sebarang penerbitan karya immukmin daripada blog http://coretanhambamu-immukmin.blogspot.com tanpa kebenaran adalah salah sama sekali. tindakan akan di ambil kepada sesiapa yang melakukannya.
DIMENSI CINTAKU~episod 2~

"bonda, bonda tahu cerita 18 tahun lepas? bonda tahu?"
amalina mahirah menyoal bondanya yang sibuk di taman bunga di perkarangan istana yang tersegam indah. bunga-bunga pelbagai jenis bertebaran dan kembang mekar di taman itu. ada sebuah tasik yang penuh dengan bunga teratai dan kadang-kadang angsa putih menyingah menghiasi tasik itu.

"jangan ditanya pada bonda. bonda tiada kuasa untuk menceritakan kepada anakanda. ayahanda pasti murka jika rahsia ini di dedahkan."

ringkas rabiatul adawiyyah memberitahu kepada amalina mahirah anak kedua dan anak perempuan tunggalnya.

"tapi bonda?"
"tiada tapi-tapi lagi! bonda tegas tetang cerita silam itu."

amalina mahirah cuba mencari atau menyelesaikan teka-teki itu.

masih segar dalam ingatanya tentang seorang budak lelaki yang sebaya dengannya. dilihat betul-betul dihadapannya, dibunag didalam telaga buruk. tidak tahu apa salah budak itu sehinggakan manusia disekelilingnya sanggup menyumpah seranahnya. seorang anak kecil yang tidak bersalah dan tidak mengetahui pokok pangkal jalan hidupnya di bunag didalam telaga buruk.

cerita itu sudah berlalu beberapa tahun yang lalu disaat dirinya sebaya dengan budak lelaki itu. menangsi budak itu keseorangan didalam telaga buruk itu. amalina mahirah tidak mampu menahan perasaan belas kasihan terhadap budak lelaki itu. sudah acap kali ayahandanya memberitahu supaya tidak bersekongkol dengan orang luar tetapi disebabkan kasihnya terhadap budak lelaki itu dibantu dengan menggunakan tali. setelah itu dia lari menghilangkan diri walupun dia tahu budak lelaki itu sedang mencarinya mungkin untuk berterima kasih.

amalina mahirah khusyuk mengaji. dibelek-belek surah yussof. teringat kisah nabi yussof yang di buang didalam telaga buruk sekaligus teringat kepada budak lelaki itu. budak lelaki itu sudah pasti fakis mutawatir. seorang budak yang begitu baik tidak pernah menyusahkan orang malah banyak membantu tetapi di layan seperti binatang.

kejadian malam itu membuatkan fakis mutawatir terpaku. lembaga yang selama ini mengganggunya adalah seorang perempuan. perempaun yang dia sendiri tidak mengenali.
lamunannya terhenti.

"fakis, abah dah buat keputusan yang kamu perlu berkahwin dengan dahlia rohaimi. walaupun kamu tidak setuju, abah tetap memaksa kamu."

agak tegas teguran zamri tetapi fakis mutawatir faham situasi sebenar.

"abah, fakis redha dengan apa yang telah menimpa. jika ditakdirkan jalan hidup fakis sebegini fakis redha. sesungguhnya Allah maha mengetahui tentang jalan hidup fakis."

walaupun terlahir nada sedih tetapi fakis mutawatri tetap akan meneruskan pernikahanya dengan dahlia rohaimi.

rosna hanya berdiam diri. dia tahu anaknya sering berteleku dihadapan Allah diwaktu malam dikal orang nyeyak dibuai mimpi. rosna tahu anaknya sering menangis megenangkan nasibnya yang difitnah. malah rosna tahu dan zamri juga tahu yang anaknya tidak akan melakukan perkara yang dilaknat oleh Allah.

masih segar dalam ingatan zamri disaat dia menasihati fakis mutawatir.

"fakis ingat ayat Allah .: la takqrabul zina. maksudnya jangan kamu menghampri zina. Allah melarang kita menghampiri zina. menghampirinya sudah dimurkai ini pula melakukannya. abah harap fakis faham."

"abah sesungguhnya fakis amat takut akan kemurkaan Allah. fakis tidak akan pernah menghampiri malah melihatnya juga tidak"

itulah pengakuan fakis dihadapan ayahnya.

fakis redha atas ketentuan Allah.

pada pagi yang cukup indah itu. fakis mutawatir dan keluarganya telah pergi menemui imam karim dirumahnya. tidak pernah mengenali dahlia rohaimi. tidak pernah bersua malah tidak pernah berkata-kata atau berbicara. hari ini, fakis mutawatri perlu mengharunginya. disaat dirinya yang belum bersedia menempuh alam pernikahan.

"bila kita boleh mulakan pernikahanya imam"
ringkas zamri berbicara.

"aku lah zamri,kalau tidak disebabkan anak engkau cuba memperkosa anak aku, tidak kau berkenan untuk bermenantukan si fakis ini."

balasan pertanyaan itu,membuatkan rasa sakit pada hati zamri tetapi dia tetap bersabar. beristghfar. tidak dia percaya seorang imam yang dihormati sanggup berbicara sedemikain. dia tahu manusia tidak sempurna.dia tahu manusia juga punyai kelemahan.

"imam, saya tidak mahu perkara ini diperbesarkan. cuma saya ingin tahu bila kita boleh menikahkan mereka berdua."

zamri mengulangi pertanyaannya. fakis mutawatri geram tetapi dia diam bersabr. rosan pula tabah menghadapi segala cerca.

"aku putuskan, malam ini aku nikahkan mereka berdua."
"dan mahranya adalah......"
rosan menanggalkan sebentuk cincin pada jarinya yang telah lama disimpannya. cincin yang penuh dengan sejarah hidupnya. hanya zamri sahaja mengetahui tentangnya.

"cincin ini. cincin ini mahar untuk perkahwinan mereka."
cincin emas yang indah. dibaluti dengan berlian putih dan mutiara hitam.

tepersona imam karim melihatnya. sungguh cantik berkilat. tidak pernah dilihat cincin secantik ini.

"baiklah aku setuju tetapi ada syaratnya."
"apa syaratnya?"
"fakis kena tinggal dirumah ini sehingga dahlia rohaimi melahirkan anak sulungnya."
"saya setuju dengan cadangan itu."
perbualan mereka terhenti disitu.

perkahwinan yang serba kekurangan itu sudah cukup untuk menutup segala aib keluarga zamri tetapi keluarga itu pasti merasai kehilagan anak kesayangannya.

malam pertama fakis mutawatir dengan dahlia rohaimi tidak seperti malam pengantin yang lain. tiada apa-apa yang berlaku. masing-masing hanya mendiamkan diri. malam yang hanya dialaskan dengan tikar mengkuang dan dia biji bantal dan sehelai selimut. fakis mutawatir hanya mendiamkan diri begitu juga dengan dahlia rohaimi, sunyi tanpa suara. fakis mutawatir tidak pernah melihat wajah isterinya dengan lebih jelas hanya sekilas pandang dan malam ini kedua-dua mempelai hanya membisu. malam yang indah bagi mempelai-mempelai lain tetapi bagi mereka hanya kelu seribu bahasa tiada tindakan sebagai seorang suami isteri. malam itu fakis mutawatir keluar dari bilik. dia berasa rimas dengan keadaan dia sekarang. keluar dari rumah imam karim dan melabuhkan punggunya di pangkin tepi bendang kepunyaan imam karim.

ditilik keindahan ciptaan Allah. malam itu seperti malam-malam lain tetapi malam ini dia berasa kekurangan kerana mugkin di rumah yang baru. sambil-sambil dia melihat cipataan Allah. melihat langit, bintang-bintang dan bulan sambil bertasbih dan memuji-muji Allah. tapi yang kekuranganya adalah tiada orang yang menggangu seperti malam lain. tiada gadis yang bernama amalina mahirah.

"siapakah geragan saudari sebenarnya?"
terkejut fakis mutawatri yang sering meganggunnya adalah seorang wanita.
"minta maaf fakis mutawatir.nama saya amalina mahirah."
ringkas pegenalannya dan dia terus berlalu daripada itu.

megelamunya entah kemana sehingga tidak sedar kehadiran dahlia rohaimi disisi.

"saya...saya..."
itu sahaja yang terluah dari bibirnya.
"saya faham dahlia rohaimi. saya tidak salahkan awak."
fakis mutawatir jawab dengan ringkas.
"saya tidak mampu untuk bersuara abang. maafkan saya."
pertama kali dahlia rohaimi membahasakan fakis mutawatir sebagai abang. mimik muka fakis mutawatir berubah tetapi dia bua tak endah.
"abang..."
agak kekok penggunaanya.
"abang tidak salahkan mimi...abang tahu ini suratan takdir dan memang ditakdirkan oleh Allah yang abang adalah suami kepada mimi."
dahlia rohaimi merasakan tiba-tiba degupan jantungnya kencang. penggunaan mimi dirasakn begitu istimewa.
"abang, mimi mohon ampun.. mimi tidak mampu bersuara..mimi bersalah, maafkan mimi abang."
"tiada apa yang perlu dipertikaikan lagi dan yang penting kita sah menjadi suami isteri."
mengalir air mata dahlia rohaimi mendengar penerimaan fakis mutawatir.

fakis mutawatir menarik badan dahlia rohaimi mendekatinya. dipeluk bahu dahlia rohaimi dan terasa airmata menitik dibahu fakis mutawatir. malam itu tiba-tiba hati fakis mutawatir berbunga-bunga baru dia merasakn ada isteri disisi.

menitis-nitis air mata amalina mahirah melihat situasi itu. seorang lelaki yang dirasakan amat dicintai kini milik orang lain. kehadiran amalina mahirah pada malam itu tidak diketahui oleh fakis mutawatir. dari jauh amalina mahirah melihatnya. penuh syahdu, percintaan yang hanya hidup didalam hatinya hanya sengketa berbisa yang tidak bisa diungkap. airmatanya turuk mengalir bersama deruan malam yang menemaniya. saat-saat dan detik-detik sedih itu hanya amalina mahirah sahaja yang menanggungnya.

disaat fakis mutawatir sedang merasakan saat indah bersama-sama dahlia rohaimi dari jauh amalina mahirah melihatnya dengan tangisan pilunya dan disaat itu dia berdoa.

"ya Allah aku redha dengan segala kehendakmu dan aku redha dengan segala aturanMu. andai aku tidak bisa mendapat cinta lelaki yang soleh ini cukuplah cintaMu sebgai peneman diriku.."
Free Template Blogger collection template Hot Deals BERITA_wongANteng SEO
10 Responses
  1. LadyBird Says:

    kesian kat wanita itu :(


  2. immukmin Says:

    tq. kak lady bird sudi...membaca untuk episod 2..emm..kalu diikutkan..mmg kesian..ttp.....
    nntikan episod 3...


  3. TS Says:

    I.Allah..jika ade jodoh mereka xkemana kn...baru berkesempatan mmbace episod 2..


  4. immukmin Says:

    iEyla... emm...setiap apa yg berlaku ade hikmah


  5. Bagus ceritanya... menyentuh hati..



  6. immukmin Says:

    fuzaini jsr: terima kasih ukhti sbb sudi membaca karya saya...insyAllah...hari ini..sy postkan episod 3...perjalanan cerita mmg..agak sedih...insyAllah percintaan yg penuh ranjau


  7. immukmin Says:

    eyqa: tq...hehhee =)


  8. hehe..pandai gak ek kau tulis cerita:)
    besttttt.
    thumbs up!


  9. immukmin Says:

    nau:tq..hehe..masih mentah lagi..hohoho