh membaca cerita ini dalam bentuk buku... menambahkan koleksi yang ada.... Cerita yang menarik dan cara pengolahannya juga akak suka...


  4. LadyBird Says:

    waa.. best.. akhirnya menantian akak tuk bc kisah ni sehingga habis dah terlaksana.. :) suka sangat.. :) :)


  5. Anonymous Says:

    I have been bгowsing οnline mοгe than 3 hοuгs lately,
    but Ι nevеr founԁ any attention-grabbing aгticle like yours.
    It is beautiful νalue sufficient foг me. In my ѵiew, іf all wеbmаsters and blοggerѕ made gοod contеnt matеrial as уou probаbly did, thе
    wеb will prοbably bе much more hеlρful thаn
    evег beforе.

    Also vіsit my web site payday loans
    Also see my web page :: payday loans