sebarang penerbitan karya immukmin daripada blog http://coretanhambamu-immukmin.blogspot.com tanpa kebenaran adalah salah sama sekali. tindakan akan di ambil kepada sesiapa yang melakukannya.
keputusan content jom berilusi bersama immukmin

assalmmualikum, kepada semua blogger yang meneyertai contenst jom berilusi bersama immukmin. dan akhirnya immukmin dapat pemenangnya. kepada yang tidak terpilih immukmin mohon maaf. bukan karya korang tak best tetapi immukmin perlu memilih 4 karya seperti yang telah di janjikan. karya yang menambat hati immukmin dan mempunyai jalan cerita yang terbaik akan di pilih. jadi setelah membaca karya kawan-kawan yang menyertai contest ini akhirnya immukmin memilih 4 orang yang bertuah mereka adalah..


setelah meneliti karya kawan-kawan semua immukmin mendapati setiap karya mempunyi kekuatan sendiri. plot yang menarik dan penceritaan yang tidak bersahja dan jalan cerita yang rumit adalah satu karya yang indah. walaupun penceritaan yang rumit tidak digemari oleh ramai penulis kerana pasti banyak 'kebetulan' yang berlaku tetapi itu adalah kekuatan yang ada pada sesebuah karya dan yang penting seseorang penulis itu pandai 'menyembunyikan kebetulan' itu agar pembaca yang membaca tidak perasan akan 'kebetulan' itu.

seperti yang di janjikankarya yang terpilih akan dipanjangkan lagi ceritanya oleh immukmin dan karya itu akan di e-mail kan terus kepada karya yang terpilih dan immukmin juga sudah berjanji tidak akan menyiarkan mana-mana karya yang terpilih di mana-mana publisher.

insyAllah empat yang terpilih ini, jika usia immukmin masih panjang akan ada hadiah insyaAllah istimewa. kepada yang tidak berjaya, karya kawan-kawan bukan tidak menarik tetapi adat pertandingan ada kalah dan ada menang.


Free Template Blogger collection template Hot Deals BERITA_wongANteng SEO
contest dari immukmin (termia kasih kepada yang menyertai)





terima kasih immukmin ucapkan kepada blogger2 yang mempunyai ruang waktu untuk menyertai contest daripada immukmin...

mungkin immukmin akan mengambil masa untuk memilih 4 daripada sinopsis cerita diatas. immukmin akan mengambil top 4 ok...dah ubah...sebab semua hebat2 tak tercapai akal ilusi kawan2 blog semua..immukmin akan mengambil 4 daripada sinopsis cerpen diatas dan akan menulis mengikut sinopsis insyAllah. immukmin akan listkan 4 blogger yang immukmin tertarik dengan sinopsisnya dalam masa seminggu insyAllah...

kepada yang menyertai contest yang tak seberapa ini..immukmin mengucapkan ribuan terima kasih... dan yang terbaik datang dari Allah..dan yang buruk datang daripada kelemahan diri sendiri dan kepada yang tidak sempat minta maaf suatu hari nnt immukmin akan wujudkan lagi contest ini..insyAllah...btw gud luck untuk semua karya anda sangat immukmin hargai dan karya anda sangat hebat. immukmin suka dengan karya kamu semua hebat!!!

p/s: dan kepada blogger2 lain kalu mahu baca sinopsis ksemua blog diatas just klik pada picture than kalu rajin komen dekat blog immukmin. immukmin perlukan bantuan kawan2 semua. tq!! (o.-)!
Free Template Blogger collection template Hot Deals BERITA_wongANteng SEO
Labels: 9 comments | edit post
DIMENSI CINTAKU~episod 7~

kejadian yang menimpa dahlia rohaimi membuatkan dirinya amat bersalah .....

andai diri ini bisa dibunuh akan ku bunuh diri ini
andai diri ini boleh diganti akan ku ganti diri ini
tetapi diri ini hanylah biasa tiada mampu mengubahnya
hanya diri ini insan yang sentiasa bernaung tuhan yang esa tidak bisa dibunuh

ya Allah apakah ini dugaan yang bisa mengubah seluruh hidup ku?
atau hanya sebuah coretan-coretan hidup seorang wanita?
atau sebuah kehidupan yang pasti menguatkan iman?
ya Allah ampunilah dosaku ini akibat salah langkahku.

apakah ini cobaan dan dugaan dari Mu akibat kederhakaan ku kepada suami?
ya Allah aku redha jika ini balasannya..

dahlia rohaimi tidak henti-henti berdoa kepada Allah . tangisannya bersesak-sesak memenuhi lengkung pipinya. dahlia rohaimi tidak tahu untuk membicarakan kepada suaminya. adakah patut dia memberitahu suaminya atau hanya sekadar berdiam diri. setelah solat hajat momohon pertunjuk ilahi dia terus menyiapkan makanan untuk bapanya.

semasa makan perasaannya seperti ingin memberi tahu bapanya mengenai kejadian yang menimpanya. dengan berbekalkan semangat yang dia ada di tersus memberi tahu bapanya.

"ayah, ....ayah....uh..uh.."
air matanya terjurai tidak mampu menahan.
"kenapa ni dahlia?"
"ayah...ayah....dahlia...dahlia..."
"kenapa dengan dahlia...."
ayahnya sudah mula risau.
"dahlia diperkosa oleh dahlan....."
terkejut imam karim.
"kau jangan buat cerita dahlia. ayah tak suka kau kaitkan dahlan dalam soal rumah tangga kau"
"betul...ayah..betul..dahlia diperkosa oleh dahlan..."
"ni dah menaikan darah aku nih!!!"
"ayah dahlia dah hilang arah..."
"aku punyalah halang si fakis menyentuh engkau tapi..."

imam karim sudah naik angin. harapkan pagar pagar makan padi. tanpa menghabiskan makanan di pinggannya dia terus menerjah rumah bilal kamil razali.

dahlan sibuk dengan ayam sabungnya yang dimengah-megah.
dihirup air didalam bekas dan disembur-sembur kearah ayam sabungnya yang gagah.
kor!kor!kor!.
dahlan mengagah ayam jantannya di pangkin bawah pohon rambutan.

"dahlan!"
satu takikan parang hampir singgah di kakinya sempat dielak.
"Woi!!! orang tua tak sedar diri...apa masalah aku dengna kau?"
"apa masalah kau cakap? kau dah rosakan anak aku kau cakap apa masalah?"
kekuda imam karim sudah dibuka menandakan dia bersedia bertarung.
"anak kau tu...mmg layak jadi makanan aku..aku peduli apa...."
"kuang hajar,dasar tak kenang budi.."
satu lagi tujahan parang dari imam karim berjaya dielak.

dari jauh....
"woi!!! imam karim"
lebai kami razali menjerit.
"kau gile nak bunuh anak aku.."
"ah!!! anak kau yang gile perkosa anak aku..."

imam karim tidak mampu menahan lagi amarahnya lalu satu lagi tujahan parangnya tepat terkena di tangan kanan dahlan mengelupar dahlan kesakitan.

"kurang hajar. dasar tak kenal di untung"
kamil razali memaki hamun.
dengan satu hembusan daripadanya imam karim pengsan tidak sedarkan diri.

dahlia berdiri diruang tamu seperti orang hilang akal menuggu bapanya yang tidak pulang. airmatanya tidak lagi mampu keluar hanya tawakal kepada Allah. ke hulu ke hilir dahlia mengusung dirinya. tiba-tiba...

"assalammualaikum"
nada suara dari suami tercinta pasti dapat dikenali.
"walaikumsalam...abang fakis..."
berlari dahlia rohaimi mendapatakan suaminya dan memeluk suami tercinta dan tidak lekang dirinya menghiasi pancaindranya dengan air matanya.
"kenapa mimi?"
"ayah..abang..ayah pergi kerumah dahlan tidak pulang...ayah mengamuk disana dengan parang.."
"kenapa boleh jadi macam ini?"
"emm...abang....abang....mimi...mimi..."
"mimi..apa...?"
dahlia terjelopok jatuh longlai dilantai rumahnya yang kian usang.
"kenapa mimi? kenapa?"
"mimi.....mimi....mimi telah di perkosa ileh dahlan abang..."
"astagfirullahhalazim...macam mana boleh jadi macam ini..?"

dahlia menceritakan segalanya dari kisahnya sebelum pergai ke sungai hinggalah ke kediaman amalina mahirah. terkejut juga fakis mutawatir mendengar tentang amalina mahirah. dahlia roahimi juga turut menceritakan tentang hubungan dia dengan amalina mahirah serta siapa rabiatul adawiyya. terkejut dia mendengar segala penjelasan itu. perasan amarahnya tidak mampu ditahan lagi tetapi dia cepat-cepat beristghifar. akan ada satu pertempuran hebat tentang keimanan. dan fakis mutawatir juga tidak lupa memberitahu mengenai angkara siapa bonda tercintanya menjadi sedemikian rupa.

hati lelaki mana tidak perit apabila isteri yang dicintai telah di noda oleh lelaki lain. hati suami mana tidak menangis tika isterinya sudah berbulan dikahwini tidak pernah mendapat sentuhan. merana batin akibat dari itu tetapi apakan daya halangan mertua menjadikan seperti ini. 'assabarratuminaliman' sabar itu sebahagian daripada iman.

dari tadi dahlia rohaimi memerhati suaminya yang dari tadi mengelakan diri daripadanya. mungkin fakis mutawatir jijik dengannya. tidak henti-henti dahlia rohaimi menangis serta beristghfar.

dari jauh fakis mutawatir melihat dahlia rohaimi menagis di dalam biliknya.

aku bukan mengelakan diri daripada mu kerana aku jijik dengan mu tatpi aku mengelak diri daripadamu kerana aku ingin mencari ketenteraman hati aku. memang sakit untuk menerima hakikat hidup ini tetapi aku teringat dengan satu ingatan daripada seorang ustaz kepada aku "Allah tidak melihat pada paras rupa, pangkat,atau apa-apa yang telah dilakukan tetapi Allah melihat iman dijiwa seseorang itu. sedangkan Allah boleh menerima pelacur yang menyelamatkan seekor anjing dengan hanya memberi minum air ini kan kita hanya manusia biasa" disebabkan peringatan ini aku melihat mu umpama bidadari suci. aku menyendiri seperti Rasulullah s.a.w menyendiri ketika Aisyah r.a menerima fitnah oleh orang madinah. difintah menlakukan perkara terkutuk. aku menyendiri kerana aku mengabdikan diri kepada Allah melihat kalam-kalamnya yang maha indah. melihat peringatannya yang bisa melegakan hati ku dalam mendekatkan diri kepadanya. aku berdiam kerana aku melihat kalam Allah yang bermaksud "perempuan yang baik untuk lelaki yang baik.." aku mengamati maksud surah annur ini.

tika dirimu sibuk menyuruh aku menyelamatkan ayahmu..kau menarik-narik tanganku..menagis merayu-rau di kaki ku..tetapi aku menoleh dan melangkah kekamar..bukan kerana aku membenci ayahmu dan diri mu..tetapi diriku bergelumang dengan amarah..tetingat aku tetang kisah saidina Ali ketika dia melangkah dimedan perang dihampir membunuh seorang musrikin lalu musrikin itu meludah mukannya. tika mata pedang sudah menghampiri urat merih dilihir lelaki itu tiba-tiba di berhenti menjunamlan mata pedangnya kerana apa kerana....dia tidak rela membunuh lelaki itu kerana dia dalam keadan marah bukan kerana Allah..sebab itulah wahai sayang ku...

berteleku fakis mutawatir di atas sejadah memohon keberkatan daripada ilahi memohon perlindugan dari ilahi..

malam semakin larut dan imam kamil razali masih tidak pulang. kerisauan dahlia rohaimi dan fakis mutawatir semakin mengugat isi hati. malam itu fakis mutawatir memperkemaskan langkah silatnya untuk bersedia dari kemungkinan yang berlaku. setelah bertahjud fakis mutawatir mebuka langkah persilatannya yang diwarisi daripada bapanya. dari jendela usang dahlia rohaimi memerhati. kedatangan satu lembaga mengejutkan dahlia rohaimi tetapi tidak fakis mutawatir. dialong antara dua dimensi itu berlaku sambil diperhatikan oleh dahlia roahimi yang tiba-tiba turun ke tanah memeluk lembaga itu.

"assalammualikum"
fakis mutawtari memberi salam
"walaikumsalam."
"ina datang disini untuk membantu fakis. ina sudah mendapat kebenaran daripada bondan dan ayaanda untuk membantu fakis."
"fakis harap ina tidak campur urusan fakis dan mereka yang melangga pada hukum Allah."
"tapi...."
"tiada tapi-tapi lagi ina. ini adalah masalah fakis sekeluarga."
"ina adalah kaum kerabat fakis. ibu fakis mak penakan ina dan ina berhak menutut bela"
"ina...tak mengapa ina kaum hawa..biar fakis selesaikan .."
"mereka ada ilmu hitam fakis..."
"mereka tidak mampu binasakan fakis tanpa izzin Allah.."
"benarkanlah ina membantu fakis.."

"benarkan ina membantu fakis mutawatir"
tiba-tiba rabiatul adawiyyah menjelma.
"saya ibu saudara kamu.. rabiatul adawiyyah.."
"mak long....."
fakis datang kearah mak penakannya dan bersalaman.
"amalina mahirah tahu apa yang patut dia lakukan.."

perbualan antara mereka dan segala cerita silam serta kelemahan yang ada pada bilal kamil razali diungkai satu persatu oleh rabiatul adawiyyah. perbualan mereka bersambung sehingga subuh menjelma.
Free Template Blogger collection template Hot Deals BERITA_wongANteng SEO
my sweet honey bunny
assalammualikum...hohohhoo...masuk hari ini..maka genaplah satu minggu immukmin lepak dirumah setelah berehat daripada mengembara di utara tanah air..hohoho..btw sepanjang minggu ini...boleh di katakan hari2 immukmin duduk depan laptop sahaja mengupdate blog dan tak lupe juga kepada blog walking...hak3!!!! suke2..hohohoho...btw apa kerja immukmin sepanjang minggu ini?...emmm....ok...sepanjang minggu ini..immukmin tidak pernah mengupdate episod 6 untuk cerpen dimensi cintamu..hohoh..minta maaf ek kawan2 otak beku..hohohooh....dan sepanjang minggu ini jugalah...hak3!!!...immukmin dah dapat sinopsis untuk contents immukmin..tq kepada yang mengambil bahagian..immukmin hargai sangat....hohoho...ok..abis pasal blog walking and contest apa2 bagai...

skunk i want to story about my 2 cuteyes in my house...btw my mama is suri rumah sepenuh masa than dia mengasuh anakorang..hohoho..btw immukmin ini peminat setia kepada budak2 nih..espesialy yang girl....ish..cute...ye lah immukmin takde adik pompuan..semua lelaki...dan sorang kakak..so bile ada 2 orang girls dalam umah ini..rase mcm bestlak...hak3!!!..main2 dengan diorng..
ini dia supermodal of this month...hhahaha...comelkan..inilah my pegarang jantung ketika bosan..abis main n lepak dengan diorang..sorang nama syafiqah..kami panggul dia bibi...sorang lagi balqis...heheh..comelkan....hak3!!



budak ni nama dia syafiqah a.k.a bibi...aku paling skue kacau dia..hohoho...yelah..sonok...dia pandai sebut 'pokoyo'..bukan bermakna dia tak pandai sebut perkataan lain...dah pandai cakap dah..tapi bila dia sebut 'pokoyo' cute sangat bunyinya..sampai aku rakam buat ringtone untuk msg aku..hak3!!!! comelkan???


ini pulak balqis..hohoh..dia nih anak kacuk cina...ini mmg chines look abis r...tapi...disebbkan dia lepak dengan ak mase umur 2 bulan lagi...so..mmg kami satu family dah anggap macam anak beranak....hhahahhaaha..dia ni comey..sangat tapi tuturnya pelat sikit...bijak...hahahahaah....yang aku tak tahan sekali dengan budak nih..adalah..bile mana dia menangis...hohohoohho...jenuh nak pujuk cek oiii...payah giler ..dia mengamuk..satu rumah...satu taman dengan dia menagis...hak3!!!!...comeykan.....

so sepanjang aku sty kat umah ni..budak dua orang nihlah yang aku kene jaga..sementara mak bapak diorang g keje hohohhoh......hehehe... ini sahaja...entri untuk catatan immukmin....
=)-always keep smileing-
Free Template Blogger collection template Hot Deals BERITA_wongANteng SEO
contest dari immukmin
assalammualikum..

kawan2 blog immukmin semua... hari ini...immukmin berbesar hati...emmm...bukan berbesar hati..tetapi rasa mcm nak bersama2 kawan2 blog immukmin berkarya...hohoh... ok....first sekali..jom kita tgok bina immukmin buat nih..hohoh....

contest ni bertujuan mengeratakan silaturrahim antara immukmin dan semua kawan2 immukmin di dunia blogger..emm...sementara cuti sem nih..immukmin tak banyak sangat kerja so...adalah masa untuk dunia blogger..hohoh....

contest nih adalah salah satu cabang penulisan..atau kata lain..memperhebatkan dan berkongsi minda dan ilusi bersama2 kawan2 immukmin....

semua manusia ada ceritanya..betul tak??? dan tak semua cerita jadi kenyataan..so... jom kita berilusi dengan cerita kita sendiri..dan insyAllah..immukmin bantu menceritakn cerita itu..

tak kesahlah cerita apa sekali pun..cerita cinta kah..atau apa2 pun...




ok...cara2 nak join contens nih..senang jew..

1) mestilah kene jadi follower immukmin dan publish banner ini di blog masing2.
2) buat satu sinopsis cerita dan publish dekat blog masing2 dan jangan lupe tinggal jejak dekat comment post immukmin..menandakan kawan2 nak join contest nih..
3)sinopsis itu perlu jelas dan jgn lupe buat satu watak dan perwatakan bagi watak dalam cerita itu.
4)jgn lupe tag 3 kawan anda yek!! =)
5)3 sinopsis yang menarik akan immukmin ambik dan jadikan sebagai satu cerita panjang. dan cerita itu akan immukmin emilkan kepada the top 3... dan cerita itu..adalah hak 100% pemenang..immukmin tidak akan menyiarkan di mana2 publisher...
6) dan the top 3..insyAllah..akan mendapat hadiah daripada immukmin. hadiahnya tidak lak hebat...hadiahnya adalah rahsia immukmin.

due date hantar karya adalah 12/12/2010

Free Template Blogger collection template Hot Deals BERITA_wongANteng SEO
minggu yg penuh dengan tragis






assalammualikum sahabat2 blog immukmin semua =) ....

buat pengetahuan semua....sepanjang blog coretan hambamu ini di jelmakan oleh immukmin tidak pernah satu pun post immukmin berkaitan dgn diri immukmin atau kata lain isu semasa tentang immukmin.... ok buat pertama kalinya immukmin mahu ummukan bahawa...setiap hari Ahad, immukmin akan membuat satu enteri ttg the conclusion of my week.... maksudnya setiap hari ahad, immukmin akan cerita ttg diri immukmin..apa yang immukmin buat dan apa yang terupdate di minda immukmin di coretan hamabMu ni... sebagai pengenalan diri immukmin untuk kawan2 semua... ok... hari ini immukmin akab bercerita ttg diri immukmin..



sebenarnya..hari ini..immukmin baru sahaja sampai di kuatan..(kediaman rasmi immukmin)..selepas 14 jam trevel dari perlis...hohohoh..amat memenatkan...nasib baik..ade baby cute kat sebelah....(budak kecik ek...jgn wat spekulasi...dia dgn mak dia duduk double sit.. immukmin single sit).. terubat sikit rasa lah seronok tgok keletah dia... sepanjang minggu ini..mcm2 yang berlaku... tapi sebelum tuh immukmin nak anouce yang immukmin sudah selamat menjawab paper final..hohohho...jgn jelous kepada sesiapa yang belum abis g ek!!!...



ok...sebenarnya..immukmin tidak berniat untuk balik kerumah...bukan tak nak jumpa mama dengan abah tapi immukmin bercadang nak kerja di kilang dekat area2 penang (kilang tuh ade link dgn u immukmin) malangnya..immukmin dan kawan2 tidak menghadiri orentasinya,..orentasinya diadakan setiap awal bulan ...tetapi pada 1hb12 ..immukmin terpaksa bertungkus lumus berjihad menjawab paper terakhir...jadi terlepas lah peluang kami..hohoho..tapi kami redha ..jika itu telah ditentukan oleh Allah....

ok...itu cerita pertama..cerita kedua....hohoho...ada satu perkara yang amat aib jika di cerita..ttp immukmin nak certia...gak..hohho..baru2 ini...hohohooho...ada di kalangan org yang immukmin kenal..telah terkantoi...membuat satu video lu**h...hohoh...terkantoi.... la takrabul zina (jgn kamu menghampiri zina) tetapi dia dah hampiri dan melakukannya...... sesungguhnya azab Allah amat pedih....



ok..kita tinggalkan cerita itu...cerita yang seterusnya adalah.... tak sabar nak pusing bandar kuantan..hohoho...nak g jalan2..perhabiskan duit..hahahha... ok....itu sahaja dari immukmin..

p/s: rasa nak keje tapi malas lak..kalu nak keje kat kuantan..hak3!!! nntkan episod baru dri immukmin...setia membaca ek..lebih tragis...hohhohoh..selamat membaca...
Free Template Blogger collection template Hot Deals BERITA_wongANteng SEO
DIMENSI CINTAKU~episod 6~
"ayah, dahlia pergi ke sungai dahulu!"
"hati-hati"
imam karim berpesan.

dahlia pergi ke sungai untuk membasuh pakaian. biasanya di pergi bertemankan fakis mutawatir tetapi hari ini, dia pergi berseorangan kerana suami tercintanya sibuk dengan penyakit yang dialami oleh ibu mertuannya.

dahlia rohaimi bukan macam gadis desa di kampung itu yang lebih suka berkemban tetapi dahlia rohaimi walaupun ke sungai tubuhnya tetap diselubungi pakaian dan menutup auratnya. pagi itu
dahlia rohaimi terlewat kerana ada sedikit kerja yang perlu dibereskan dirumah. setibanya dia di sungai semua gadis-gadis kampung yang lain hampir siap membasuh baju. nak atau tidak dahlia rohaimi terpaksa membasuh baju seorang diri . terlahir perasan takut dalam dirinya tetapi diendahkan. dia merasakan dirinya seperti diperhatikan tetapi dia masih tidak mengendahkan.

leka membasuh baju tiba-tiba dirinya tidak sedarkan diri.

amalina mahirah sedang memujuk bondanya supaya menceritakan peristiwa 18 tahun lepas tetapi ibunya tetap tidak mahu menceritakannya. amalina mahirah sangat kecewa dengan bondanya lalu dia keluar daripada istana.

dia menangis mengenangkan nasib fakis mutawatir. dia tidak tahu mengapa perasaan sayang itu tiba-tiba wujud. disaat ayahandanya tidak membenarkan dia pergi menemui fakis mutawatir pada ketika dahulu dia merasakan kesunyian yang amat sangat. dia merasakan dunianya sempit. sedang dia khusyuk melewati kenangan indah bersama fakis mutawatir sewaktu zaman meningkat dewasa, tiba-tiba dia ternampak seorang wanita yang mungkin sebaya denganya pengsan ditebeng sungai dalam keadaan mengaibkan. tiada seurat benang kelihatan, hanya tubuh perempuan itu ditutupi dengan daun pisang kering.

amalina mahirah mendekati tubuh yang tersadai di tebing sungai itu. terkejut amalina mahirah apabila mendapti wanita itu adalah dahlia rohaimi. cepat-cepat amalina mahirah menutup dengan kain baju yang ada di tebeng itu. amalina mahirah megendong dahlia rohaimi dan membawa pulang ke tertatak bondanya.

diam-diam amalina mahirah membawa dahlia rohaimi masuk kekamaranya. dahlia rohaimi masih tidak sedarkan diri. perkara ini amat mengaibkan andai dahlia rohaimi mengetahuinya. pilu hati amalina mahirah melihat nasib wanita yang ada dihadapannya. masih tidak sedarkan diri. wajah wanita dihadapannya begitu baik, tidak pernah meninggi suara malah halus budi pekertinya.

"siapa wanita ini?"
terkejut amalina mahirah.

bondanya masuk tanpa mengucap salam.
terkedu amalina mahirah menjawabnya. sengaja rabiatul adawiyyah menayakan soalan itu. walaupun dia kenal siapa wanita itu.

"err..err...isteri kepada fakis, bonda."
"mengapa anakanda sanggup melawan titah paduka ayahanda?"
"bonda kasihanilah wanita ini..... dia mengalami kemalangan..."
"bukan tiada orang lain boleh membantu..."
"bonda...adakah bonda sanggup melihat seorang muslimah telah diaibkan oleh sipulan sehingga diri wanita ini ditelanjagkan tanpa dia sendiri tidak sedar?"

terdiam rabiatul adawiyyah.

"dia telah di perkosa oleh seseorang bonda..."
sebak hati amalina mahirah.

rabiatul adawiyyah meletakan tapak tangan di atas ubun-ubun kepala amalina mahirah yang masih tidak sedarkan diri. dalam keadan mulutnya terkuat kumit membaca ayat-ayat alquran.
satu bayangan telah terjah di minda rabitatul adawiyyah dengan izzin Allah, rabiatul adawiyyah mendapat bayangan kejadian yang menimpa dahlia rohaimi. memang sudah dijanjikan oleh Allah kepada orang yang beriman dan bertaqwa kepadanya. dikurniakan ilmu yang berguna untuk digunakan kearah kebaikan. umpama satu televisyen yang sedang memainkan watak didalam benak rabiatul adawiyyah.

"bonda tahu ini kerja siapa..."
"siapa bonda?"
"dahlan!!"
ringkas jawapan rabiatul adawiyyah tetapi matanya penuh dengan kebencian.

"bonda apa yang anakanda perlu lakukan?"
"jangan campur urusan manusia."
"tapi bonda? ina tak akan diam kan diri...ina akan bertindak."
"jangan berdegil ina, cukuplah peristiwa lepas...cukuplah..."
"peristiwa apa..."

amalina mahirah sibuk mengurut-urut tangan dahlia rohaimi, sediha dia melihat wanita itu. dahlia merenung bondanya yang diam seketia. tiba-tiba airmatanya berjurai jatuh tetapi dibiarkan oleh amalinam mahirah. diurut tangan dahlia rohaimi dari lengan hinggalah ke jarinya yang runcing tersentuh cincin berlian yang bertahtakan permata hitam. cincin itu kelihatan serupa dengan cincin bondanya. cincin bondanya seiras dengan cincin milik dahlia rohaimi.

"bonda...."
tersentak rabiatul adawiyyah dengan teguran amalina mahirah..

"ya anakanada?"
dia seolah-olah tidak bersedia menjawab sebarang pertanyaan daripada amalina mahirah.

"mengapa cincin dahlia seiras dengan cincin bonda"
sambil jari telunjuknya menunjuk cincin yang mengah terpadan pada jari manis rabiatul adawiyyah.

terdiam seketika rabiatul adawiyyah dengan pertanyaan puteri tunggalnya itu.

"beritahu lah perkara sebenar bonda.. apa ini? jangan disorokan lagi peristiwa lepas..ina sudah besar dan pandai berfikir."

dalam keadan tidak keruan dan esakannya semakin deras rabiatul adawiyyah menceritakan tentang kisah zamri dan lebai kamil razali serta kisah percintaan adiknya rosnani raudah dan zamri.

bermula satu pagi disaat dua beradik ini sibuk bermain di dalam suatu tempat yang indah lagi aman. disebuh bukit yang di panggil bukit permaisuri kerana keindahan bukit itu dengan bunga yang bertebaran serta arnab-arnab liar bertebran bermain serta menikmati juadah yang segar di situ. dia beradik yang anggung lagi cantik. puteri sulung rabiatul adawiyyah serta puteri bongsu rosnani raudah berkejar-kejaran diatas bukit itu. tiba-tiba satu perkara yang tidak diingini berlaku, rosnani tergolek jatuh daripada bukit itu kerana kelalaianya sendiri. rabiatul adawiyyah tidak mampu melakukan sebarang tindakan hanya terdiam. air matanya mula berderai akabit daripada kejadian itu. lantas dia turun daripada bukit itu. dia lihat adik perempuannya pengsan akibat kepalanya terhentak di sebuah pohon. belum sempat dia datang membantu, tiba-tiba seorang jejaka bersama sahabatnya melalui kawasan itu sambil membawa kayu api. terkejut melihat kelibat wanita pengsan lantas jejaka itu terus membantu. jejaka itu adalah zamri. kelihatan baik sekali lelaki itu pada mata rabiatul adawiyyah. tertarik dengan ketampanan lelaki itu tetapi tidak dihiraukan yang dirisaukan adiknya. apakah yang akan dilakukan oleh lelaki itu terhadap adiknya. perlahan-lahan zamri mengangkat rosnani raudah dan membawa pulang ke pondoknya. dari jauh rabiatul adawiyyah memerhati tingkahlaku lelaki itu. diubat adiknya dan di jaga tanpa lelap walau sekali pun. tidak ada perasaan untuk melakukan sesuatu yg diluar batasan kerana zamri adalah lelaki yang baik, beriman dan tidak pernah lekang mengingati Allah sama dengan sahabatnya tak lain dan tak bukan kamil razali. mereka amat rapat seperti adik beradik. perwatakan zamri menarik minat rabiatul adawiyyah tetapi dia redha akan kehendak ayahandanya untuk mengawinkannya dengan orang yang setaraf dan dalam satu kaumnya. apabila rosna sedarkan diri, terkejut dia melihat manusia boleh melihatnya sedangkan dia tahu yang dia adalah orang halus. teringat pesanan ayahandanya yang pada satu masa Allah akan bukan kan hijab kepada orang yang dipilih olehNya untuk melihat orang halus. santapan matanya terarah kepada seorang lelaki yang pada masa itu sedang khusyk berqiammulai walaupun pada masa itu kamil razali sibuk memberinya air.

selepasa beberapa hari berada bersama lelaki-lelaki itu, satu kejadian tidak diingini berlaku. sewaktu itu,zamri tiada di rumah mungkin sibuk berurusan dengan raja. walaupun pada masa jawatanya hanyalah seorang tentera bawahan. kamil razali yang dikenali alim tidak mampu mengwal nafsunya dan hampir memperkosa rosnani raudah tetapi mujurlah pada masa itu rabiatul adawiyyah setia menamninya dan akhirnya membawa pulang adik kesayangannya. selepasa beberapa bulan tidak bertemu dengan zamri akibat daripada kejadian itu, rosnani tidak mampu melupalkan kebaikan lelaki yang bernama zamri itu dan pada masa yang sama zamri juga masih mengingati rosnani. pengenalan yang singkat itu telah menyebabkan rosnani tekat unutk berjumpa dengan zamri dan mengahwini zaari tanpa pengetahuan bonda dan ayahandanya. akibat daripada itu, dia telah dibuang daripada dunia orang halus dan menjadi manusia biasa atas izin Allah dan perkahwinanya amat tidak disukai oleh kamli razali kerana kamil razali juga mempunyai perasaan sayang dan cinta terhadap rosnani raudah. perkahwinan yang penuh dengan pancaroba hidup disusuli dengan fintah ciptaan kamil razali tidak melemahkan cinta dua insan ini dan dikurniakan anak yang soleh iaitu fakis mutawatir.

panjang lebar rabiatul adawiyyah menceritkannya.
tangsiannya tidak henti-henti mengingati adik kesayangannya.

amalina mahirah tidak henti-henti menangis kerana terharu dan pada masa yang sama dahlia rohaimi juga sudah lama mengikuti cerita itu dan terbukti yang mimpi selama ini telah terjawab dan dia juga berasa terkejut bagaiman dia boleh berada di kediaman yang serba indah ini.

rabiatul adawiyyah juga turut menceritkan tentang pergaduhan kecil antara dia dan rosnani kerana tidak membenarkan rosnani keluar dari istana untuk bertemu dengan zamri.

"jadi memang keturunan kamil razali adalah bukan keturunan yang baik- baik sehingga anaknya sanggup memperkosa dahlia rohaimi, bapak borek anak rintik"

terkejut dahlia rohaimi mendengar pengakuan daripada amalina mahirah dengan serta merta dia bangun dan menterkam amalina mahirah..

"saudari adakah ini benar?"
mengalir air mata dahlia rohaimi.
serba salah amalina mahirah untuk menjawabnya. hanya anggukan sahaja mampu disambut. rabiatul adawiyyah juga tidak mampu berkata apa-apa. sayu dia melihat wanita muda dihadapanya.

"bagaimana saya ingin berdepan dengan suami saya..... bagaimana......"
semua senyap..

kamar itu sunyi hanya tangisan dahlia rohaimi memecah kesunyian dan amalina mahirah hanya mampu memeluk dahlia rohaimi untuk menenangkannya.
Free Template Blogger collection template Hot Deals BERITA_wongANteng SEO