sebarang penerbitan karya immukmin daripada blog http://coretanhambamu-immukmin.blogspot.com tanpa kebenaran adalah salah sama sekali. tindakan akan di ambil kepada sesiapa yang melakukannya.
DIMENSI CINTAKU~episod 5~


setiap malam sudah tentu dahlia rohaimi bermimpi, bermimpi memasuki satu alam yang lain. alam yang indah, cantik boleh diumpamakan syurga, subahanAllah itu sahaja berulang-ulang kali dia mengutarakan di dalam benaknya. setiap hari mimpi itu umpama sambungan seperti episod sebuah cerita seperti ada sesuatu yang perlu diungkai hanya yang mampu di tunggu setiap hari untuk mengetahui sambungannya. sudah hampir setahun dia berkahwin dengan fakis mutawatir dan sejak dari itu lah mimpinya bermula. masih segar dalam ingatanya pada hari pertama dia bermimpi. berjumpa dengan seorang gadis yang kelihatan masih kecil sedang ligat bermain. pakaiannya sangat indah. dahlia rohaimi masih memikirkan siapa geragan anak kecil ini. di tegur tetapi tidak dijawab. malah dirinya umpama bayang-bayang yang memasuki satu dairi manusia yang bergamabar. setiap hari anak kecil itu semakin membesar.

membesar dan menjadi seorang gadis tetapi malangnya wajah gadis itu tidak pernah jelas dalam mimpinya. ada yang menghalang. gadis itu sentiasa bersama seorang lagi saudara perempuannya. kemana-mana mereka pasti bersama. kasih sayang mereka dapat digamabarkan melalui perwatakkan mereka. sampai satu saat berlaku satu pergaduhaan besar antara dua beradik ini bukan disebabkan masalah keluarga tetapi masalah lelaki. si adik mencintai lelaki yang bukan dari kalangannya.

sudah berhari-hari mimpi itu tidak menjelma lagi. dahlia rohaimi masih menuggu mimpi seterusnya tetapi malangnya sudah hampir seminggu mimpi itu tidak menjelama. apa kaitan mimpi itu dengan dirinya dan selama dia bermimpi, dia merahsiakan segala mimpinya kepada suami dan ayahnya.

pada suatu pagi yang hening, sedang asyik dahlia rohaimi menyapu halaman rumah tiba-tiba;

"assalmmualikum cu...."
"waalaikumsalam.."
ringkas dahlia rohaimi menjawabnya tertanya-tanya dari mana nenek ini datang.
"nenek mahu bertanya arah. dimana arah untuk ke sungai?"
"di sana"
dahlia rohaimi menujuk arah sungai.
"terima kasih....cu,...cincin yang cu pakai itu..serupa dengan nenek..."
nenek itu menunjukan cincin yang dipakai. agak terkejut dahlia rohaimi.
"kepunyaan siapa? "
nenek itu bertanya lagi.
"ini cincin kahwin saya. pemberian ibu mertua saya."
nenek itu sayu melihat cincin itu.
"kenapa?"
dahlia rohaimi bertanya lagi.
"emmm..tiada apa-apa...nenek harap cu..dapat menjaga cincin itu betul-betul..mungkin cincin ini sangat istimewa buat ibu mertua cu.."
"emm...sudah tentu saya menjaganya..kerana ibu mertua saya itu terlalu baik...terlalu baik dan saya tak boleh gambarkan kebaikannya"
"emmm...titipkan salam nenek kepadanya...cu. nenek beransur dulu.."
mereka bersalaman dan nenek itu terus pergi dari situ...

dahlia rohaimi tertanya-tanya siapakah nenek itu? dan apakah kaitan antara mak rosna dengannya? tidak terlintas dibenaknya untuk menanyakan soalan kerana takut dianggap tidak sopan.

pagi ini dahlia rohaimi berkesempatan mengunjugi ibu mertuanya. ibu mertuanya sibuk mengayam tikar mengkuang. cantik anyamannya halus dan kemas.

"assalmmualikum mak"
dahlia rohaimi memberi salam . sudah kebiasaan dahlia rohaimi akan terus ke pintu dapur keran ibu mertuannya memang kerap menghabiskan masa didapur. ada sahaja kerja yang dilakukan daripada mengayam tikar,bakul hinggalah menjahit pakaian.

rosna bingkas bangun menyambut kedatangan menantunya. rumahnya tidak pernah mendapat kunjungan jiran tertangga tetapi setelah fakis mutawatir berkahwin dengan dahlia rohaimi, rumah itu selalu mendapat kunjungan daripada menantunya. terhibur rosna dengan kunjungan itu.

"waalaikumsalam...dahlia...mari masuk"
gembira rosna dengan kedatangan dahlia rohaimi, ada juga teman untuk berborak.

"mak apa khabar? sihat?"
dahlia rohaimi bertanya sambil bersalam dan memeluk ibu mertuanya.

"alhamdulilah, mak sihat sahaja..dahlia apa kahbar? fakis?"
"alhamdulillah semua sihat mak. mak dahlia ke sini ada satu perkara ingin diberitahu."
"ada apa?"
"pagi tadi..ada seorang perempuan tua..datang bertanya arah sungai dan secara tidak sengaja ternampak cincin ini..dan dahlia lihat cincinnya serupa dengan cincin mak. dia suruh dahlia menyampaikan salamnya kepada mak...emm..adakah emak mengenali perempuan tua itu..."

termenung rosna mendengar cerita dahlia. seakan-akan dia kenal siapa wanita tua itu. seakan-akan dia tahu siapa wanita tua itu. lamunan rosna terhenti setelah dipanggil beberapa kali oleh dahlia.

"mak kenal, siapa dia?"
rosna hanya menggelengkan kepalanya. dia tidak mahu mengungkit peristiwa lama. biarlah hanya dia dan suaminya mengetahui mengenainya.

sedang khusyuk dua wanita ini bersembang tiba-tiba, tubuh rosna mengeletar tidak henti-henti. tubuhnya seperti terkena kejutan elektrik. buih mula keluar dari mulutnya dan matanya mula merah.

"mak!mak!"
dahlia mula kelam kabut. tiada apa yang mampu dilakukan.

"tolong!tolong!"
jeritannya melolong-lolong di dalam dapur itu. kepala rosna sudah diriba dahlia rohaimi. menangis dahlia rohaimi.
"tolong!tolong!"

dari luar, zamri yang kebetulan pulang dari bendang terkocoh-kocoh masuk ke dapur.

"kenapa ni?"
"tak tahu abah...tiba-tiba....tiba-tiba...mak menggeletar..."

zamri tidak tahu apa yang patut dilakukan. dia hilang akal....
getaran itu tiba-tiba berhenti dan rosna pengsan tidak sedarkan diri.

*************************************************************
"hahahahahaahaa"
berdekah-dekah sang penyihir ketawa
"aku tahu siapa engkau sebenarnya, tiada pendiding lagi...bodoh rosna..kau memang bodoh...sekarang..zamri..kau pasti menyesal dan akan datang tunduk kepada aku...."
sang penyihir tidak mampu mengawal perasaan marah lagi.
"gubra!....kau lakukan yang terbaik....nah, ini habuan kau."
sang penyihir mencampak janin bayi kepada targhut suruhannya. targhut yang digunakan bukan seekor malah lima ekor untuk melunaskan rosna. dengan pemujaan keris warisan kepunyaan imam karim, sang penyihir berjaya merobohkan pendinding yang ada pada rosna.

"lepas ini giliran engkau zamri dan anak lelaki kau "
ancaman itu membuatkan perasaan syaitan yang ada dalam diri sang penyihir membara.

*****************************************************************************
terkejut dengan berita itu, fakis mutawatir terus ke rumah maknya. sayu melihat maknya seperti mayat hidup. matanya terbuka tetapi tidak bergerak malah warna mukanya sudah bertukar menjadi warna kuning. terkejut zamri melihatnya. tidak pernah dia melihat kejadian seperti ini.

berjurai air mata fakis mutawatir melihat keadaan ibunya dan dahlia rohaimi setia menunggu disamping suaminya.

malam itu, fakis mutawatir bercadang bermalam dirumah maknya dan dahlia rohaimi di suruh oleh imam karim pulang. imam karim tidak mahu anaknya terlibat dalam masalah keluarga ini.

malam itu, fakis mutawatir bersungguh-sungguh beribadat mendekatkan diri kepada pencipta. kesedihanya tidak tertanggung lagi,sedih mengenangkan nasibnya sendiri dan kejadian yang menimpa ibunya.

malam itu, fakis mutawatir menangis,tidak henti-henti dan esakannya semakin deras menyebabkan zamri turut terjaga dari tidur tetapi di hanya mampu melihat keadaanya anaknya. fakis mutawatir khusyuk memohon bantuan daripada Allah semoga ibunya selamat daripada musibah yang menimpa.

kehadiran amalina mahirah malam itu dapat dirasai oleh fakis mutawatir.

"assalmmualaikum"
fakis mutawatir memberi salam kepada saudari yang dari tadi mengintainya.

"em...em...walaikumsalam"
malu amalina mahirah atas tindakannya yang dirasakan seperti mengganggu fakis mutawatir.

fakis mutawatir bangun dari tempat solatnya dan terus membuka pintu rumahnya. dia keluar ke beranda rumah kayunya yang usang. ternampak kelibat amalina mahirah yang sedang duduk di hadapan tangga rumah kayunya yang usang. malam itu amalina mahirah berpakaian indah. umpama seorang bidadari. berjuba putih dan berjilbab labuh serta memakai mahkota menghiasi kepalanya. amalina mahirah bercahya dengan bunsan muslimah itu. memang diakui sendiri oleh rabituladawiyyah bonda kepada putri tunggalnya ini yang amalina mahirah ini adalah seorang yang alim tidak pernah meninggalkan solat tetapi sejak akhir-akhir ini perwatakan amalina mahirah berubah. dia lebih suka bersendirian dan suka berjaga malam.

jauh amalina mahirah merenung.

"tidak manis seorang muslimah keluar malam dan tidak manis kita berdua-duaan disini..kelak di fitnah"
"tidak ada apa yang perlu ditakutkan sebab manusia biasa tidak boleh melihat saya"
amalina mahirah mula membuka identiti sebenar.
"apa maksud kamu?"
tenang fakis mutawatir mengungkap kekusutan penjelasan itu.
"sebab saya makhluk Allah yang di tutup hijabnya dan hanya manusia yang di izinkan oleh Allah sahaja mampu melihat saya."

fakis mutawatir pening dengan penjelasan itu.
"saya adalah manusia halus"
amalina mahirah menjelaskan lagi. terkedu fakis mutawatir, halkumnya bergerak tanda dia menelan air liur. mungkin dia takut atau dia kagum.

"subahanAllah maha suci Allah."
itu sahaja yang bisa terungkap dari bibir fakis mutawatir.

memang tidak dinafikan lagi kecantikan wajah amalina mahirah memang tiada bandingnya dengan gadis-gadis dikampung ini. dan memang tidak dinafikan lagi jika amalina mahirah adalah orang halus.

"jangan takut fakis mutawatir, amalina datang disini bukan untuk menakutkan fakis tetapi ingin memberi tahu hal yang sebeanarnya."
"apakah itu?"
"yang sebenarnya, amalina mahirah adalah ina. ina kawan fakis mutawatir sejak waktu kecil lagi."
terkejut fakis mendengar pengakuan itu.
"ina? ina......"

perpisahan ina dan fakis mutawatir berlaku sejak kecil lagi. ina dilarang oleh ayahandanya dan bondanya berjumpa dengan fakis mutawatir ketika usia mereka mula mencecah remaja. rabiatul adawiyyah terlalu pelik melihat anak gadisnya kerap kali keluar dari istana pada waktu malam. apabila ditanya pasti amalina mahirah mengelak dan tidak menjawab soalan itu. kemusykilan itu telah membawa kepada kerisauan kepada bondanya. pada suatu malam, rabiatul adawiyyah mengintip amalina mahirah dan terkejut dengan gamabran yang dilihatnya. amalina mahirah menemani fakis mutawatir pergi menimba ilmu agama pada waktu malam dan setiap kali itu fakis mutawatir dituduh sebagai orang gila kerana sering bercakap seorang. disebabkan persahabatan antara dua manusia yang berbeza asal usul, rabiatul adawiyyah dan suaminya menghalang. sejak pada malam itu, amlina mahirah tidak dibenarkan berkawan dengan fakis mutawatir.

segala diceritakan kepada fakis mutawatir.
"ina, fakis minta maaf andai selama ini, fakis ada melukai ina. fakis bukan tidak ingat tetapi fakis tidak boleh mengecam ina dengan wajah yang indah ini. wajah ina sudah berubah. bukan macam dulu lagi."
"tak mengapa, ina faham. ina amat terharu dengan kejadian yang menimpa bonda fakis dan sebenarnya, ina tahu siapa yang melakukan kelakuan mungkar yang dilarang dan di laknat oleh Allah ini. sebenarnya bonda fakis telah disihir"

tiba-tiba suasana menjadi sunyi. hanya unggas malam yang berbunyi sayup-sayup mengerti dan mengiakan segala perkataan yang disusun oleh amalina mahirah.

"tapi kenapa ina...tapi kenapa....kenapa???"
pertanyaan itu juga tidak mampu dijawab oleh amalina mahirah.

"ini semua angkara peristiwa 18 tahun lepas dan orang yang menggunakan sihir itu adalah bilal kamil razali.."
terdengar nama itu, membuatkan fakis mutawatir tidak mempercayai.
"mana mungkin orang yang taat pada agama menjadikan targut sebagai pembantunya. nauzubillahhiminzaliq"
"bila dendam sudah kuasai diri, tiada yang mustahil wahai fakis mutawatir. sebenarnya sudah lama lebai kami razali tidak menjadi bilal di masjid."
"betul in, baru fakis perasan. selama fakis berjemaah di masjid fakis tidak pernah nampak kelibat lebai kami razali"
"dia dah tersasar pada jalan Allah fakis."
"ina, fakis akan uruskan dia."
"jangan fakis, biar ina siasat dulu daripada bonda dan apabila sudah pasti baru kita sama-sama bertindak."
"apa yang bonda ina tahu?"
"bonda ina tahu segala-galanya dan dia merahsiakan segalanya kepada ina tetapi ina akan pastikan yang bonda akan memberitahu kepada ina mengenai peristiwa 18 tahun lepas"

Free Template Blogger collection template Hot Deals BERITA_wongANteng SEO
3 Responses

  1. LadyBird Says:

    semakin teruja :) best2 dik.. :) :)..
    mak rosna tu org bunian jugak ek.. :)..
    cerite hampir terbongkar :)


  2. immukmin Says:

    fuziani jsr: btw..tq..satu lagi..sori sngt..lupe nak letak link dekat blog immukmin...nnt senng imukmin inform bile dah siap setiap episod..

    kak lady: heheh...how can i change the plot..that make u wondering what the next episod would be?..hahahah