sebarang penerbitan karya immukmin daripada blog http://coretanhambamu-immukmin.blogspot.com tanpa kebenaran adalah salah sama sekali. tindakan akan di ambil kepada sesiapa yang melakukannya.
adakah aku cintanya? episod 5

Sudah seminggu Anis tidak pulang ke rumah. Aku cuba mencari di rumah ummi.

“Anis telah balik ke sini dan ummi juga sudah mengetahui mengenainya. Anis meminta izin daripada Ramzan untuk keluar negara bersama abangnya.”

“Untuk apa ummi?”

“Mungkin dia mahu tenangkan fikirannya. Ramzan izinkanlah, redha sahaja pemergiannya kerana segala kebenaran adalah datang daripada Ramzan sebagai suaminya.”

“Ramzan izinkan dan Ramzan redha.”

Aku menceritakan segala-galanya kepada ummi. Ummi juga turut menyesal kerana tidak berterus terang. Ummi mahu berterus terang tapi Anis tidak benarkan. Kata Anis, dia mahu berterus terang sendiri. Ummi tidak tahu pula yang semua ini bakal terjadi.

Diriku sudah tidak terurus. Ku hantar Ubaidah ke rumah mama untuk dijaga. Aku tidak mampu uruskan Ubaidah, diri aku sendiri tidak terurus. Malam-malam kau menangis, siang di tempat kerja aku menangis. Setiap kali berqiamullail aku menangis mengingatkan Anis, isteri tercintaku.

“Anis, sayang Abang. Anis, Anis di mana, Anis? Abang mohon maaf daripada Anis. Anis, abang sayangkan Anis. Ya Allah, kau pertemukanlah aku dengan isteriku.”

Aku mengambil keputusan untuk tenangkan diriku. Mencari Anis tiada gunanya. Aku mengambil cuti selama tiga minggu. Aku berehat di rumah mama. Aku tidak mahu terkenangkan Anis tapi gagal. Aku seperti anak kecil yang perlukan ibu. Aku menangis di bahu mama. Mama sendiri tidak mampu melayan kesedihan aku.

Setiap malam aku berqiamullail. Itulah ubat kerinduan aku. Setiap malam jika aku berqiamullail, aku seolah terdengar esakan Anis di sisiku berqiamullail bersama-sama dengan aku dalam mendekatkan diri kepada Allah. Amat damai. Dalam aku berzikir, aku teringat rumah Allah. Aku rindu baitullah. Aku ingin menziarahinya, aku ingin menziarahi pusara Rasulullah s.a.w.

Aku mengambil keputusan untuk mengerjakan umrah. Itulah jalan terbaik dalam mendekatkan diri kepada Allah, mencari ketenangan. Aku sudah berusaha mencari Anis tapi tidak jumpa. Sudah hampir dua minggu. Aku percaya selagi Anis isteriku, pasti dia akan balik kepadaku dan aku yakin isteri yang solehah tidak mungkin akan meninggalkan suaminya.

Dengan izin Allah akhirnya aku sampai ke Makkah, rumah Allah.yang maha indah. Pertama kali aku sampai di sana, aku merasa kagum. Hatiku luluh, mataku menangis. Segala masalahku hilang. Anis hanya cinta dunia. Cinta hakiki di sini, di rumah Allah. Mencari cinta hakiki dalam mendekatkan diri kepada Allah.

Pertama kali melihat Kaabah aku rasa diri seperti sedang terapung-apung di taman-taman syurga. Aku melupai segala-galanya, aku hanya merindui Allah dan aku tidak mahu melihat kesedihan lagi. Tetapi dalam diri yang bergelar manusia perasaan sayang sentiasa menebal.

“Ya Allah, Kau lembutkan hati Anis untuk kembali kepadaku.”

Malam-malam aku di rumah Allah, aku berqiamullail. Setiap hari begitulah rutinku. Andai aku berqiamullail, aku merasakan seperti Anis bersama-samaku dalam mendekatkan diri kepada Allah.

Di Makkah aku telah mengenali seorang rakan yang juga daripada Malaysia. Hadi sentiasa bersama aku. Dia sudah menetap di Makkah sejak kematian bapanya. Dia sangat alim, sentiasa menceritakan kepadaku tentang kisah Rasulullah dan para anbiya. Aku berasa terhibur dengannya.

Kisah cinta Adam dan Hawa, kisah cinta para anbiya yang bercinta kerana Allah, cinta Khadijah dengan Muhammad s.aw, kisah Zulaikha dan Yusof dan macam-macam lagi kisah teladan.

Aku selalu mengerjakan rukun umrah bersama-samanya. Hadi amat tenang, tiada perasaan gundah. Mukanya tenang setenang hatinya. Dirinya sentiasa redha. Aku begitu kagum dengannnya. Bagaimanakah kisah hidupnya? Adakah dia mempunyai seorang isteri? Mungkin dia amat disayangi oleh isterinya. Bagaimana ya?

Setelah melakukan rukun umrah, aku diajak oleh Hadi untuk pergi ke sebuah tempat yang indah katanya. Aku tertanya-tanya di mana. Lalu setibanya aku di situ, aku begitu kagum dengan keindahan tempat itu. Itulah jabal rahmah, tempat pertemuan Adam dan Hawa, kisah cinta silam yang menjadi petanda awal kepada perluasan umat manusia.

Aku bersama-sama Hadi memanjat jabal rahmah sambil mulut masing-masing terkumat-kamit memuji Allah. Sampainya aku di atas, kelihatan beberapa orang manusia yang setia di situ menikmati keindahan ciptaan Allah sambil bertasbih memujinya. Kelihatan juga sepasang lelaki dan perempuan, mungkin suami isteri yang sedang mengingati kisah cinta mereka di atas jabal rahmah. Aku tidak hiraukan mereka. Benakku hanya mengingati Anis dan pada masa yang sama hatiku bersyukur kepada Allah kerana sentiasa dekat dengan diriku di kala susah dan senang. Alhamdulilah, itu yang terungkap pada jambangan mekar hatiku.

Dalam khusyuk aku menikmati ciptaan Allah yang maha indah sambil menghayati tiupan angin timur tengah yang berzikir kepada Allah. Aku mendengar syair yang dilafazkan oleh Hadi. Syair-syair memuji ciptaan Allah dan kecintaannya kepada Allah.

Hati berbisik-bisik dalam menghayatiMu..

Mencari redhaMu ketika kesepian..

Mencari cintaMu di jabal rahmah..

Hati ini berbisik mentaatinya..

Sekian lama hati ini membeku..

Dek dunia yang penuh dusta..

Dek dunia yang penuh fitnah..

Hati ini menghayatimu..

Mencari redha dan kemulian di sisimu..

Mencari sinar cinta yang hakiki di kala kesunyian..

Mencari cinta sejati tak kunjung lupus..

Dunia yang kucari penuh dengan kesakitan..

Namun akhirat tidak pernah menyakitiku..

Aku pasrah dalam puitis-puitis syair ciptaanku..

Ya Rabbi, ya Fatah, ya ‘Alim, ya Rahman, ya Allah…

Hati ini mahukan syurgaMu..

Syurga yang penuh keindahan ..

Tidak lekang dari bertasbih..

Tidak lekang dek sujud..

Penuh keikhlasan..

Namun cinta dunia..

Penuh dengan kesakitan..

Derita yang tidak pernah padam..

Aku merintih..

Agar cinta dunia adalah cinta kemuliaanMu..

Dan cinta dunia adalah bingkis-bingkis cintaMu..

Dan cinta dunia adalah cinta selamanya kekal di akhirat..

Dan itulah cinta Adam dan Hawa…

Tersentuh aku mendengar syair itu. Syair itu juga didengar oleh pasangan yang ada di situ. Mungkin ada yang tersentuh. Ya Allah, sungguh indah cintaMu.

Tiada yang mampu ku ungkap, hanya jernih air mata mengalir di pipi, mengalir tanpa henti. Kutahan tapi tidak terdaya.

“Ya Allah, jadikan cintaku adalah seperti cinta Adam dan Hawa, cinta orang-orang yang soleh.”

Itu sahaja yang mampu terungkap. Tiada yang dapat menghalang. Hadi tersentak melihat aku menangis.

Dia mungkin tahu masalah aku. Dia seorang yang alim, mungkin dia tahu. Yang hanya mampu dia lakukan adalah bersabar. Bersabar menempuh ujian Allah. Anggaplah ujian ini adalah satu cabang ilmu mendekatkan diri kepada Allah.

Sudah genap 2 minggu aku di Baitullah. Rasa sayang untuk meninggalkannya. Rasa amat indah di sini. Aku sayangkan Allah lebih daripada dunia, aku sayangkan Allah lebih daripada segalanya. Ya Allah, satu hari nanti aku pasti kembali ke sini untuk bertemuMu di rumahMu. Sebelum pulang, aku sempat menyinggah di Madinah. Aku solat sunat di hadapan makam Rasulullah s.a.w. Aku tidak pernah lekang berdoa semoga aku dan keluarga berbahagia dan memperoleh syafaat Rasulullah s.a.w dan syurga Allah.

Kembalinya aku di Malaysia disambut oleh mama, abah dan Ubaidah. Aku sungguh gembira berjumpa dengan Ubaidah. Kini hati aku sudah tenang, redha dengan ketentuan Allah. Aku berusaha menyembunyikan kesedihanku. Betul kata mama, apa-apa yang berlaku kembalilah kepada Allah.

Aku tidak terus pulang ke rumah hari tibanya aku di Malaysia. Aku terus ke rumah mama, bermalam di situ. Keesokannya aku balik ke rumah bersama Ubaidah.

Setibanya di rumah, aku lihat di depan rumah ada seorang wanita yang aku kenali, iaitu isteriku, Anis. Dia setia tunggu di hadapan rumah. Aku tertanya-tanya adakah ini benar? Aku keluar daripada kereta. Lalu isteriku menghampiriku dan dibukakan purdahnya.

“Abang, Anis mohon ampun, mohon maaf.”

Itu sahaja yang terkeluar di mulutnya. Mukanya sudah berlinang dengan airmata.

“Sudah lama Anis sampai?”

Itu sahaja yang terluah dari mulutku.

“Dari semalam, Abang.”

“Mengapa tidak masuk ke rumah?”

“Anis tidak masuk sehingga Abang izinkan.”

Itu yang terluah daripada mulutnya. Meruntun jiwaku mendengar bait-bait ayat yang terkeluar dari mulutnya.

Aku menangis. Aku menangis hilang seribu bahasa. Apakah sebenarnya ini? Aku melutut di sisi Anis,

“Maafkan Abang, Anis.”

“Abang, apa abang cuba lakukan ini?”

Anis turut melutut di sisiku.

“Anis bukan raja untuk abang melutut. Anis bukan siapa-siapa. Anis adalah isteri abang untuk selamanya. Maafkan Anis, abang. Andai selama ini Anis menyembunyikan kisah sebenar Anis. Anis mahu ceritakan segala-galanya tapi Anis takut, takut abang memarahi Anis. Maafkan Anis, abang. Cinta Anis hanya untuk Allah dan abang serta Ubaidah.”

“Anis, abang maafkan Anis selama-lamanya. Anis isteri abang selama-lamanya. Anis, puisi indah itu akan abang ingat sampai bila-bila. Abang tidak sepatutnya bertindak terburu. Kasih abang hanya untuk isteri abang. Cinta abang hanya untuk Allah selama-lamanya.”

Cinta aku dengan Anis amat mendalam sehingga aku sendiri tidak terfikir akan memperoleh cinta sehebat ini. Cinta Ilahi yang pertama-tamanya. Cinta Anis sampai ke syurga.

ANIS, ABANG CINTAKAN ANIS DARI HARI DULU SAMPAI KE SYURGA INSYAALLAH.

Ungkapan itulah menjadi nadi cinta aku dan Anis.

Saat indah ini tidak akan aku lupakan. Malam itu aku berehat di beranda rumah.

Sofa panjang sudah tersadai di situ. Ubaidah sudah lama tidur. Aku berbaring di atas sofa sambil melihat bulan penuh. Sungguh indah. Anis datang kepadaku sambil membawa secawan susu.

“Abang minumlah air susu ni, Anis buatkan.”

Lagaknya manja. Kadang-kadang membuatkan aku geram. Aku meminum air susu itu dengan serta merta aku menyembur keluar.

“Anis, ini susu ke air garam?”

Aku mengarunya dengan lemah lembut.

“Kenapa abang? Rasa masin ke?”

“Rasa masin teramat sangat. Anis ni teringat kat siapa waktu buat air susu ni?”

Mukanya sudah kemerahan dia mengambil air itu dan meminumnya.

“Mana ada rasa masin. Manis je Anis rasa.”

Ku ambil gelas itu dan ku cari bekas Anis minum dan ku minum.

“Emm sedapnya. Patutlah tak manis, rupanya Anis tak letak gula tadi sebelum kasi abang minum. Anis kena minum dulu. Itulah gula cinta Anis kepada abang,”

Aku menyakatnya Anis tersenyum malu.

Aku bersantai bersamanya di beranda sambil melihat bulan yang indah ciptaan Allah. Aku mengurai-urai rambut Anis, mencium dahinya dan pipinya. Ku pegang erat tangannya. Ku bisik di telinganya,

“Anis, abang cintakan Anis. Abang cintakan Anis sampai ke syurga.”

Anis tersenyum dan membisik kepadaku.

“Abang, Anis cintakan abang. Cintakan abang sampai ke syurga.”

Malam itu, Allah menjadi saksi percintaan indah antara aku dan Anis. Cinta yang indah selama-lamanya.

“Tamat!”

“Dah habis ke, abang?”

“Dah habislah, sayang. Ini je yang abi dan umi tinggalkan dekat abang sebelum pemergian mereka kembali kepada Allah.”

“Oh, abi dan umi semestinya bahagiakan abang.”

Syasya berasa kagum dengan cerita cinta umi dan abi Ubaidah. Malam pertama mereka diisi dengan cerita cinta umi dan abi.

“Sungguh indah. Mengapa abi tinggalkan diari ini untuk abang?”

“Kata abi sebagai kenangan untuk abang supaya abang tahu yang cinta dunia ini seketika sahaja. Cinta akhirat kekal selamanya. Cinta Ilahi cinta hakiki.”

“Abang, Syasya akan jadi isteri yang solehah seperti umi. Walaupun Syasya pernah berjumpa umi dan abi sekejap sahaja sebelum pemergian mereka, tapi Syasya tahu umi dan abi adalah insan yang soleh dan solehah. Dan Syasya beruntung mendapat suami yang soleh, seorang hafiz al-Quran, penghafaz hadis nabi. Syasya bahagia. Semoga cinta kita sampai ke syurga, insyaAllah.”

“InsyaAllah sayang. Abang juga sayang pada Syasya sampai ke syurga, amin.”

Semuanya datang dari Allah dan kembali kepada Allah.


Free Template Blogger collection template Hot Deals BERITA_wongANteng SEO
0 Responses