sebarang penerbitan karya immukmin daripada blog http://coretanhambamu-immukmin.blogspot.com tanpa kebenaran adalah salah sama sekali. tindakan akan di ambil kepada sesiapa yang melakukannya.
DIMENSI CINTAKU~episod 1~




disubuh yang hening, disaat pagi yang penuh sunyi, semua rumah di Kg.aman masing-masing di ulik mimpi-mimpi indah tetapi tidak dirumah pasangan Zamri dan Rosna. Rumah mereka kelam kabut dek menyambut kelahiran anak sulung mereka. Rosna tenang tetapi Zamri amat risau disaat kelahiran anak sulung mereka tiada yang dapant membantu hanya mereka berdua. Bidan mahupun orang kampung semua tidak hadir memberi bantuan akibat perasaan yang tidak puas hati kepada keluarga yang amat bahagia ini. walaupun tiada kehidupan di Kg.Aman tetapi pasangan ini amat bahagia. merempuh bahtera indah sebagai pasangan suami isteri. walaupun dicemuh dan dimaki oleh orang kampung tetapi mereka redha. setiap pagi kerja Zamri akan ke bendang untuk menguruskan sawah padinya dan sebelum pulang dia pasti singgah dipersisiran sungai untuk membeli dua atau tiga ekor ikan untuk menjadi santapan mereka berdua.

kini disubuh yang hening, hanya kilauan air mata yang terzahir daripada mata zamri. kelahiran anak sulungnya amat menyeksakan tanpa orang yang pandai. puas dia ke rumah mak bidan memujuk dan memujuk mak bidan tetapi tidak dilayan. selama dia hidup dia kampung itu tidak pernah dia dan Rosna melakukan kesilapan malah disaat orang kampung susah dia sering datang membantu tapi sejak kejadian itu, semua berubah. dia dicela dan di maki, kadang-kadang dilepar batu seperti seorang yang bersalah. hanya beberapa orang kampung yang menjadi saksi kejadian itu sahaja yang mempercayai yang semua ini bukan angkara zamri.

"abang jangan risau.....abang boleh menyambut kelahiran anak sulung ini......ana percaya abang"
berpeluh muka rosna menahan perasaan sakit. rosna tahan sakitnya jika diberi tidak kerana melihat suaminya yang resah dan risau sudah pasti dia melolong.

"abang cuba rosna...abang cuba..."
air panas sudah ada disisi. kain batik sudah disedia untuk menyambut kedatangan anak sulung mereka.

"abang...sakit......"
itu sahaja terlahir daripada mulut rosna. kain selimutnya sudah digigit menahan sakita yang teramat sangat.

"rosna,abang dah nampak ana kita...sedikit sahaja lagi. teran rosna.. teran lagi rosan..."
tersenyum zamri. peluh jantannya menitik-nitik..

dipagi yang hening, lahir seorang anak lelaki yang sangat comel. anak yang didambarkan oleh pasangan ini sejak sekian lama mereka berkahwin. sudah pelbagai cara diikhtiarkan berkat usaha dan doa mereka akhirnya lahir seorang anak lelaki yang diberi nama muhammad fakis mutawatir bin zamri.

fakis mutawatir dibesarkan dengan penuh kasih sayang. segala ilmu diberikan daripada rohani sehinggalah jasmani. daripada ilmu dunia sehinggalah ilmu akhirat. selam fakis hidup, dia sering di caci dan di maki. semua orang kampung mengatakan ibu bapanya adalah pengkhianat kampung. pernah fakis bertanyakan kepada ibu bapanya tetapi ibu bapanya hanya menyuruhnya bersabar. kini fakis sudah mencapai usia remaja. sudah pandai berfikir. dia tidak pernah memperduli apa yang di katakan orang. setiap pagi dia akan pergi ke kampung sebelah menuntut ilmu dunia dan ilmu akhirat dan sebelah malam dia mempelajari ilmu persilatan dengan bapanya. pada waktu terluang dia akan sibuk membantu bapanya di bendang. sungguh baik anak ini. anak ini taat kepada ibu bapa dan agamanya. disaat anak-anak muda di kampung itu berhibur dengan aktiviti berlaga ayam tetapi tidak kepda fakis hidupnya hanya ingin mencari jalan kebenaran.

disaat 1/3 malam, dia sering bermunajat kepada Allah. bertasbih dan bertahmid. itu yang diajar oleh ibu bapanya sejak dia kanak-kanak lagi. di rasa tidak tenteram jika tidak bangun menghadap ilahi disaat manusia sibuk mencari kepuasan tidur lena. hatinya aman walapun tidak mempunyai kawan seusianya tetapi dia redha dengan ketentuan ilahi. setipa malam dia akan bangun menghadap ilahi dan setiap itulah pasti.... pasti dirinya seolah-olah diperhatikan oleh seseorang. pernah sekali dia mencari tetapi gagal menemui.

pagi itu fakis mutawatir bersiap-siap untuk kesungai bukan untuk menagkap ikan atau memancing tetapi ingin memusakan hatinya melayari keindahan ciptaan Allah. mecari ketenangan melihat kejernihan air sungai dan ikan-ikan kejar mengejar disamping membersuhkan dirinya.

fakis mutawatir turun ke sungai untuk mandi tiba-tiba..

"tolong! tolong!"
jeritan seorang wanita yang tidak dikenal pasti. fakis mutawatir mencari suara itu tetapi tidak tahu dimana suara itu..

seorang gadis hanyut dibawa arus. diselamatkan gadis itu.
gadis itu sangat dikenali. anak imam karim. tiba-tiba riuh suara orang kampung terkocoh datang melihat perkara sebenar. akibat daripada itu fakis mutawatir dituduh cuba meperkosa anak imam karim, padahal tidak sedikit malah secebis bukti yang menunjukan fakis mutawatri cuba mengperkosa anak imam karim.

dahlia rohaimi masih berpakaian sempurna. masih berjilbab dan dan sempurna pakaiannya. fakis mutawatir menyelamatkan dahlia rohami tetapi di tuduh memperkosa. dahlia rohaimi masih pengsan. mukanya pucat. imam karim hanya bersabar menuggu dahlia rohaimi sedarkan diri. rosna dan zamri tenang menghadapi segalanya. rosna dan zamri meminta izin pulang kerumah dan keluarga itu mengatakan dia pasti akan bertanggungjawab.

"abah dah kata!! jangan kau terlibat dengan orang kampung ini"
lima jari zamri singgah di muka fakis mutawatir.

"abah, fakis tak buat! ini smua fitnah abah! fitnah!"
esakan fakis bukan kerana sakit tetapi keran kecewa dengan dirinya sendiri. tikda mempu mejaga nama baik keluarga walaupun nama baik itu sudah lama tercemar dek perisitwa lampau.
rosan hanya mendiamkan diri. dia tidak akan campur urusan suaminya.

satu kampung aman heboh mengenai fakis mutawatri telah meperkosa dahlia rohaimi. imam karim terlalu malu mengenai fitnah yang tersebar. kamil razali antara manusia kejam yang sering memporak perandakan keluarga zamri. dari zaman zamri seusia fakis mutawatir, kamil razali punca segalnya berlaku sehingga hari ini keluarga zamri yang dipersalahkan. kamil razali yang menabur segala fitnah. baik dikedai kopi mahupun di masjid, mulutnya tidak pernah luntur untuk menabur fitnah. gelaran sebagai lebai kamil razali amat tidak layak untuk dirinya. disebabkan sudah berkurun lamanya keluarga zamri dipersalahkan, jika sebab setitik nila habis susu sebelanga. tidak hairanlah jika segala fintah yang ditaburkan oleh lebai kamil razali kepada keluarga zamari dianggap satu kemulian.

malam itu fakis mutawatri bangun berqiammulai seperti hari-hari biasa tetapi hari ni lain daripada yang lain. deruan airmatanya kian deras dek kejadian fitanah melanda dirinya teringat dia akan cerita gurunya tentang fitnah siti Aisayah r.a. difitnah melakukan perkara sumbang di belakang Rasulullah s.a.w . difitnah melakukan zina dengan sahabat nabi sendiri iaitu safwan. menangis siti Aisayah menunggu wahyu dari Allah untuk menperjelaskan perkara sebenar dan akihrnya turun wahyu daripada Allah dalam surah annur ayat 23-26

[23]
Sesungguhnya orang-orang yang menuduh perempuan-perempuan yang terpelihara kehormatannya, yang tidak terlintas memikirkan sebarang kejahatan, lagi yang beriman, akan dilaknat (oleh Allah) di dunia dan di akhirat dan, mereka pula akan beroleh azab seksa yang besar;
[24]
Pada hari lidah mereka dan tangan mereka serta kaki mereka menjadi saksi terhadap diri mereka sendiri, tentang segala yang mereka lakukan.
[25]
Pada hari itu Allah akan menyempurnakan untuk mereka balasan (azab seksa) yang berhak mereka mendapatnya, dan mereka pula akan mengetahui bahawa Allah ialah Tuhan Yang Maha Adil, lagi nyata keadilanNya.
[26]
(Lazimnya) perempuan-perempuan yang jahat adalah untuk lelaki-lelaki yang jahat, dan lelaki-lelaki yang jahat untuk perempuan-perempuan yang jahat; dan (sebaliknya) perempuan-perempuan yang baik untuk lelaki-lelaki yang baik, dan lelaki-lelaki yang baik untuk perempuan-perempuan yang baik. Mereka (yang baik) itu adalah bersih dari (tuduhan buruk) yang dikatakan oleh orang-orang (yang jahat); mereka (yang baik) itu akan beroleh pengampunan (dari Allah) dan pengurniaan yang mulia.

menangis sekali lagi fakis mutawatir. tidak henti-henti dai berdoa kepada Allah

"ya Allah, Kau tunjukkanlah jalan yang lurus kepada penfitnah yang menfitnah aku. peliharalah mereka ya Allah. kurniakan taufik dan hidayah Mu... ya Allah jika jodoh aku adalah Dahlia ruhaimi aku redha ya Allah. sesungguhnya aku percaya dengan ayat-ayat Mu.."

menagis teresak-esak fakis mutawatir. tidak bisa diberhenti. sedang khusuyk dia bertasbih dan bertahmid kepada Allah. tiba-tiba dia mendengar satu suara menangsi. menangsi bersama-samanya. setiap kali dia berqiammulai pasti ada seperti yang menemani. kali ini dia bertekad mencari kebenaran. gerangan siapa yang selalu mengintainya disaat dia sedang mengabdikan diri kepada Allah. kali ini dia mengatur langkahnya dengan penuh hati-hati.

kedengaran tangisan itu semakin deras tetapi fakis mutawatir tidak mengendahkan. dia kembali bertasbih kepada Allah. kadang-kadang terasa seram sejuk dibuatnya. tangisan itu mendayu-dayu tetapi bunyinya gersik merisik memcah kesunyian. sedang rancak tangisan itu, fakis mutawatir lekas-lekas bertindak. pergerakannya sebagai seorang persilat diatur untuk memastikan musuh atau sesiapa tidak mengetahui kehadirannya.

sepantas kilat fakis mutawatri mengejar tangisan itu, daripada beranda rumahnya dilompat terus ketanah. satu lembaga ligat mearikan diri. fakis mutawatir tekad untuk mengejar lembaga itu sudah sekian lama dia mencari siapa yang sering mengaggunya disaat dia sedang mengabdikan diri kepada Allah. semakin dekat semakin jelas siapa geragan lembaga itu. sampai sahaja disungai lembaga itu cuba melompat didalam sungai tetapi tidak berjaya keran kakinya berjaya dicapai oleh fakis mutawatir.

ditarik tangan lembaga itu. seluruh badan lembaga itu dibaluti dengan pakaian yang beerwana hitam kepala dan mukanya turut ditutup tetapi fakis mutawatir tahu lembaga ini adalah manusia. manusia yang hebat, hebat dalam ilmu persilatan sepertinya tetapi dia pelik kerana lembaga itu tidak bertindak tetapi menyerah diri sepenuhnya kepada fakis mutawatir.

"siapa gerangan kamu yang sering menganggu aku!"
fakis mutawatir menyoalnya tetapi lembaga itu hanya mendiamkan diri..
sekali lagi fakis mutawatir menyoalkan soalan yang sama.

"siapa geragan kamu?"
masih tidak menjawab. fakis mutawatir tidak bolhe barsabar lagi. ditarik kain yang membaluti muka lembaga itu dengan bertemankan cahaya bulan malam di tepi sungai itu...

"subahanAllah.."
terkejut fakis mutawatir sehingga melepasakan lembaga itu dan dia terduduk. tidak mampu berkata apa-apa. diam seribu bahasa...


Free Template Blogger collection template Hot Deals BERITA_wongANteng SEO
4 Responses
  1. LadyBird Says:

    siapakah lembaga itu?
    nanti kaalu episode seterusnye dh siap bgtahu lady yer.. :).. cite ni best :)


  2. immukmin Says:

    insyaAllah...ladybird...insyaAllah..nnt akan diberi tahu.....


  3. kiwi Says:

    nti lps final kiwi dtg bce sini k..^^


  4. immukmin Says:

    kiwi...tak mengapa...fokus dalam..exam luh...insyallah...usaha dan tawakal..insyallah berjaya..