sebarang penerbitan karya immukmin daripada blog http://coretanhambamu-immukmin.blogspot.com tanpa kebenaran adalah salah sama sekali. tindakan akan di ambil kepada sesiapa yang melakukannya.
DIMENSI CINTAKU~episod 7~

kejadian yang menimpa dahlia rohaimi membuatkan dirinya amat bersalah .....

andai diri ini bisa dibunuh akan ku bunuh diri ini
andai diri ini boleh diganti akan ku ganti diri ini
tetapi diri ini hanylah biasa tiada mampu mengubahnya
hanya diri ini insan yang sentiasa bernaung tuhan yang esa tidak bisa dibunuh

ya Allah apakah ini dugaan yang bisa mengubah seluruh hidup ku?
atau hanya sebuah coretan-coretan hidup seorang wanita?
atau sebuah kehidupan yang pasti menguatkan iman?
ya Allah ampunilah dosaku ini akibat salah langkahku.

apakah ini cobaan dan dugaan dari Mu akibat kederhakaan ku kepada suami?
ya Allah aku redha jika ini balasannya..

dahlia rohaimi tidak henti-henti berdoa kepada Allah . tangisannya bersesak-sesak memenuhi lengkung pipinya. dahlia rohaimi tidak tahu untuk membicarakan kepada suaminya. adakah patut dia memberitahu suaminya atau hanya sekadar berdiam diri. setelah solat hajat momohon pertunjuk ilahi dia terus menyiapkan makanan untuk bapanya.

semasa makan perasaannya seperti ingin memberi tahu bapanya mengenai kejadian yang menimpanya. dengan berbekalkan semangat yang dia ada di tersus memberi tahu bapanya.

"ayah, ....ayah....uh..uh.."
air matanya terjurai tidak mampu menahan.
"kenapa ni dahlia?"
"ayah...ayah....dahlia...dahlia..."
"kenapa dengan dahlia...."
ayahnya sudah mula risau.
"dahlia diperkosa oleh dahlan....."
terkejut imam karim.
"kau jangan buat cerita dahlia. ayah tak suka kau kaitkan dahlan dalam soal rumah tangga kau"
"betul...ayah..betul..dahlia diperkosa oleh dahlan..."
"ni dah menaikan darah aku nih!!!"
"ayah dahlia dah hilang arah..."
"aku punyalah halang si fakis menyentuh engkau tapi..."

imam karim sudah naik angin. harapkan pagar pagar makan padi. tanpa menghabiskan makanan di pinggannya dia terus menerjah rumah bilal kamil razali.

dahlan sibuk dengan ayam sabungnya yang dimengah-megah.
dihirup air didalam bekas dan disembur-sembur kearah ayam sabungnya yang gagah.
kor!kor!kor!.
dahlan mengagah ayam jantannya di pangkin bawah pohon rambutan.

"dahlan!"
satu takikan parang hampir singgah di kakinya sempat dielak.
"Woi!!! orang tua tak sedar diri...apa masalah aku dengna kau?"
"apa masalah kau cakap? kau dah rosakan anak aku kau cakap apa masalah?"
kekuda imam karim sudah dibuka menandakan dia bersedia bertarung.
"anak kau tu...mmg layak jadi makanan aku..aku peduli apa...."
"kuang hajar,dasar tak kenang budi.."
satu lagi tujahan parang dari imam karim berjaya dielak.

dari jauh....
"woi!!! imam karim"
lebai kami razali menjerit.
"kau gile nak bunuh anak aku.."
"ah!!! anak kau yang gile perkosa anak aku..."

imam karim tidak mampu menahan lagi amarahnya lalu satu lagi tujahan parangnya tepat terkena di tangan kanan dahlan mengelupar dahlan kesakitan.

"kurang hajar. dasar tak kenal di untung"
kamil razali memaki hamun.
dengan satu hembusan daripadanya imam karim pengsan tidak sedarkan diri.

dahlia berdiri diruang tamu seperti orang hilang akal menuggu bapanya yang tidak pulang. airmatanya tidak lagi mampu keluar hanya tawakal kepada Allah. ke hulu ke hilir dahlia mengusung dirinya. tiba-tiba...

"assalammualaikum"
nada suara dari suami tercinta pasti dapat dikenali.
"walaikumsalam...abang fakis..."
berlari dahlia rohaimi mendapatakan suaminya dan memeluk suami tercinta dan tidak lekang dirinya menghiasi pancaindranya dengan air matanya.
"kenapa mimi?"
"ayah..abang..ayah pergi kerumah dahlan tidak pulang...ayah mengamuk disana dengan parang.."
"kenapa boleh jadi macam ini?"
"emm...abang....abang....mimi...mimi..."
"mimi..apa...?"
dahlia terjelopok jatuh longlai dilantai rumahnya yang kian usang.
"kenapa mimi? kenapa?"
"mimi.....mimi....mimi telah di perkosa ileh dahlan abang..."
"astagfirullahhalazim...macam mana boleh jadi macam ini..?"

dahlia menceritakan segalanya dari kisahnya sebelum pergai ke sungai hinggalah ke kediaman amalina mahirah. terkejut juga fakis mutawatir mendengar tentang amalina mahirah. dahlia roahimi juga turut menceritakan tentang hubungan dia dengan amalina mahirah serta siapa rabiatul adawiyya. terkejut dia mendengar segala penjelasan itu. perasan amarahnya tidak mampu ditahan lagi tetapi dia cepat-cepat beristghifar. akan ada satu pertempuran hebat tentang keimanan. dan fakis mutawatir juga tidak lupa memberitahu mengenai angkara siapa bonda tercintanya menjadi sedemikian rupa.

hati lelaki mana tidak perit apabila isteri yang dicintai telah di noda oleh lelaki lain. hati suami mana tidak menangis tika isterinya sudah berbulan dikahwini tidak pernah mendapat sentuhan. merana batin akibat dari itu tetapi apakan daya halangan mertua menjadikan seperti ini. 'assabarratuminaliman' sabar itu sebahagian daripada iman.

dari tadi dahlia rohaimi memerhati suaminya yang dari tadi mengelakan diri daripadanya. mungkin fakis mutawatir jijik dengannya. tidak henti-henti dahlia rohaimi menangis serta beristghfar.

dari jauh fakis mutawatir melihat dahlia rohaimi menagis di dalam biliknya.

aku bukan mengelakan diri daripada mu kerana aku jijik dengan mu tatpi aku mengelak diri daripadamu kerana aku ingin mencari ketenteraman hati aku. memang sakit untuk menerima hakikat hidup ini tetapi aku teringat dengan satu ingatan daripada seorang ustaz kepada aku "Allah tidak melihat pada paras rupa, pangkat,atau apa-apa yang telah dilakukan tetapi Allah melihat iman dijiwa seseorang itu. sedangkan Allah boleh menerima pelacur yang menyelamatkan seekor anjing dengan hanya memberi minum air ini kan kita hanya manusia biasa" disebabkan peringatan ini aku melihat mu umpama bidadari suci. aku menyendiri seperti Rasulullah s.a.w menyendiri ketika Aisyah r.a menerima fitnah oleh orang madinah. difintah menlakukan perkara terkutuk. aku menyendiri kerana aku mengabdikan diri kepada Allah melihat kalam-kalamnya yang maha indah. melihat peringatannya yang bisa melegakan hati ku dalam mendekatkan diri kepadanya. aku berdiam kerana aku melihat kalam Allah yang bermaksud "perempuan yang baik untuk lelaki yang baik.." aku mengamati maksud surah annur ini.

tika dirimu sibuk menyuruh aku menyelamatkan ayahmu..kau menarik-narik tanganku..menagis merayu-rau di kaki ku..tetapi aku menoleh dan melangkah kekamar..bukan kerana aku membenci ayahmu dan diri mu..tetapi diriku bergelumang dengan amarah..tetingat aku tetang kisah saidina Ali ketika dia melangkah dimedan perang dihampir membunuh seorang musrikin lalu musrikin itu meludah mukannya. tika mata pedang sudah menghampiri urat merih dilihir lelaki itu tiba-tiba di berhenti menjunamlan mata pedangnya kerana apa kerana....dia tidak rela membunuh lelaki itu kerana dia dalam keadan marah bukan kerana Allah..sebab itulah wahai sayang ku...

berteleku fakis mutawatir di atas sejadah memohon keberkatan daripada ilahi memohon perlindugan dari ilahi..

malam semakin larut dan imam kamil razali masih tidak pulang. kerisauan dahlia rohaimi dan fakis mutawatir semakin mengugat isi hati. malam itu fakis mutawatir memperkemaskan langkah silatnya untuk bersedia dari kemungkinan yang berlaku. setelah bertahjud fakis mutawatir mebuka langkah persilatannya yang diwarisi daripada bapanya. dari jendela usang dahlia rohaimi memerhati. kedatangan satu lembaga mengejutkan dahlia rohaimi tetapi tidak fakis mutawatir. dialong antara dua dimensi itu berlaku sambil diperhatikan oleh dahlia roahimi yang tiba-tiba turun ke tanah memeluk lembaga itu.

"assalammualikum"
fakis mutawtari memberi salam
"walaikumsalam."
"ina datang disini untuk membantu fakis. ina sudah mendapat kebenaran daripada bondan dan ayaanda untuk membantu fakis."
"fakis harap ina tidak campur urusan fakis dan mereka yang melangga pada hukum Allah."
"tapi...."
"tiada tapi-tapi lagi ina. ini adalah masalah fakis sekeluarga."
"ina adalah kaum kerabat fakis. ibu fakis mak penakan ina dan ina berhak menutut bela"
"ina...tak mengapa ina kaum hawa..biar fakis selesaikan .."
"mereka ada ilmu hitam fakis..."
"mereka tidak mampu binasakan fakis tanpa izzin Allah.."
"benarkanlah ina membantu fakis.."

"benarkan ina membantu fakis mutawatir"
tiba-tiba rabiatul adawiyyah menjelma.
"saya ibu saudara kamu.. rabiatul adawiyyah.."
"mak long....."
fakis datang kearah mak penakannya dan bersalaman.
"amalina mahirah tahu apa yang patut dia lakukan.."

perbualan antara mereka dan segala cerita silam serta kelemahan yang ada pada bilal kamil razali diungkai satu persatu oleh rabiatul adawiyyah. perbualan mereka bersambung sehingga subuh menjelma.
Free Template Blogger collection template Hot Deals BERITA_wongANteng SEO
4 Responses
  1. Fuziani JSR Says:

    Andaikata nanti cerita ini diterbitkan.... jangan lupa bagitau akak keranan akak nak membacanya dalam bentuk satu buku.... lebih penghayatan. Nice story....


  2. immukmin Says:

    hehehe...tq..akak..insyAllah..andai dizinkan oleh Allah..


  3. LadyBird Says:

    :).. mcmn ek kisah seterusnya..
    semakin menarik cerita ni.. turut diselitkan dengan kisah perjuangan sahabat Rasulullah saw... :D

    :D


  4. immukmin Says:

    kak lady..= terima kasih...dan teguran tuh..immukmin senang dengannya..tq..